Skip to main content

Minuman Tu Baik Ke Tak Baik?

Sejahteralah ke atas kamu....

Ok, cuba bayangkan ye... Kamu drive kereta nak balik ke rumah di petang yang aman damai. Bila dah masuk dalam pagar rumah, bila kamu toleh ke pagar, kamu lihat.... anak kamu bersama 20 orang kanak-kanak lain sedang memandang kamu lalu anak kamu berkata dengan muka paling suci dalam dunia, "ibu/ayah, boleh kami minum Milo Sejuk?". Fuh... saya yang masih belum ada anak ni pun dah rasa cemas. Tetiba je muncul ramai2 mintak Milo Sejuk. Kalau anak saya bawak kawan setakat 2 org tu boleh lagi nak hidang Milo Sejuk secara mendadak mcm tu. Ini kalau dah 20 orang... tak ke pengsan nak layan? Lain le kalo kita memang dah prepare. Huhu...

Itu adalah intipati iklan Milo Sejuk di TV. Biasanya tengok iklan je, tapi tak pernah beli pun Milo Sejuk tu. Rasa pun penah masa kat van Milo yang selalu datang sekolah bagi minum percuma dulu-dulu je. Ala, ingat lagi tak? Yang kita mesti akan beratur 2,3 kali nak minum lebih. Tapi saya tak buat le beratur 2,3 kali tu. Kawan2 je yg buat. Heee.. Propa.

Ari tu masa beli barang2 dapur kat Mydin, saya teringin plak nak rasa Milo Sejuk ni. So beli la. Sekotak, harganya RM 4.50 lebih kurang. Dalam tu ada 6 packet yang macam Milo 3 in 1 tu. So, balik rumah, letak beg je terus meluru ke peti sejuk dan amik air sejuk dalam fridge, tuang dalam gelas dan campur dgn serbuk Milo Sejuk tu. Wah... bagus la... Serbuk tu larut terus dalam air sejuk. Kan kalo Milo biasa kita campur dgn air sejuk, maka kita akan nampak ada serbuk yang terapung kat atas permukaan air tu. Kacau la dengan kelajuan 120 km/jam sekalipun, still benda terapung tu tak larut. Haaa.. tapi serbuk Milo Sejuk ni takde subjek terapung tu. Dia elok je larut.


Menurut firasat saya la... Milo Sejuk ni bagus kot. Sebab kalo dia larut dalam air sejuk, maksudnya mesti dia takde lemak tepu, agaknya la. Tapi saya tak pernah try plak bancuh Milo Sejuk tu guna air panas. Erm... cuma rasa dia agak lain skit daripada Milo biasa. Tapi untuk saya, saya rasa sedap la. Mungkin sebab saya memang kureng suka minum air panas melainkan air panas suam.

Comments

  1. uncle suka milo belakang lori time sekolah...

    ReplyDelete
  2. lya pon x pnah rasa lagi.. bila baca n3 ni..ada rasa nk try plok.. igtkan sama j dgn milo y biasa tu..

    ReplyDelete
  3. dulu masa kecik2..kedatangan van milo kesekolah amatlah dinanti2..huhuh sedapp

    ReplyDelete
  4. milo sejuk ni ada 4.4sudu gula huhu (mana aku baca smlm tah.. dah lupa)...jgn amalkan...nnt tombam pipi ko lak hehe

    ReplyDelete
  5. Diana : Saya pun bukan la penggemar Milo. Tapi boleh la kalo nak minum sekali sekala. Saya plak takleh minum nescafe. Mesti terus pening.

    gedek : uncle, rasanya semua manusia yang normal, akan suka dgn milo belakang lori termasuklah saya! *angkat tangan*

    LYAfrina : Try la nanti. Sedap jugak.

    PenBiru : Ha ah kan? Sedap giler. Dah la masa skolah berebut ramai2 dgn kwn2... mencabar.

    puteri : Aku minum milo ni takde la manis sgt pun. Tapi tak tau le. Aku ni kalo tembam pun bukan sebab minum air manis. Ko pun tau aku kurang minum air manis. Tembam sbb makan banyak.

    ReplyDelete
  6. dni suka milo sejuk.. tapi sebab 3 in 1 kena elakkan juga.. bahaya minuman 3 in 1 ni :)

    ReplyDelete
  7. sedap ek?
    nak cubelah nanti ...

    Milo sejuk..

    ReplyDelete
  8. hihu..ciksu selalu je minum kalau ada sesi test mengetest kat care4, tesco..

    lyd kuih bunga pudak tu lain sikit.nanti ciksu buat entry k..

    sedap tak manis sgt.awal mkn memag mcm tak rasa apa.tp bila makan duit 3 biji rasa sedap la pulak.
    kuih dia simple.tapi rumit nak membuatnya..

    ReplyDelete
  9. saya ni hantu milo..kat kedai ke kat umah ke .. milo je le saya sapu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...