Iklan! Iklan! Sila Click!

06 January 2012

Tony Fernandes - Memakmurkan Malaysia Melalui AirAsia


Sejahteralah ke atas kamu....



Korang perasan tak ada channel baru kat Astro iaitu Fiesta [channel 150 dan 151] dan Fox Family Movies di Channel [152]. Kat Family Movies ni semua filem je yg ditayangkan. Tapi saya bukan nak cite pasal FFM. Apa yang saya nak kongsikan ialah semalam saya tengok salah satu program kat channel Fiesta, tentang biografi Tony Fernandes. Eh, dia ni memang agak mengkagumkan saya. Meh kita track back jalan yang dia lalui sebelum dia berjaya majukan AirAsia. Eleh korang ni kalo nak baca pasal sejarah je mula la tak suka tu. Wei, kena baca ni. Baru la bleh jadikan Tony Fernandes sebagai insan tauladan untuk kita menempa kejayaan plak satu hari nanti.

Dia lahir tahun 1964. Masa dia kecik-kecik dulu, dia selalu ikut mak dia pegi party Tupperware. Lepas tu dia pegi sekolah kat London, belajar ekonomi pun kat London. Lepas abih belajar, dia kerja kat syarikat rakaman Virgin Records kat London jugak. Pastu tu dia balik Malaysia dan jadi Pengarah Urusan Warner Music. Masa ni, Tony Fernandes sangat aktif dalam dunia hiburan. Sebab tu mula-mula dulu saya rasa sikit confuse bila dengar nama pemilik Air Asia ni macam sama dengan nama seseorang di dalam industri hiburan tanah air. Tak tau plak rupa-rupanya dia adalah orang yang sama. Dem. Ai tertifu.

Pada tahun 2001 semuanya bermula. Melalui Datuk Pahamin iaitu ayah mertua Azhar Sulaiman yang pada waktu itu adalah Menteri Perdagangan Domestik *kot* Tony Fernandes dibawa berjumpa dengan Perdana Menteri pada waktu iaitu Tun Mahathir. Tun Mahathir mencadangkan kepada Tony supaya dia membeli syarikat penerbangan subsidiari milik DRB Hicom yang mengalami kerugian. Tony pun dah tak menoleh belakang lagi, buat apa nak toleh belakang kalau ada side mirror hohoh dia pajakkan rumah dia pastu keluarkan semua simpanan dia pastu dia beli 2 pesawat AirAsia. Amboihhh Tony, banyaknya simpanan awak. Bleh beli 2 kapal terebang lagi... Kelassss kau Tony....


Hensem bukan?

Lepas dia dah amik alih Air Asia, dia terus mengejar impian dia untuk menjadikan Air Asia sebagai syarikat penerbangan harga murah dengan motto 'Now, everyone can fly'. Masa tu semua orang anggap dia gila. Tapi dia membuktikan bahawa dia tahu apa yang dia buat. Hutang berjuta-juta Air Asia berjaya disetelkan. Yang bagusnya dia ni saya tengok dalam biografi dia, dia ni sangat humble pastu baik dengan staffs dia. Tak kira la pekerja-pekerja berjawatan rendah atau tak. Dia boleh je jenjalan kat airport dan bergaul dengan pekerja-pekerja dia. Dan pramugara-pramugara dia beri peluang untuk belajar dan dapatkan lesen untuk jadi pilot. Bagus kan?

Bagi dia, setiap orang harus diberi peluang dan pekerja pula adalah aset syarikat. Kalau dulu, hanya orang-orang kaya je yang boleh naik kapal terbang, jadi Tony mahu semua orang mampu travel. Masa mula-mula dia nak perkenalkan penerbangan tambang murah ni, orang ramai terbayangkan yang mereka kena berdiri dalam kapal terbang sebab harga murah tu. Tapi sebenarnya tak. Cuma perkhidmatannya ada yang tidak disediakan seperti makan dan free seating serta seatnya keras dan sempit. Tapi okay lettew. Asalkan boleh pergi ke tempat yang kita nak pergi dengan tambang murah, dah memadai. Kalau nak selesa sangat, tidur kat katil je la kat rumah. Baru le selesa kan. Heheh.

Lepas dia dah berjaya selamatkan 'kesakitan' syarikat Tune Sdn. Bhd. yang memiliki AirAsia ni, dia menceburkan diri dalam Formula One pulak. Saya malas nak gugel boleh tak? Hehehe. Yang pasti bukanlah dia masuk berlumba. Ni pasal beli-beli syarikat penganjur Formula One. Lepas tu yang paling baru, dia masuk dunia English Premier League plak. Kalau nak tau, dia dah beli saham pasukan Queens Park Ranger dan menjadi pemilik saham terbesar QPR iaitu sebanyak 66%. Tapi saya pernah berbincang dengan suami saya, saya rasa dia ni minat EPL, so dia saje beli pasukan yang murah, sebab dia nak tengok bola dari bangku coach. Lagipun Tony ni memang pandai menonjolkan diri dia. So, tak pelik la kalau dia nak buat camtu.

So, itu je la cerita tentang kejayaan Tony Fernandes. Walaupun dia bukan Islam, tapi sumbangan dia kepada negara sangat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia tak mengira peringkat usia, bangsa dan agama. Mekasih Dato' Tony Fernandes. *dia ada Dato' dah ke? Hahah. tak pasti plak*

Fakta lain tentang Tony Fernandes ni, ialah dia bukan University graduated. So, maksudnya, tak semestinya hanya orang yg ada ijazah je boleh berjaya. Sape2 yang belum berjaya, silalah berusaha lagi. Pasti akan berjaya kalau kita betul2 nekad dan berusaha.


Info ini di kelepet daripada Wikipedia Tony Fernandes

11 comments:

  1. dimana ada usaha disitu ada kejayaan..:)

    ReplyDelete
  2. hebat lah..modal asal dia cuma 1 juta saja..tgk skunk ..dh berkembang maju

    ReplyDelete
  3. salam;
    maknanya di bijak walaupun tak pandai..

    ReplyDelete
  4. ambik pengalaman insan berjaya utk kita jadikan teladan.Jom menang telekung Thaiyibah
    : Jom Menang Telekung Thaiyibah

    ReplyDelete
  5. kagum la tony ni kak lyd..sbb kn..smlm..kt berita tv3 tu..diorg reporter temuramah tony ni psl perancangan air asia..leh je die ckp lepak..mcm die bukak kedai runcit je..beza ngn MAS..siap buat press conference..pastu ada skrip lagi utk terangkn perancangan..tah pape MAS (ehhh..terkutuk MAS lak..ngeh2~)

    ReplyDelete
  6. Now everyone can fly. Betul tu..kalo takde AirAsia tak dapat rakyat Malaysia reramai memeriahkan Bandung..ngeheheee

    ReplyDelete
  7. tan sri dah rasenye (gile tak confirm tapi saje nak komen)..

    lapar le kak... nasik campur 1!

    ReplyDelete
  8. Masa mula2 dulu selalu juga terkeliru antara Freddie Fernandez (bekas penyanyi dan kini Presiden Persatuan Karyawan Malaysia) dan Tony Fernandez (tauke Air Asia)...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Shahz Jaszle: Dah Tua-Tua Baru Nak Tukar Nama??"

    Nota: Saya dah folo awak jugak...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...tahniah buat beliau kerana telah menaikkan Malaysia di mata dunia dengan Air Asianya...:)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...