Iklan! Iklan! Sila Click!

19 January 2012

Takde Kaitan, 'Kot'?

Sejahteralah ke atas kamu...

Makin lama saya makin pening dengan bahasa budak-budak sekarang. Mula-mula pening dengan bahasa sms atau ejaan yang dah diubah sampai perkataan tu jadi pelik dengan hurup 'w' seperti taw, tew, kew etc.. Pastu ejaan yang berakhir dengan huruf 't' ditukar dengan huruf 'd' contohnya 'buat' menjadi 'buad'. Ejaan 'aku' plak dieja dengan 'aq'. Serius pening. Mungkin saya terlalu tua untuk faham bahasa mereka.

Pastu sekarang ni cukup popular penggunaan perkataan 'kot' untuk boleh dikatakan setiap ayat yang dierang cakap. "Aq baru 19 tahun, kot". "Aq lapa kot".. Opss.. silap eja. Ejaan 'kot' tu derang eja macam ni, 'kowt'. Setahu saya, kalau orang-orang sebaya saya ni hanya gunakan perkataan 'kot' tu bila timbulnya sesuatu situasi yang kita sendiri tak pasti tapi main agak-agak je. Lebih kurang macam spekulasi jugak la. COntohnya bila ada sorang kawan kamu yang selalu kena usik dengan sorang lelaki ni. Kita mesti akan cakap, "lelaki tu suka kat nko kot?". Tu macam memang agak-agak je, tapi tak pasti. Ini... setiap perkataan nak letak 'kot' hujung ayat. Pening makcik ni tau tak anak-anak?

Haiyaaa... Macam-macam la sikalang.... Manyak pining wooo... Makan nimau lagi bagui loo...

11 comments:

  1. cam bebudak skang cakap "Ayat tak bleh blah" sampai skang tak paham apa maksud "ayat tak boleh blah" tu?! klu dlu2 biasa aa ckp "Boleh blah laa luu" skang ni makin pelik plak ayat!.. hishh!

    ReplyDelete
  2. pening..pening..kita yang tua pulak terpaksa belajar nak faham ayat mereka ni ya...

    ReplyDelete
  3. ooo itu macam ka...^__^ nimau sebijik...

    ReplyDelete
  4. LydSunshinnext
    month sy ada buat sewing party tapi jahit telekung lah.... aktiviti amal.


    azimaDIYshop

    ReplyDelete
  5. saya pun pernah buat entry pasal kot ni dulu..heheheh

    ReplyDelete
  6. errr..saya ni pon tua..tapi suka pakai kot jugak..perasan muda kot? takkan kot? err agak2 la kot..

    tapi tak sebut kowt okayyy..hehee

    ReplyDelete
  7. "kot" ni common word kat belah utara ni

    ReplyDelete
  8. kot tu dah biasa ..tapi ayat sms tu memang tak boleh faham..pening

    ReplyDelete
  9. selelalunya kalau baca ayat2 canggih ni sy baca sikit je..pastu stop sebab x paham..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam LydSunshine,

    Susah zaman budak skrg ni....cuba nk ubah bahasa pelat kot....mcm2 boleh jadi..anyway nice entri sharing to us..

    BTW kami dah follow blog LydSunshine, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...