Skip to main content

Saya Dah Tau Kenapa Telefon Saya Hilang Dalam Rumah




Sejahteralah ke atas kamu...



Mula-mula sekali yang hilang ialah iPod Shuffle saya. Tapi masa tu saya cuma anggap saya tersalah letak kat mana-mana. Atau hilang sebab tercicir ke. Saya abaikan sajalah. Lepas tu... Dah lama lepas ipod hilang, saya pun dah lupa. Sampai la tepon saya rosak baru-baru ni, saya cari tepon lama yg saya letak di rak sebelah TV. Nak pakai tepon lama la kononnya. Tapi takdok. Suami kata dia tak usik pun henfon tu. Abih kalo dia tak usik, saya pun tak usik menatang toyol mana plak yang usik?!

Perkara macam ni, biasa lah. Pasti akan disulami dengan kebetulan-kebetulan yang terjadi lepas tu. Macam saya, lepas tu kebetulan jugak saya terperasan kat dalam laci yang saya simpan cotton buds iaitu sejenis pengorek telinga [mcm la korang tak tau, melampau aku nih], camera Sony Cyber Shot saya takde. Saya ingat paling last suami saya letak dalam laci tu lepas dia kata camera tu rosak. Saya pun memang langsung tak perasan sejak bila camera tu takde. Saya selalu buka laci tu untuk amik cotton bud. Fine, korang dah tau saya selalu korek tinger. Kehkeh.

Suami saya tetap dengan pendirian dia yang menganggap kiterang misplace barang-barang tu. Suami saya tu rajin dia lain macam sikit. Dia pun mula mencari segenap ceruk dalam rumah kami. Sampai dalam beg balik kampung dan dalam kotak vacuum cleaner pun dia cari. Dasat laki aku. Haha. Tapi memang tak ada. Aik... ini sudah magic. Saya pun mula la buat speku. Ntah-ntah umah kita ni ada toyol masuk. Sebab kami tak rasa umah kami tu ada org boleh masuk. Ikut mana kalau ye pun.Dia check tingkap sliding kat dapur kunci. Check semua tingkap lain pun macam okay je. Ajaib. Ajaib.

Pagi semalam, [Sabtu] saya pun mula tergerak hati nak check barang kemas saya. Bukan banyak pun. Cuma rantai tangan hadiah perkahwinan, cincin tunang dan cincin yang mak saya hadiahkan masa bujang dulu. Pastu lagi 2 rantai tangan emas yang saya beli masa bujang jugak dulu. Confirmed. Tak ada. Bila dah tengok barang kemas tak ada tu baru le pucat muka sorang-sorang, [muka suami dan muka saya]. Suami saya check lagi sekali tingkap dapur. Dia buka sliding window then dia try tolak grill yang selama ni berkunci dengan mangga yang memang kuncinya dah lama hilang masa tuan rumah duduk lagi. Tetiba gril tu bleh terbuka begitu mudah. Kunci dengan mangga tu dah takde. Besi grill tempat pegang kunci tu dah berlubang macam menggunakan alatan welding.

Haaa... lepas tu baru la suami saya percaya yang rumah kami tu ada orang masuk. Sebelum ni saya cakap ada orang yang masuk rumah mencuri dia tak percaya.

Pencuri welding untuk tanggalkan kunci daripada grill...


Inilah kunci dgn mangga sekali tertanggal daripada grill tu.


Suami saya kederat sorang-sorang mencocok lock baru ni kat grill. Harap-harap selamat la untuk sementara. Tuan rumah suh cari orang tukar gril tu, nanti claim. Tengok la. Kalau jumpa orang yang bleh pasang grill tu kiterang tukar la.


Kami sendiri pun tak perasan sejak bila orang dah mula masuk umah kami. Sebab rumah tak bersepah pun. CUma ada sekali saya terperasan cawan hiasan yang saya letak di tingkat tengah rak sebelah TV [rak ni sebelah kanan plak, yg letak henfon tu seblah kiri] beralih ke tingkat paling atas. Saya terus je tanya suami saya, ngape dia alih cawan tu. Dia kata dia tak alih pun. So, saya abaikan je. Alih la balik tengah2 rak. Itu semua tak memberi idea langsung bahawa ada orang dah masuk rumah kami. Suami saya lepas tu sedar jugak MP3 player dia pun hilang. Yang paling bengong sekali pencuri ni, gunting warna biru yang saya beli kat IKEA yang saya simpan dalam laci baju pun dia nak kelepet. Ada la tu nak guna buat pecah umah orang lain plak tu. Shaun the sheep punya perompak!

Comments

  1. hwaa.. takutnya lyd bila rumah masuk pencuri. takpelah yg hilang tu bukan rezeki, yg penting nyawa selamat. isk boleh tak perasan pencuri pernah masuk rumah. mesti dah teror la pencuri tu tau kat mana ada brg berharga. napa la org msia ni suka mencuri, boleh kata kat setiap pelusuk tmpt kt msia tu mmg ada pencuri. takutnya.. sy fobia tgh malam kalau balik rmh mak kat kg, sbb selalu sgt ada org cuba nk pech masuk. kdg lebh takut pencuri dari hantu! huhu..
    *kat sini sy x pernah kunci pintu rmh, brg hilang/jatuh pasti dpt balik. tak pernah nk risau tntg keselamatn. byk pengalaman brg saya cicir tp semua dpt balik. iphone, dslr, hp husband, beg duit. takut nk balik msia! hwa..

    ReplyDelete
  2. eeiii takut laa bila dapat tau pencuri masuk umah..pasni mesti pencuri tu datang lagi sbb nak songlap barang dr umah akak lagi..hati2 laa kak..risau laa..saya pun pernah ada pengalaman pencuri masuk umah..

    ReplyDelete
  3. bahaya tu..time bila pulak diorang masuk..kau ade tinggalkan rumah lama² ke?

    ReplyDelete
  4. ish, bahayanya camtu..tak perasan ada org pecah masuk lagi bahaya kan..

    ReplyDelete
  5. Asmara : Huhu... Jelesnya dgn rakyat jepun. Kami yg tinggal kat Malaysia ni selalu je rasa tak selamat. Nak jalan sorang2 pun takut. kena ragut, kena rogol. Rumah pun memanjang kena kunci. Kalo tak kunci memang lagi la selamba je peormpak boleh masuk. RUmah kunci pun perompak masuk, inikan plak kalo tak kunci. Rasa nak pindah jepun skrg jugak!

    Saffiyya : Mungkin 'kena rompak' tu adalah piawaian untuk menjadi rakyat Malaysia kot. Huhu. Boleh dikatakan selalu sgt org2 sekeliling kita yg kita dgr telah dirompak kan?

    Ym Bundle : Ada la jugak balik kampung 4,5 hari. Lainnya masa pegi ofis la. Rasanya drug addict yang selalu lepak belakang rumah saya tu. tapi tak tau la kan. Tak baik menuduh.

    Yana Libra : Itu la pasal. Alhamdulillah kami sedar jugak rumah tu dah tak berkunci. Kalo tidak, kiterang tak berhati2 pun.

    ReplyDelete
  6. letak grill elektrik pulak.. biar pencuri kene elektrik

    ReplyDelete
  7. tak rasa ke pencuri tu macam dikenali...sebab relax jer boleh kuar masuk banyak kali...bahaya ni tau...hati2 tau!

    ReplyDelete
  8. MOhd Firdaus : Hehehe.. ingat nak beli jugak grill letrik tu. Biar kena karan sapa yg cuba nak masuk.

    UmmiArissa : Rasanya org-org yg sekeliling ni jugak. Tapi yg pasti bukan kawan la.

    ReplyDelete
  9. adoiii aiii.. zaman sekarang ni penjenayah memang cukup bijak kan.. sampai kita pon xperasa yang rumah kita pernah kena rompak.... hope tuhan balas balik pada insan yang tak berhati perot tu kn :(

    ReplyDelete
  10. alamak takutnyer.. emastu kecik camner pun mesti dah naik hargatu.. sayang beb... nak pakai takut orang ragut.. kat dalam rumah gitu jadinyer yerk.. alahai camnerni...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...skg ni pencuri ada berbagai2 cari nak mencurikan oleh itu kenalah berhati2 ye...:)

    ReplyDelete
  12. Taufiq : geram jugak rasanya. Pandai je dia buat tugas-tugas McGyver dia.

    Cho Zila : memang takut. Kita ni sepatutnya duduk dlm negara yg aman damai, tpi sentiasa ketakutan. Habis mcmn.

    maszull : Selalunya time kita tak berhati-hati tu la yg kena tu. Saya plak langsung tak expect rumah tu pencuri bleh masuk.

    ReplyDelete
  13. laa..maksudnya dia masuk beberapa kali atau sekali masuk sapu semua tu?

    byk jugak yg hilang tu, better buat report utk polis alert..

    brg kemas kawin tu yg gerem..

    ReplyDelete
  14. salam;
    ehh!!..bahaya tu kalau pencuri masuk rumah masih tak sedar.

    ReplyDelete
  15. Ujie : saya rasa dia masuk beberapa kali. Mungkin waktu saya lupa nak kunci sliding window. Kdg2 time masak, saya buka tingkap tu. Dan adakalanya tak tutup. Kalau ikutkan, mmg la rasa terkilan, tapi takpela.. daripada fikirkan apa yang hilang tu, lebih baik saya fikirkan apa yang saya masih ada. :)

    Yusuflaili : Mmg bahaya pun. Syukurlah akhirnya saya perasan jugak. Kalau tidak, makin seronok la dia amik brg2 dlm rumah saya.

    ReplyDelete
  16. ni la pertama kali saya jumpa orang yang tak perasan rumahnya di pecah masuk..hehehhe..
    tapi tu la..
    penyamun sekaRANG dah pandai..
    dia tak nak tinggal kesan bila dah pecah masuk sebab nanti nak masuk lagi..
    jadi dia datang ambik sikit2 je..
    entah2 dah 2,3 kali dia masuk.

    ReplyDelete
  17. alahai... takutnya bila baca bab2 rompakan.. klo stakat rompak brg n harta j xpela..sbb itu blh d cari.. y pting nyawa slamatkan..

    mmg terror prompakni.. sbb smpaikan x mninggalkan kesan.. itu pon mujur awk tgerak hati nk check brg kmas kan.. klo x .. ntah bila bru sdr kan.. xpela.. harta blh d cari.. tp.. y sygnya.. sbb tu hadiah dr someone kan..

    ReplyDelete
  18. dugaan..huhuhu sabar yer kak... cpt2 report polis...

    ReplyDelete
  19. dorang dah lama buat kerja lah tu..nasib baik kamu tau camner dorang masuk..

    nasib baik gak kamu tak tuduh toyol yang curi..lagi haru kannnn

    ReplyDelete
  20. Diana : Sengal kan, rumah kena rompak pun bleh lagi tak perasan. Saya rasa pun 2,3 kali dia masuk.

    LYAfrina : Itu la... Saya bersyukur sgt kepada Allah sebab saya dan suami tak apa-apa. Harta tu boleh cari lagi. Tapi kalau jd apa2 kat kami, mesti nyesal tak sudah.

    Ahlam : Mekasih dik. Dah report polis dah.

    KakInaKL : Mmg kak, saya pun rasa derang dah lama masuk umah saya. tapi derang amik sikit2. Nasib baik TV kat umah saya ni TV besar gajah yang tahap berat satu tan punya. Hahah. Kalo flat screen, harus kena angkut gak tuh.

    ReplyDelete
  21. salam..

    dasyatnya tak sedar kan...yang sedih barang kemas tu hilang...tp nasib baik dia tak cederakan sape2 sbb dia masuk masa tak dee org la tu.... tp harap lepas ni akak lebih berhati2 la yea.

    ReplyDelete
  22. huih..kalo ko tgh tido dia masuk kak..aku selalu berdebor bab2 gini... dia dah biasa buat la tu..huih..

    masuk neraka la pencuri itu!

    ReplyDelete
  23. mmg kene ada extra lock..husben aku mmg rumah kami ada extra lock termasuk semua pintu ada selak dari dalam juga atas bawah..sebab aku kan selalu kene tinggal..lock yg mcm ko tambah tu pun laki aku pasang gak..pintu bilik pun selak atas bawah dari dalam gak..

    org kalau jahat tu jahat jugak..geramm je

    ReplyDelete
  24. ya allah kak, boleh plak akk tak perasan kan? tak apalah asalkan nyawa akk selamat. tapi orang yang curi tu memang tak kan selamat di akhirat nanti even kat dunia dia selamat. takziah kak

    ReplyDelete
  25. Syira : InsyaAllah lepas ni akak akan lebih berhati-hati.

    QuTaq : Didie, akak pon terasa mcm dia pernah masuk masa kami tgh tido. Sbb ada skali tu akak ada terdengar bunyi, pastu akak cakap kat ngah, bila dia tanya bunyi apa, tetiba dah mcm tak dengar dah. So, kiterang sambung le tido. Kehkeh.

    Aida : tu la, kiterang mmg nak pasang selak byk2. Minggu ni baru nak pergi beli. Org jahat ni mmg la byk je cara dia nak masuk umah org. Kalo kunci banyak pun derang boleh jugak masuk, cuma boleh melengahkan usaha dia utk masuk le.

    Cik Jannah : Ramai sgt org Malaysia ni jahat. Huhu. Sedih la. Negara Islam ni.

    ReplyDelete
  26. huhuhu.. mcmn boleh x tersedar .. kesian plak... kalau x check perkakas emas, pasti x tersedar rumah dimasuki pencuri.. huhuhu

    ReplyDelete
  27. Lady .. Tak sedar sbb xde kesan bsepah atau kesan2 kena pecah. Lgpun brg2 yg dia amik tu mmg jarang pakai. Huhu. Tp xpe. Ini smua ujian.

    ReplyDelete
  28. dia masuk time kita tak ada tak apa lagi. kalau dia masuk time kita ada, tu yg parah tu. mungkin orang yg sm buat kerja ni. dah bukan rezeki kan? tapi syaang jugak gelang dgn cincin tunang tu hilang. kenangan yang dah tak ada. huhuhu... sabar je la.

    ReplyDelete
  29. abg mtk maaf sbb lama x singgah .. busy skit sejak 2 menjak ni

    ReplyDelete
  30. anisalya : huhu.. sedih je bila terkenangkan cincin dgn gelang tu. Tapi takpe la. Dah Allah beri pinjam sekejap je, cukup lah. Lain kali beli lain la walaupun takkan sama dgn yg dulu.

    khairul : it's ok.. patut le lama tak update blog ye.

    ReplyDelete
  31. barang shida penah jugak kena rompak tapi benda yang dia ambik tak berbaloi pun sebab dalam dompet shida ada 50sen je hahaha...rugi je perompak tu pecah masuk rumah...

    ReplyDelete
  32. alahai..byk nye barang hilang.. sama la kita..ciksu penah hilang gelang tagn hadiah kawin jga.
    pencuri masuk rumah masa tgh tido..
    macam akak kata pencuri ni bengong juga, jacket saya pon dia curi...adoyai...kalau dh dasar pencuri semua dia nk curikan..

    jom baca Ni

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/02/tragedi-februari.html

    kes hilang juga..nasib kita sama bulan ini ;(

    ReplyDelete
  33. alahai..byk nye barang hilang.. sama la kita..ciksu penah hilang gelang tagn hadiah kawin jga.
    pencuri masuk rumah masa tgh tido..
    macam akak kata pencuri ni bengong juga, jacket saya pon dia curi...adoyai...kalau dh dasar pencuri semua dia nk curikan..

    jom baca Ni

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/02/tragedi-februari.html

    kes hilang juga..nasib kita sama bulan ini ;(

    ReplyDelete
  34. Shida : mmg sia-sia je dia amik dompet awk tu. Hahaha.. kelakar.

    Qasehnya Rania : Eh, sama plak ye kisah kita. Tapi apa2 pun kita bersyukur jugak sbb nyawa masih selamat. Kalau buatnya rompakan bersenjata ke, huhu... tak dpt nak fikir.

    ReplyDelete
  35. Ish, seramnya Lyd! Bsyukur korang berdua safe dan tak terserempak dgn malaun tu. Bahaya lah zaman skrg ni, takde tempat yg betul2 selamat. Hari tu bukan ada kes kenderaan polis pun kena curi ke kat dpn balai. Hahaha. Apa pun tak boleh la. Terpaksa bhati2 dan kenali rumah sndri. Bwk kunci keta masuk bilik, agak2 dgr bunyi pelik je tekan alarm. Elok beringat dari terkena lg. Selak la semua pintu dari dalam. Takut..takut..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya