Iklan! Iklan! Sila Click!

13 January 2012

Snow Angel Bermimpi Lagi

Sejahtere lah ke atas kamooo....

Pagi-pagi tadi dah kena gelak dengan suami saya sebab dia kata malam tadi masa tengah tidur, tiba-tiba je saya buat aksi 'snow angel' sampai dia terkejut. Hahaha. Snow angel tu ialah pergerakan semasa baring atas salji macam ini,


A snow angel is a human-made depression formed in an area of snow in the shape of an angel Making snow angels is a common childhood game. Dikelepet daripada sini





Orang-orang tua kata, kalau bermimpi sebelum masuk waktu subuh maknanya mimpi tu akan jadi kenyataan. Saya harap, mimpi-mimpi baik yang saya alami sebelum waktu subuh tu akan betul2 la jadi kenyataan. Dan mimpi buruk pula harap-harap hanyalah gurauan tidur. Pagi tadi saya mimpi siang ikan yang sangat besar. Panjang ikan itu bersamaan dengan tinggi 2 orang manusia dewasa yang normal. Besar giler ikan tu. Mampu plak saya siang ikan tu. Biasanya nak siang ikan siakap pun suruh kedai je tolong siangkan. Hancho aku ni. Haha.

Ada apa dengan ikan besar? Saya tak pasti orang lain cemana, tapi saya sejak dulu, kalo mimpi dapat ikan besar, udang besar, ikan banyak atau apa-apa sumber makanan laut atau sungai maksudnya nak dapat rezeki. Lagi besar ikan tu, lagi besar la rezeki nak dapat tu.

Saya ingat lagi dulu, masa saya berusia awal 20-an, waktu orang lain dah ada boyfren tapi saya takde lagi, saya risau sangat siapa la jodoh saya. Setiap malam, saya mimpi saya makan kurma, kekacang yang sedap-sedap mcm almond, pistachio, hazelnut dan lain-lain then minum madu serta kismis. Bila saya cari makna mimpi tu, dalam buku tu kata... kekacang, kurma, kismis dan madu tu adalah makanan di syurga. Jadi, sesiapa yang bermimpi makan semua tu, akan mendapat suami yang baik dan soleh. Kalo lelaki yang mimpi macam tu, akan dapat isteri solehah. Pernah juga saya mimpi saya petik buah anggur warna hijau yang sangat-sangat sedap. Tafsiran mimpi tu pun lebih kurang sama. Akan mendapat jodoh yang baik dan beriman. Alhamdulillah. Dapat betul-betul.

Kalau saya mimpi benda tu sekali je, saya tak heran sangat. Tapi kalo mimpi seakan-akan sama asyik berulang-ulang, saya akan mula la nak percaya. Hehehehe. Biasa ahh.. Mistik-mistik ni saya suka. Tambahan lagi sekarang ni kuat tgk tv. Contoh mimpi ulang-ulang yang saya penah alami dulu, ialah sebelum saya dapat tahu saya perlu bertukar cawangan ofis EsEsEm dari Kuantan ke KL. Saya asyik mimpi kemas barang-barang, masuk hostel. Pastu mimpi berenang dan terdampar ke tempat asing. Lepas dapat surat arahan pertukaran tu, baru le mimpi tu berhenti. Pastu setahun, dua sebelum saya berkahwin, saya dah mula mimpi kenduri, makan kenduri, mimpi jumpa kawan-kawan lama dalam jamuan makan-makan dan seumpamanya. Bila dah dilamar oleh suami saya, baru la mimpi tu stop. Ehehe. Tahyul boleh tahan jugak saya ni kan?

Satu lagi mimpi sebelum suami saya lamar saya ialah mimpi ibu En Azrul[suami saya], berikan saya duit RM22.50 dan dalam mimpi tu ibu kata, "ini duit yang abang ngah[nick name suami saya kat umah ibu] suruh bagi kat awk". Bila saya tanya, ini duit apa ni? Seingat saya, Azrul takde hutang dengan saya makcik. Pastu ibu kata, dia pun tak tau duit apa. Haaaa... kan dah betul-betul Rm dua ploh dua hinggit setengah tunai tu jadi mas kawen. So, sekarang, ibu EN Azrul tu dah jadi ibu mertua saya la... well love!



So, mimpi ikan besar tu maksudnya akan dapat duit yang berlambak giler. Pastu siang ikan tu plak maksudnya menghabiskan duit yang berlambak giler tu dengan bershopping. Yey!

Eh, tapi orang-orang tua jugak ada kata... kalo mimpi takleh citer kat orang.

*WARNING : Jangan le percaya sangat pada mimpi. Saya buat entry ni takde motif pun.

20 comments:

  1. betul2..pernah dengar orang kata kalo mimpi..jangan gitau orang. nanti mimpi tak jadi kenyataan..
    iyo yo je la

    ReplyDelete
  2. Hidup tak seindah mimpi...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Ustaz Riduan: Kentut Tidak Membatalkan Wuduk"

    ReplyDelete
  3. ikan besar??
    teringin nak makan ikan besar kot...
    saya la tu..teringin..heheh

    ReplyDelete
  4. suka gambartu.. mimpi perler sampai buat pergerakan ini... selalu gitukan kalau mimpi baik macam nak sambung tidur lagi... dan lagi.. kalau buruk tak nak .. tak nak...

    ReplyDelete
  5. ermm awak untung laa selalu dapat mimpi..boleh gak dapat petanda2 samada baik atau buruk..


    p/s: kalau seharian keje banyak memang tido malam tu tak bermimpi laa..penat sangat2 sampai tak sedar paa.lena sangat tau2 dah subuh jaa

    ReplyDelete
  6. amboi...hebatnya dalam memberi
    maksud mimpi

    baru kita tau mimpi lepas subuh
    jangan percaya...nasib baik!! hehe~
    baru je mimpi pagi tadi :P

    ReplyDelete
  7. wah boleh try buat snow angel ni. asal le kite baru tau. wahaha...
    *kdg2 apa yg kita mimpi ada beri mkna, tp xleh la caya sgt kan!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...kalau mimpi itu betul n jadi kenyataan alhamdullilah dapat rezeki dr Allah tu...:)

    ReplyDelete
  9. moga2 selalu dapat mimpi yang best2, lps 2 diperkenankan..;)

    ReplyDelete
  10. RM22.50 mas kahwin? Orang Johor ya?...:)

    ReplyDelete
  11. mimpi memang mainan tidur kan...kadang-kadang macam boleh buat novel giler-giler ..entah apa entah mimpi tu dan macam tak logik ajer

    ReplyDelete
  12. wah sis untungnya..mimpi jadi kenyataan. alhamdulillah. rezeki tu, :P

    ReplyDelete
  13. seronokkan kan kalau mimpi yang best-best jadi kenyataan...

    ReplyDelete
  14. waahh. best tu. sapalaaa nak masuk mimpi saya pulak.

    ReplyDelete
  15. salam... :D..
    suke mimpi2 ek?
    kdg2 Allah bagi hint kat kite melalui mimpi kan?
    tp lady jrg mimpi..
    dalam sebulan tu sekali belum tentu..
    sebab tidur lady tidur mati..

    semoga mendapat rezeki yang besar.. :D.. ameeennn..

    dan dengan rezeki itu juga boleh membantu org lain.. ameeennn..

    ReplyDelete
  16. salam;
    seronok tidur kalau bermimpi..paling tak seronok kalau tidur tak termimpi2.

    ReplyDelete
  17. mimpi... kalau mimpi best punya la seronok bangun tido... heee3x

    ReplyDelete
  18. SALAM SYG..NANTI KALAU DAPAT REZEKI BESAR,KITA TAU APA NAK BUAT KAN.SHOPPING2 NI TAK DIBENARKAN YE :-) HARAP MAKLUM HEHEHE

    ReplyDelete
  19. subuh tadi mimpi ular yang banyak sangat dan banyak jenis dari pelbagai warna n besar bertentang mata dengan saya satu persatu sampai yang terakhir ular besar warna putih bersisik emas kemerahan di kepala..Ya, Allah takutnya saya...masih terbayang lagi..cerita kat husband husband bising mimpi hanya mainan tidur..tapi saya selalu mendapat mimpi yang memberi petanda...rasa takut lah...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...