Skip to main content

Tidak Di Ruangan Komen


Sejahteralah ke atas kamu...

Ramai orang yang menganggap, bila mereka berbahas dan mengeluarkan hujah-hujah di ruangan comment terhadap sesuatu isu panas, maka mereka sedang berjuang mempertahankan agama dan mereka 'lebih Islam' daripada orang lain yang tak memberi komen atau orang yang memberi komen neutral.[Ini termasuk FB, YouTube, blog, Twitter etc]

Contoh. Ini Contoh ye... Semalam komen saya di salah satu video di YouTube bertajuk Najib vs Sultan Brunei (hudud)ISU HUDUD. Saya meninggalkan komen seperti ini;

TOlong la wei, click gambar tu kalau tak nampak. Free je saya share ni.

Sebab saya dengar Sultan Brunei bercakap menggunakan bahasa yang tak baku. Rasa curious je. Bukan ada apa-apa pun.


Lepas tu, ada pulak yang acekononnya 'pembela agama' balas komen saya tu;


Tak pasal-pasal je dia ni. Bila masa plak aku kata aku tak amik tau hal hudud ni? Siap gunakan capital letters lagi tu untuk perkataan ISLAM.


Saya tak faham apa motif komen mamat yang sengal macam nickname yang dia guna tu. Bila saya komen tentang sesuatu yang takde kaitan dengan isu tu, tak bermakna saya tak ambik tau tentang benda tu. Perlu ke semua orang memberi komen emo kat ruangan komen sebegitu dan berdebat berdegar-degar siap dengan maki hamun macam yang kebanyakan orang buat tu? Kadang-kadang saya pelik, cara dia cakap tu macam dia sorang je yang memperjuangkan agama Islam dan sedang nak menegakkan agama, tapi bahasa yang digunakan tu langsung tak berpandukan apa yang Islam mahukan daripada penganutnya. Ko dah la bercakap pasal Islam, pastu ko guna nickname yang sedang memaki orang lain. Apa ni??!! Kalo cenggini la attitude seorang pembela agama, rasanya diperingkat ujibakat lagi ko dah tersingkir. Itu belum lagi ditugaskan angkat senjata pergi berperang. Jangan nak kata suruh pergi berperang la... Kalau suruh pergi kuliah agama setiap malam pun belum tentu sanggup. So, takyah cakap banyak.

Saya yakin, kebanyakan orang-orang yang macam 'dia sorang lah yang paling Islam kat muka bumi ni' memberi komen bagai nak rak berdebat kat dalam ruangan komen semata-mata tu apabila kat dunia realiti dia tak berjasa apa-apa pun terhadap agama. Kalau mereka betul-betul berjuang menegakkan kebenaran, dah tentu masalah kat Malaysia ni dah lama selesai. Tapi ada ke? Mana ada perubahan apa-apa pun kan?

Saya tak kisah dia nak komen apa-apa pun. Nak memberi fakta apa pun. Tapi komen tu biarlah yang beradab. Lebih-lebih lagi jika orang tu membawa nama "ISLAM" semasa komen. Dan kalau orang yang komen tak menyokong apa yang ditulis tu, tak perlu kot nak terus kondem. Ko bukan tau pun apa orang lain fikir. Ko bukan tau pun orang tu secara realiti telah menyumbangkan apa terhadap agama. Mungkin tak semua orang suka mengkecoh-kecohkan prinsip dan pendapat mereka dengan cara yang tak dapat mengubah apa-apa pun. Beri komen panjang lebar tu dapat mengubah keadaan ke? Kalau nak ubah keadaan, pergi nasihat sendiri orang yang kamu tak puashati tu depan-depan. Tak perlu kutuk-kutuk atau maki-maki di tempat yang tak memberi faedah tu. Tak berani kan?

Comments

  1. mungkin dia geram cerita hudud tu tak menarik perhatian awak..hehehe..
    ada orang macam tu yang nak suruh dengar je apa dia nk cerita.kalau tak dengar maknaanya kita tak bagus.heheheh

    ReplyDelete
  2. org yg bercakap psl agama dgn ayat2 tak elok ni lah yg merosakkan agama sebenarnya.

    *saya penah kena lebih kurang mcm awak, dihentam dgn bahasa kasar. sejak tu saya lebih berhati2..takmo cipta suasana tegang di alam maya.

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu semua nak bajet best belaka.. pada saya klu nk prjuangkan sesuatu biarlah guna tutur kata yang baik..kan Islam ajar umatnya supaya bersopan santun dan berbudi bahasa. Nabi SAW pun tak membalas saat dia dibaling batu dengan kaum kafir Quraisy..Baginda lagi besar ujiannya semasa nak sebarkan Islam..ce akak try tanya org yg cakap kasar tu...rukun Islam 5 perkara dah lengkap lakukan tak...hehe...^__^

    ReplyDelete
  4. diana : saya pun rasa cenggitu la. dia bengang kot sbb saya tak turut sama mengutuk mcm dia.

    Ujie : ye ke pernah kena? mesti rasa bengang kan?

    MakweKintan : Rasanya mungkin tak cukup tu yg 5 perkara tu. Cakap je lebih ntah2.

    ReplyDelete
  5. maafkan jer lah. mungkin pada dia, dia bersungguh memperjuangkan dan dia lihat org lain tak seperti dia. huhu

    ReplyDelete
  6. Cik Jannah ; Tak ada apa yg nak dimaafkan pun. Saya tak marah dia pun. Cuma pelik je.

    ReplyDelete
  7. cara die jawab tu pun kurang ajar..
    mcm tu cr islam ajar?

    nak tegur org pun cr slh.. mcmn org nk yakin kalau org yg jenis mcm nilah berapi2 berjuang sal hudud..

    lagi org takut ade lah..

    ReplyDelete
  8. Ladybird : Itu la. Derang ni niat baik, tapi cara tu kurang skit. Menjatuhkan maruah Islam skit adalah.

    ReplyDelete
  9. memang campur mauripan serbuk sekali dengan tepung..kebanyakan adunan guna yis memang kena tutup dgn kain basah tapi doh pizza dan roti kena tutup dengan plastik..nak bagi naik cepat

    ReplyDelete
  10. Antara faktor perpecahan ummah ialah apabila ramai yg nampak dia lebih Islamik dari yg lain. Sedangkan kita barangkali sama2 memperjuangkan agama mengikut cara dan keupayaan masing-masing...

    ReplyDelete
  11. Kak Ina : Mekasih.

    JR : Derang ni kdg2 lupa yg kita ni manusia. Lain2 cara. Walaupun tujuannya sama.

    ReplyDelete
  12. salam lagi sekali..

    hihihi.. cawan telur tu bekas tempat telur yg org beri time kenduri kawin tu.. muat2 je tuk isi sebiji telur..

    ReplyDelete
  13. huhu..sabor j la bdepan dgn org mcm ni..adakalanya..org mcm ni ckp x serupa bikin kan.

    ReplyDelete
  14. rasanya dia silap terjemah maksud Lyd bila mention 'takde kaitan dgn hudud'. dia ingt kita tokmo amik tau isu hudud, padahal yg kita maksudkn komen tu yg takde kena mngena dgn isu..alahai, manusia ni bila dah berkobar2 nak menunjukkan betapa prihatin, bijak dan hebatnya dri kpd manusia lain mmg gitu lah jadinya..susah hati saya nk baca komen2 org kita skrg ni

    ReplyDelete
  15. hihi.. tu la mmg malas dan gelihati kalau baca komen2 dr mereka yg kononnya bijak pandai nih.

    ReplyDelete
  16. hahaha... biasa la.. kt alam maya ni sume berani nkhentam sane sini.. nk tunjuk hero.. kat luar.. ape pon xbleyyy haha

    ReplyDelete
  17. tu yang kadang malas nak tinggalkan komen.. tinggalkan komen kat blog yang selalu berkunjungjer takler takut kena balas balik dengan kata2 pedih....

    ReplyDelete
  18. biasa la. golongan serbanistas ramai sgt kat luar tuh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya