Iklan! Iklan! Sila Click!

11 January 2012

Kenapa Masih Ada Orang Yang Rasa Tak Bahagia?


Sejahteralah ke atas kamu....

Ramai orang dalam dunia ni bahagia. Tapi lebih ramai orang yang tak bahagia walaupun hidup mereka sudah cukup lengkap, ada family ada harta dan ada segalanya. Why?

Satu sebab, mungkin kerana jauhnya daripada Allah. Itu boleh jadi sebab yang paling besar, dah tak boleh dinafikan. Tapi ada juga orang yang bukanlah lupakan Allah sepenuhnya, tapi hidup dia still tak bahagia.

Bagi saya, untuk merasai BAHAGIA yang benar-benar bahagia ialah bila kita betul-betul berhenti daripada berlumba-lumba dengan orang-orang lain di sekeliling untuk menjadi/mendapat lebih daripada mereka. Maksudnya, selagi kita dengki dan tak puas hati dengan orang lain dan asyik nak lebih je daripada orang lain, selagi tu, hati kita takkan tenteram. Bila hati dah tak tenteram tu, mula lah macam-macam hal boleh jadi. Asyik bergaduh je dengan orang, asyik tak puashati je dengan suami atau isteri. Apa yang orang lain buat semuanya kita rasa salah dan tak kena di mata kita. Dan perkara-perkara lama pun mudah diungkit dan menyebabkan pergaduhan.

Cuba kita belajar menerima takdir dan rezeki yang Allah dah berikan kepada kita setelah kita berusaha itu seadanya. Kalau kita dah berusaha keras, sama keras dengan makcik kantin berusaha, tapi makcik kantin dapat 10 juta, kita hanya dapat 10 ribu. Maka, perlulah bersyukur. Dan jangan rasa dengki. Sebab hanya itu je yang kita betul-betul perlukan. Allah lebih tahu.

So, kalau nak bahagia, sila jangan sibuk nak bersaing untuk jadi lebih hebat daripada orang lain. Kalau dalam pelajaran tu boleh la. Atau berebut nak jadi terbaik dalam beribadah pun itu sangat bagus. Maksud saya, jangan nak bertanding kekayaan atau kecantikan. Atau pangkat atua pujian. Semua tu hanya akan membuatkan diri sendiri tak tenang. Trust me. Kamu perlu faham, apa yang kamu ada itulah yang terbaik untuk kamu.

Dan satu lagi cara nak bahagia ialah, jangan berharap terlampau tinggi untuk sesuatu melainkan kepada Allah. Kalau nak cari pasangan, janganlah nak yang paling perfect yang ada segalanya, kaya, hensem, cantik, baik, beriman, romantik bla-bla. Nanti bila dia tak ada salah satu, kamu rasa kamu tak bahagia. Pastu kalau mencari kerja plak, mengharap jawatan kerani, gaji 10 ribu sebulan. Nak tempat kerja ada kemudahan semuanya. Mesti lah kita akan rasa tak puashati bila apa yang kita harap tu tak wujud.

6 comments:

  1. orang kata saya bahagaia..tapi masih rasa tak cukup..
    tamak mungkin..hehheh

    ReplyDelete
  2. Bahagia bukan seperti apa yg org nampak tapi seperti apa yg diri sendiri rasakan. Bahagia juga tak boleh diukur berdasar faktor wang dan kekakayaan, tapi lebih kpd faktor kepuasan.

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Lamanya Aku Pengsan Malam Tadi"

    ReplyDelete
  3. saya..bahagia..*mata berkaca-kaca* kolayan je la komen aku nan saiko ni kak..aku mood menaip tgh tinggi

    ReplyDelete
  4. apa yang penting bersyukur dengan apa yang ada, jgn dengki dan iri hati pada kejayaan dan kelebihan orang lain..belajar terima yg semua nya telah ditetapkan oleh allah, sentiasa tenang baru kita akan rasa happy dari situ timbulnya bahagia..

    ReplyDelete
  5. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  6. ha, kena lah pasrah & bersyukur...

    ini kalo keje asyik nak ngompare diri dengan orang lain..memang la asyik tak puas ati.

    kalau lepas compare kita berusaha untuk memajukan diri sendiri takpe. ini lepas compare..dok ngumpat, dok mengenang nasib diri sendiri, dok menyalahkan keadaan..

    apa yg aku melalut ni daa

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...