Skip to main content

Tsunami Rindu - Review Syok Sendiri Ombak Rindu Versi Negatif

Sejahteralah ke atas kamu... *sape rajin baca la. Saya janji, entry ni adalah sangat panjang. Tapi nak jugak tulis sebab utk kenangan di masa depan. Sape tak baca, jangan komen okay? Sebab confirm komen tu merepek.

Suami otstesen lagi. Saya dilanda tsunami rindu. Uwaa... *nanti Ina tanya, motif???*

Seblum suami saya otstesen ari tu, saya ada beli filem Ombak Rindu kat Astro First. Cekonon cool la tu konon. Orang lain dah tengok filem ni lama kedaung, saya baru je terhegeh-hegeh nak buat review. Excited ni nak tengok Maya Karin pakai tudung dan ajar mengaji. *owh, gay nya aku rasa bila pompuan lain sibuk nak tgk Aaron Aziz, tapi aku sibuk nak tgk Maya Karin. Hoho.*

Malangnya, excited saya itu hanya pada 30minit yang pertama sebab saya rasa permulaan itu sahaja ceritanya menarik. Lepas tu, merepek. Oppsss.. sape yang minat filem ni saya minta maaf. Ni pendapat personal saya. Saya betul2 rasa rugi langgan citer ni kat Astro First. Suami saya siap nganjeng sebab dia kata, saya selalu suka pilih filem tak best kat Astro First, contohnya Libas. Grrr...

Sebenarnya bukan merepek sangat. Jalan cerita tu saya boleh faham. Dan saya faham juga filem ini adaptasi novel yang orang kata kalau amik daripada novel sebijik-sebijik memang tak dapaaaattt... perlu diringkaskan kalau tidak filem tu akan jadi 16 jam *kot. Tapi saya rasa terlalu ringkas. Sampaikan saya tak dapat feel perasaan cinta Izah[maya] dengan Haris[aaron]. Percintaan mereka tidak digambarkan dengan dalam. Yang ada cuma adegan sensual. Padahal adegan itu kurang penting berbanding gambaran perasaan cinta *untuk dipaparkan dalam filem tu*. So, bila Haris kawen dgn Mila [lisa surihani], saya tak dapat feel betapa sedihnya Izah. Sama jugak bila ibu Haris buat fitnah dan Haris percaya bulat-bulat, pastu takde usul periksa je dia pergi maki Izah, saya rasa macam, "Hek eleh.. bongoknye lelaki ni". Kekeke. Otometik je terfikir mcm tu. Saya tak nangis pun tengok filem ni. Tak sempat nak nangis sebab filem ni laju sangat perubahan daripada satu plot ke plot yang lain.

Perbandingan Ombak Rindu dengan Tentang Dhia.

Memang tak adil perbandingan ni. Sebab Tentang Dhia tu drama. Boleh la buat sepanjang-panjang alam. Ombak Rindu plak duration nya hanya 2jam. Takleh la nak letak konflik dan plot yg terlalu panjang. Sebab tu jalan cerita Tentang Dhia lebih kemas dan lebih feeling. Bezanya;

Pelakon :
Saya lebih suka AdyFutra daripada Aaron Aziz walaupun orang kata Aaron Aziz lagi hensem. MUngkin sebab bibir AdyPutra lebih tebal daripada Aaron Aziz. *takde kaitan hehe*. Pastu dah tentu saya lagi suka Nora Danish daripada Maya Karin.


Watak :
Watak Haris[Aaron Aziz] tu bukan le watak lelaki pujaan. Sebab dia pegi kelab, main pompuan, main pelacur. Cara dia jumpa dengan Izah tu pun dah tak best. Lain dengan watak Zikir[AdyPutra] yang memang sediakala dah baik walaupun Mummy dia jahat. Pastu Haris boleh je peluk kawan dia Wafia yang mengadu putus cinta untuk tenangkan dia. Amboi, rapat sangat. Pastu moden sangat sampai boleh tenang2 kan kawan berlawanan jantina mcm tu. Lagi, watak Haris ni macam senang kena pengaruh oleh orang lain, takde usul periksa punya. Kalau Zikir plak sekurangnya dia selalu menangkan isteri dia sebab dia kenal mummy dia canner. *selain daripada kena ilmu hitam tu la*

Watak Dhia plak memang menarik karektornya. Kalau Zikir terlalu cintakan Dhia, kita yang tengok ni boleh feel kenapa. Sebab mmg watak tu jelas. Baik, menarik, comel. Tapi watak Izah ni macam tak jelas je. Tak menarik pun. Tudung Maya Karin nampak macam tak proper langsung. Zaman bila punya percintaan ntah. Tahun 80-an pun org dah tak pakai tudung cenggitu.

Apa-apa pun, saya geli tengok watak mak Haris, mak Mila dan ayah Mila. Mila pun saya geli tengok. Mekap macam langsuir je memasing. Citer Melayu selalu mcm tu, asal jahat je, selalu buat mekap yang terlampau mengarut. tau la nak tunjukkan muka jahat pelakon tu, tapi takyah le melampau sangat.

Itu je la.

Cerita baru yg ganti Tentang Dhia tak menarik. Sebab pelakonnya tak menarik.

Comments

  1. aa ah..tak ras nk nangis pun tgok ombak rindu.tak rasa sedih pun.tapi heran knp ada yg sedih gila2..

    ReplyDelete
  2. Tapi saya suka ombak rindu sebab saya leh rasa feeling watak sebagai izzah tu..

    ReplyDelete
  3. TO: PENA BIRU

    lain orang lain citarasanyer..tak semestinya bila awak suka, orang lain pun akan suka juga..sekadar cerita jer, jadi apa yang nak di herankan..betul tak??

    ReplyDelete
  4. Pen Biru & Saffiya : Erm, betul, pendapat masing2. Ada yg sedih, ada yg tak sedih. Ada yg suka, ada yg tak suka. Chill ok? Taste berbeza.

    ReplyDelete
  5. Lom nengok lagi Ombak Rindu..x sempat nengok dah kena blok dari YouTube.

    Tapi tengok review2 pon tak berkenan pesen tudung Maya Karin. Macam orng tak reti pakai tudung je..

    Tentang Dhia mmg terbaek..ai rasa sama sedih macam masa nengok cite Nur Kasih dulu..

    ReplyDelete
  6. Cik Sibuk : Nur Kasih saya tak tengok, tak tau apsal. Mungkin sebab tayangannya weekly berbandign dgn Tentang Dhia yg almost daily. RIndu la kat Dhia dgn Zikir. Dan mummy. kehkeh.

    ReplyDelete
  7. tak terjebak..tapi citer melayu kalau scene tidur pakai mekap..kelaasss tak menjaga kecantikan langsung! pori-pori tersumbattt...no good!

    ReplyDelete
  8. tolong lar tgk QuTaq. Pasti ko akan tergoda. Hehe.

    ReplyDelete
  9. baca review lyd ni tetiba teringin pulak nk tengok tntang dhia. hehe.. belum start lg nak tengok, citer soffiya yg sebelum tu tak miss pulak tengok. haha.. lawak pulak. ombak rindu dh tengok tp byk kali pause feeling tu dah kurang. apa2 pun ai tengok je la setakat mengisi masa lapang. hihi..

    ReplyDelete
  10. agree sangat dengan akak..walaupun yana tak tengok2 pun lagi citer ni..

    bab tudung memang 1 hal..tahun 80an?hahaha..agak2 la nak buat watak kampung pun kan..orang kampung lagi lawa bergaya bab pakai tudung ni dari orang bandar apa..


    yna minat aaron aziz dan ady putra..ekeke..2,2 watak macho jer..ya lah sebab ayu raudhah berlakon terus tak best..kui3..

    ReplyDelete
  11. salam;
    aku belum tengok lagi..maka tak dapat aku nak komen sesedap hati aku..kalau dah cam tu bunyi ceritanya terasa malas nak tengok...

    ReplyDelete
  12. tak tengok pun ombak rindu.huhu
    Cite lepas 'tentang dhia' pun tak tgk..last nanti baru tgk kot.hehe

    ReplyDelete
  13. saya pon tak nangis tengok citer Ombak Rindu. Tak paham nape dapat sampai 11 juta. sib baik saya tak gi tengok kat wayang..

    -salaam kenal-

    ReplyDelete
  14. lady xnangis pun tgk ombak rindu.. tp citer dhia tu mmg lady lgsg x tahu.. nantilah lady sec kt tenet..

    lady lbh suke novel drp tgk filem.. sebab xleh nk feeling lebih2..

    ReplyDelete
  15. bila ramai dok cerita terus hilang rasa nak tengok ombak rindu..betul la kata suami..jangan tengok cerita mengarut tu..heheheh

    ReplyDelete
  16. wah kemain dia mengomen..cam pengkritik filem lak...takpe..masing2 ada citarasa masing-masing ada suka ada tak..akak dah tengok kat wayang..lagi best lak rasa tengok wayang..screen besar..kata orang novel lagi best dari filem..tak baca lagi novelnya...tunggu je ni adik poskan..

    ReplyDelete
  17. best gak layan citer nie, tp lg best layan citer ttg dhia tu..barulah terasa feelnya..(^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya