Iklan! Iklan! Sila Click!

05 January 2012

Posto! Posto!

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya adalah spesis yang sama dengan BFF saya Zila, yang sangat-sangat excited bila dapat barangan melalui pos. Terasa hidup ini penuh bermakna walaupun biasanya barang tu dibeli sendiri. Agaknya, sebab tu la kot saya suka beli barang-barang secara online. Ada la jugak psycho skit-skit. Heheh.

Baru je kejap ni, saya dapat panggilan telefon daripada bilik mail. Ada bungkusan utk saya katanya. Saya mestilah tau apa benda, sbb saya yang beli.

Lunch semalam. Lauk kari ayam je. Takde sayur pom. Kari ini dimasak menggunakan susu sahaja, tiada santan. ~tiada kaitan dengan motif entry.~


Berat juga bungkusan ini. Sebelum ni yang saya beli, agak ringan dan kecik. Walaupun harganya hanya berbeza RM7.


Apa ni? Owhhh... Photobook... Design sendiri ni tau. Beli kat Groupon, manage gambar sendiri, edit sendiri, touch up sendiri. Asalkan sendiri puashati. Kalau ikutkan, print pun nak buat sendiri. Harap je aku tak reti. *gila kuasa ni*


Gambar pre-wedding lah sangat tu konon yang tidak diprint dulu. Sekarang baru nak print.




Tetiba sekarang ni saya rasa mcm crazy nak print semua gambar saya kat photobook. Sebab cool giler. Lagipun senang. Kalau print biasa kat kedai gambar, pastu beli sticky album, tampal sendiri leceh. Ahhh.. Bosanlah cara lama tu! *amboih, takburnya aku.*. Saya bosan bukan apa, sebab dulu saya sangat banyak gmbr yang saya print [dulu-dulu panggil 'cuci gambar'], pastu simpan dalam sticky album last-last rosak. Sebab gambar tu macam berpeluh. Saya ni kan tinggal kat perkampungan 4 musim. Time panas kang, panas gila. Time musim salji a.k.a banjir, udara lembab pastu habis semua barang2 dalam rumah pun lemau je. Lagi 2 musim, ialah musim durian dan musim cuti sekolah. Hahaha. Ok, semua cerita tentang 4 musim kat kampung saya tu takde kaitan dengan photobook.

Kenapa photobook? Photobook ni konsep dia macam buku. Buku kulit tebal. Dan gambar dia tak kembang walaupun dah lama. Tak kisah la apa-apa pun. Yang penting, saya memang dah jatuh hati dengan photobook. Lepas ni nak beli lagi 60 buah. MUahahahahaahahahaha.. *gelak sang kelembai*

13 comments:

  1. Haha..memula ingatkan dia beli pes kari..sebab ada gamba kari ayam..

    Rajin weh hang nak nyusun gamba..bagus2

    Zaman dedulu masa masih pkai filem ai rajin cuci gambar kat kedai. Apek kedai gamba pon sampai kenal. Zaman skang dah digital takde print. Semua simpan lam comp. Kalu komputer crash abis la ilang suma gambar den..

    ReplyDelete
  2. aku kalau posto dtg,aku swoh kucing aku g amik kan.baru la nmpak barat skit.diowng gune anjing,kn haram,so aku bela kucing.same je kot cume kucing cpt letih je.haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...cantik...semoga penuh gambar tu nanti yer..:)

    ReplyDelete
  4. memang senang cara sekarang berbanding cara lama...

    ReplyDelete
  5. eh..behnye..

    nak jugaklah..aku ni gambor anak aku dari dia kuar secara pembedahan itu sampai tua ke diri ni tak berprint..

    aku sayang kau lah untuk entry ni!

    ReplyDelete
  6. comel photobook..saya pun kaki shoping online..senang!

    ReplyDelete
  7. lady suka posmen dtg rumah.. stp kali balik skolah pasti tanye ayh ade tak surat..

    sampai ayh kate kawin ngn posmenlah sng..

    ReplyDelete
  8. salam.akak.camana nak wat tu? tlg bg link~ mcm best jerk. saya bca tp tak paham.cume tau comel jer buku tu. blur la pg2 jemaat ni~ tlggg

    ReplyDelete
  9. Salam. http://www.groupon.my/deals/national-deal/pixajoy/715935354?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_4&a=715827970

    Deal ni rasanya hanya tinggal 2 hari. Mula-mula beli deal ni. Dapatkan no voucher. Lepas dah dapat no voucher tu, simpan baik2. Lepas tu, pergi ke website syarikat yang jual voucher tu. Dlm deal ni, pixajoy yg jual. So, nnt boleh donlod software dia tu, free... Bila dah install kat pc, bleh la masukkan gambar dan susun ikut suka hati. Pastu bila dah siap, boleh tekan gambar troli, pastu masukkan maklumat yang dia nak dan no voucher tu. Yang ni free delivery.

    ReplyDelete
  10. eh aku nak jugak ye..tengah edit gamba apip ngn ayiq ni :)

    ReplyDelete
  11. akak nak kami buatkan? kalau nak, akak hantrlah gambar pd kami.. tp 100 keping yg terbaik jerk.. kami edit, kami design dan kami print. :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...