Skip to main content

Ke Mana Diriku Menghilang

Saya hampir terlupa yang saya ada blog. Cuti 4 hari memang sangat-sangat heaven [syurga dunia je tuh hoi!]. Sepanjang 4 hari saya langsung tak online sebab saya sibuk bertungkus lumus membuat binatang ini;

Ceng...ceng... Si Ribi-Ribi dan stoberi menggunakan kain felt.






Saya dah beli mesin jahit. Maka senang la project felting ni nak disiapkan. Murah je mesin jahit ni. Takde la berharga seperti mainstream punya sewing machine. Harganya kurang daripada RM300. Orang di dalam dunia jahitan pasti tahu harga standard bagi mesin jahit kan? Kalau takde RM600 dan ke atas, sila jangan bermimpi di siang bolong utk memiliki mesin jahit melainkan dapat hadiah atau beli yang second hand atau rompak kedai Singer. Mesin jahit yang saya beli ini berjenama cap hayam BlueSky. Mesin jahit jenama Bluesky ini adalah keluaran khas Carrefour. Imported daripada Europe hokey. I'm not sure which part of Europe, but i guess it's from France. Sebab Carrefour kan dari France. Kalau sesiapa nak belajar menjahit, boleh cuba beli. Setakat 4 hari saya pakai, macam tak ada masalah pun. Okay je. Cuma pastikan kena tau kendalikan la. Tapi kalu tak tau, boleh belajar, baca manual. Yakin boleh! Rakan muda!


Senang la nanti dah ada mesin jahit. Boleh la akak menjahit langsir sendiri walaupun akak yakin jahitan akak bukanlah bertaraf antarabangsa, tapi peduli hapa. Jahit untuk rumah sendiri je. Untuk melindungi rumah daripada silau matahari dan mengelakkan daripada orang luar rumah ternampak dalam rumah je. Paling tidak, baju anak2 nanti atau baju melayu suami, boleh la jahit sendiri. Tapi kalau malas, beli jugak di Jalan TAR, banyak yang murah. Kekeke.

Comments

  1. takpe,mula2 memang lah sape2 x pro tp kalau dh selalu buat mkn lama mkn terer r 2.

    ReplyDelete
  2. jahit sepender pun bolehhh!!! akukagum betul org boleh menjahit ni..aku jahit baju itam pakai benang putih tersembul-sembul...

    ReplyDelete
  3. nanti boleh bkk bisnes kedai jahit kan

    ReplyDelete
  4. Di rumah JR ada dua mesin jahit Singer. Sebab istri 'suka menjahit' (kata dia la), dan istri pulak cuma minat jenama Singer. Tapi kerana tak ada masa, mesin tu selalu kesepian tanpa sentuhan. Kalau pakaian koyak, jahit guna tangan ajer...kesian mesin tu kan??

    ReplyDelete
  5. cleverspider : Harap2 cenggitu le. Kalau tak terer tapi konsisten pun dah bersyukur. Jgn hangat2 taik hayam je sudah le saya ni. Heheh.

    QuTaQ : Aku pun ada jgk bercadang nak jahit spender. GUna kain lycra yg corak2 abstrak pastu aku jahit tudung sekali corak yg sama. Nnt boleh matching.

    khairul : insyaAllah. Buat masa skrg start dgn project biri-biri ni buat cenderahati kat kampung. [kampung saya tempat yang sgt crowded bila hari cuti]

    JR : 2 mesin jahit? Perghh... Hebat. Tapi betul. memang kesian mesin jahit tu. Tak dpt perhatian.

    DIana : Hah.. boleh ahh saya buat giveaway hadiahnya biri-biri ni nanti. Kekeke.

    ReplyDelete
  6. pastu ko buat jual online dengan tajuk "ada yg nampak, ada yang tak nampakkkk!" kelasss!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...seronok kalau dpt jahit sendirikan tapi kalau kekadang ni bila kemalasan melanda cari yg dah siap jugakan...:)

    ReplyDelete
  8. mesin jahit koi berharga RM250 2nd hand berjenama toyota...pun daku dah gembira,...

    ReplyDelete
  9. saya ni almari mesin jahit ada, semangat tu beli almari mesin jahit. dahnak masuk 2 tahun dah ada almarinya..tapi mesin jahitnya tak beli2. apa nak jadi da gue nii...

    takpe, akan kujadikan azam tahun baru 2013, nak sambung belajar menjahit balik. dedulu takat buat baju kurung budak umo 2 tahun pass la.

    tapi kan..nanti penat berhempas pulas kang haku jahit baju anak (dah la tak kemas)..sakit ati je bila tengok kat jln tar murah2 baju readymade, tak berbaloi jahit sendirik.

    ReplyDelete
  10. wah... makin ligat la lepas ni bila dah ada mesin jahit...

    ReplyDelete
  11. salam ..
    sayang memang best sebab terer serba serbi hehe bubi kagum la..yang penting lepas ni kita nak bernuaga n mesti kena fokus ye..yeay!!! nak niaga dgn sayang.

    ReplyDelete
  12. saya sangat jeles + kagum dengan orang yang pandai menjahit nie.. sebab saya tak reti..hehe..

    ReplyDelete
  13. salam;
    tak apa tu..lama-lama bolehlah bukak butik sendiri.

    ReplyDelete
  14. seronoknya.. last sekali lady pegang mesin njahit tim elady tingkatan 3.. lps pd tu lgsg x sentuh.. dh lupa nak menjahit mcmn..

    ReplyDelete
  15. wahhh awak dah boleh menjahit laa skrg kan..bagus2 teruskan usaha jahit kain2 tu semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya