Iklan! Iklan! Sila Click!

04 January 2012

Wordless Vednesdeyyyy! - The Lord Of The Ring Journey

Sejahteralah ke atas kamu....

Cuti new year 2012 saya balik kampung. Hari Sabtu saya balik, lepas dah berjaya heret suami saya pegi Lowyatt Plaza. Sampai kampung jam 12.30 mlm. Pagi-pagi esoknya, bangun tido jam 6.30pg, lepas solat [tak mandi kwang2] terus bersiap pergi Pekan Sg Lembing untuk daki Bukit Panorama. Sniff... Fenat giler viva.


Dari kaki tangga ke menara. Eceh. Nampak lelaki dengan shopping beg kaler hijau itu? Beliau sedang turun balik setelah mendaki tangga mendahului, sbb bila beliau pandang belakang, tengok2 isteri beliau yg tak kurus ini masih terhegeh-hegeh berenti rehat setiap 10 anak tangga. Hey, tapi ok la.. sebab isteri beliau itu tak berputus asa hokey. Kehkeh.



Percubaan gagal untuk membuat aksi ala-ala sweet drama Korea Full House. Ngape le dia pegi tunjuk ke sana guna tangan kiri. Dah terselindung wajah berseri i. Nyampah taww...




Buah apakah itu? Buah nona ke? Sudah tentulah bukan. Ntah le buah apa.



Ini adalah view daripada atas Bukit Panorama. Moden bukan nama bukit itu? Perjalanan kami untuk membuang cincin The Lord Of The Ring ini masih jauh. ~yang benar, Frodo Baggins and Sam Gamgee.



Maaf, ini bukan uncle Gedek, tapi makcik gedek.



Kat bawah itu adalah perkampungan Sungai Lembing. Yang kaler coklat itu adalah sungai ye adik-adik.




Semut ni sangat besar. Panjangnya sama dengan duit syiling 20sen. Tapi saya tak berjaya amik gmbar sebab semut ni bergerak laju sangat. Lagipun saya takut kena gigit je. Karang tak pasal meninggal dunia di atas Bukit Panorama.


Kami lepak kat atas tu dalam sejam setengah jugak. Sebab nak naik tu kemain seksa. Takkan le lepas naik je terus nak turun kan? Mesti lepak2 makan KitKat dulu. Baring-baring atas simen 4 segi tu tengok awan menari diiringi lagu angin. Bahagianya rasa duduk tak buat apa-apa tengok awan dengan orang yang dicintai. Schweet. Kalau diikutkan, saya nak lepak lagi kat situ lama-lama. Sebab takde orang. [*Orang lain semua dah awal2 lagi turun sebab mereka dah daki bukit tu lebih awal, jam 5 pg agaknya. Sebab nak tengok sunrise. Tapi tak nampak pun sunrise nya. Sebab berkabus. ]. Tapi terpaksa jugak turun sebab ada orang tu dah lapar sangat. Seketul Kit Kat Chunky tu tak cukup untuk mengenyangkan dia. Hehehe.

Dah sampai bawah, kami pergi makan roti canai. Saya order 2 keping. 1 roti planta, 1 lagi roti telur bawang. Padahal yang lapar sangat tadi suami saya. Dia makan roti telur bawang je. Nampak sangat siapa yang lebih kuat makan.

Sampai ke saat ini saya masih teringat kenangan mendaki bukit itu, sebab.... sampai sekarang betis saya sakit. Otot betis macam dah keras giler. Rasa mcm letak buah kelapa kat pelipat betis, then duduk mencangkung. Cenggitu le perasaannya. Tapi, lenkali saya nak naik lagi. Sebab best. Next time nak bawak bekal nasik lemak plak. Bleh picnic kat atas tu. Breakfast sambil menghayati keindahan kejadian Allah. Mesti syiok bangat nih.

*Tajuk entry tu wordless konon. Ingatkan tadi tanak cakap apa-apa. Sekali terpanjang plak karangan ni. So, korang kena tukarkan sendiri daji wordfull venesdey la ye.

12 comments:

  1. wah bestnya berdating atas bukit! sambil exercise gitu eh. :D

    ReplyDelete
  2. wahh.. sronoknye dating ats bukit.. tak sbr brcinta lpas khwin .. fewwitt =)

    ReplyDelete
  3. ni kira xtvt menghirop udara segar la kan hehe

    ReplyDelete
  4. Patut la lamaa xde enrtry baru..gi jejalan rupanya..

    Happy new year!!

    Bukan buah pulasan ke? Haku pon main taram je..hehe

    ReplyDelete
  5. mesti best klu saya pun dapat lepak tempat macam ni..tapi nak mendaki tu..adoiii huhuhu

    ReplyDelete
  6. wahhhh....nanti balik raya cina nnt kita g ye :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...