Skip to main content

On Air : Jangan Ingat Bila Kita Berkata Jujur, Kita Cool

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya agak kureng berkenan dengan komen-komen negative pengacara-pengacara rancangan 'Fashion Police' tentang pakaian atau dress bintang-bintang Hollywood semasa Red Carpet tak kira la untuk anugerah atau function apa-apa pun. Komen dierang tu seolah-olah pendapat mereka je yang betul dan fesyen mereka je la yang paling cantik dan perfect. Fashion Police ni ada 4 org pengacara, Joan Rivers, Giuliana Rancic, Kelly Osbourne dan George Kotsiopoulos


Mesti korang kata, kalo dah benci sape suruh tengok kan? Tukar la channel lain. Habis kalau saya tak tengok, macamana saya nak cari idea nak tulis entry baru. Benda-benda mcm ni la yang beri idea untuk penulis professional macam saya [tolonggg jangan ludah], menulis sesuatu isu siap dengan contoh.

Ok, enough pasal Fashion Police yang tak membina minda tu. Ni nak usik sikit pasal rancangan realiti terbaru kat Astro Ria, "On Air". Rancangan tu nak cari bakat baru dalam bidang pengacaraan. Juri tetapnya Aznil dan Suhaimi Sulaiman. Then mereka akan jemput juri undangan yang berlainan setiap minggu. Saya pun tak pasti rancangan ni bermula bila. Tapi saya baru tengok minggu ni. Pengacara undangannya ialah PUAN SERI MUKA Dang Suria. Amboi, bila plak dia dapat pangkat Puan Seri kan?

Memang la, tak dinafikan... orang yang masuk TV ni perlulah cantik jelita gorjes stunning amazing and what so ever the h*ll. Tapi tak perlula dengan biadabnya juri beri komen tentang paras rupa peserta ujibakat dengan alasan yang acekononnya 'jujur'. Itu kurang hajar namanya. Dan saya juga boleh nampak sendiri betapa orang-orang yang pergi ujibakat, tak kira la untuk rancangan apa sekali pun, ada yang memang bersifat 'tak sedar diri' pun. Bakat dah la ke alam barzakh, rupa pun suam-suam milo tapi walau apapun keadaan peserta tu, juri tetap tak ada hak nak kondem muka, rupa atau fizikal peserta tu.

Apsal la yang saya marah sangat ni kan? Kekeke... Takde la... Dang Suria tu... [baca dengan nada mengadu], dia boleh kata peserta tu tak hensem, nanti kalau peserta tu jadi pengacara, penonton akan tukar channel. Ada sorang lagi peserta perempuan yang badan berisi, kena suruh balik, kuruskan badan kemudian bila dan slim dah cantik baru datang semula ujibakat. Korang bayangkan le apa perasaan korang kalo kena komen macam tu, dalam rancangan yang disiarkan di seluruh Malaysia. Kalau ye pun Dang Suria rasa diri dia cantik sangat dan rasa macam orang tak tukar channel sebab kejelitaan dirinya [yang sebenarnya salah sama sekali], dia tak payah la umumkan apa yang dia rasa. Simpan sendiri je la. Orang yang tak cantik tapi berbakat tu, tak semestinya kena jadi pengacara TV. Jadi penyampai radio pun okay apa.

Bagi saya, berkata jujur atau memberi komen yang membina tu boleh. Tapi pastikan komen jujur itu komen membina terhadap sesuatu perkara yang boleh di improve seperti suara perlahan minta dikuatkan, intonasi mendatar minta dipelbagaikan, atau gaya kaku supaya nampak hidup. Itu semua boleh diterima sebab semua tu boleh diubah kalo banyak berlatih. Tapi rupa? Fizikal pendek atau tinggi? Hensem ke tak hensem? Cantik atau hodoh? Semua itu bukan pilihan orang tu. Allah dah jadikan dia begitu maka orang lain tak ada hak untuk mempersoalkan.

Pesanan untuk Dang Suria jika dia membaca : kalau saya tengok awak pun saya rasa nak tukar channel, tapi awak masih jadi pengacara kan? Jadi, muhasabah, kalau tak cukup muhasarawak dan mohabbatein le diri sendiri.

Comments

  1. kadang2 manusia ni cuma pandai nak kritik orang jer tanpa sedar kekurangan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. hari ni ramai yang buat entry lepas geram kat dang suaria..hahahh

    ReplyDelete
  3. Diana : Ye ke? Owh, nasib baik saya buat entry ni semalam lagi. Kekeke.

    ReplyDelete
  4. salam;
    dah kerja dia komen..maka hilanglah perasaan dia akibat seronok sangat hentam sana hentam sini tambah lagi dengan sorak penonton..

    ReplyDelete
  5. dan suria nampak make up tebal atau mata saya silap?

    ReplyDelete
  6. pernah tengok tp akak tgk je la. cantik pada kita blm tentu cantik pd org lain.

    ReplyDelete
  7. Saffiya : sebab taste masing2.

    yusuf : kalau kerja dia pun, agak2 la kan.. Dia ada pilihan utk beri komen yang menyakitkan hati atau komen yang membina tapi lebih lembut.

    ummiarissa : bibir dia suntik kot. Dah mcm muka kak Nita.

    anisalya : ye betul tepat sekali.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikumm...yer la hari ni semuanya marah pd Dang Suria tu...tapi betul juga kalau nak komen tu agak2 la kan...:)

    ReplyDelete
  9. Datin Seri tu naik syeikh kot dpt komen-mengomen, kritik-mengkritik orang macam orang yang dikomen & dikritik tu xde hati, perasaan & air muka. Haih. Sebagai juri, dia adalah gagal.

    ReplyDelete
  10. ooo...ini ke kes dang suria kat pagi di ERA hr ni...x tgk ON AIR pasal tu xtau hjg pangkat apa la kaitan dang suria dgn yg diorg dok bebelkan kat ERA tu

    ReplyDelete
  11. Masszull : saya tak sangka ramai org marah jugak macam saya. hehe.

    Chempaka : aku setuju dia mmg gagal sebagai juri. Bidang pengacaraan pun tak la berjaya mana. Kalo berjaya sgt, ngape kita jarang nampak dia dlm TV.

    puteri : ha ah. kes on air ni la. Paknil plak asyik nangis je dlm rancangan ni. Mmg drama king. Tak jumpa anak 2 minggu pun nangis tunjuk dlm TV. Nangis sorang2 dah le.

    ReplyDelete
  12. Kalau kita kritik fizikal manusia lain bermakna kita kritik Tuhan...sbb Dia yang cipta kita semua...^__^betul tak?

    ReplyDelete
  13. khairul : tak la menarik sgt rancangan ni. Tak tgk pun tak rugi apa2.

    Makwe Kintan : Yes, tepat sekali. Kalo hina rupa org lain maksudnya kita persendakan ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  14. We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your website offered us with valuable information to work on. You have done an impressive job and our whole community will be thankful to you.

    Stop by my blog: payday loans

    ReplyDelete
  15. Nice post. I was сheсking continuously thiѕ blog and I'm impressed! Extremely helpful information particularly the last part :) I care for such info a lot. I was looking for this particular information for a long time. Thank you and best of luck.

    Look into my website :: payday

    ReplyDelete
  16. Thanks in support of shаring such a good ideа, pаragrаph is goοԁ, thats why i havе read it entirely

    my site ... payday loans online
    Also see my site: payday loans online

    ReplyDelete
  17. Ηello there, You have done an incrediblе јob.
    I'll definitely digg it and personally suggest to my friends. I am confident they will be benefited from this web site.

    Review my weblog - payday loans uk

    ReplyDelete
  18. Definitеly bеlіeѵe thаt which you statеd.
    Your favorite justification seemed to bе on the
    net the eaѕiest thing tо be aware of.

    Ι say to you, I сertainly get irκed while pеoрle сonsider worries that thеу јust don't know about. You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side effect , people could take a signal. Will probably be back to get more. Thanks

    my page ... payday loans

    ReplyDelete
  19. Fаntastic beat ! I ωould lіke to apprentice even аs уou amenԁ yοur web site,
    how could i subѕcribe for a weblog ѕite? The accοunt aidеԁ me a acceptable ԁeаl.
    І had been a little bit aсquainted оf this
    your broadcast provideԁ vіbrant transparent
    iԁea

    Here is my page bad credit personal loans

    ReplyDelete
  20. Paragraph wrіting іs also a ехcitement, if you be fаmіliaг with afterwaгԁ
    you can write othеrwiѕe it is cоmplicateԁ to wгitе.


    Alѕo νisit my blοg poѕt .
    .. Payday Loans

    ReplyDelete
  21. These aгe truly impгeѕsive ideas іn regarding blogging.
    You haѵе toucheԁ some nice points heгe.
    Any wау keep up wrintіng.

    My web blog :: Same Day Payday Loans

    ReplyDelete
  22. Mу brother rеcommеnded I might like this ωeb site.
    Hе was entirely right. Thіѕ post truly
    madе mу daу. You cаnn't imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!

    my blog - New Bingo Sites

    ReplyDelete
  23. I'm extremely impressed with your writing skills and also with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you customize it yourself? Either way keep up the excellent quality writing, it's rarе tо sеe a nice blog lіke thiѕ one thеse days.


    my page ... payday loans

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya