Iklan! Iklan! Sila Click!

19 January 2012

Honey Moon Kat Cameron Highlands Je? Apa Kelas...

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau nak komen, sila baca sampai habis.

Siapa tengok drama Vanilla Coklat kat TV3 malam selasa lepas? Tak tau le cane saya boleh tertengok plak drama tu ari tu. Takde la menarik sangat drama tu. Nasib baik le Izara Aisyah tu cute. Dan hero pun boleh diterima la. Agak hensem. Kalo Ayu Raudhah atau Fauzi Nawawi yang berlakon memang akan terus tukar channel, tengok ikan jerung lagi baik. Huhuh...


Gambar dikelepet daripada BudgetTrip

Drama tu pasal Izara Aisyah tu kena paksa kawen dengan anak kawan baik ayah dia. Lebih kurang la. Saya pun tak tau apsal. Pastu derang ni sama-sama tak suka antara satu sama lain. Tapi kena paksa kawen. Lepas kawen, lelaki tu terpaksa bawak isteri dia pegi honeymoon kat Cameron Highlands. Pastu mula-mula selepas derang dah keluar rumah untuk ke Cameron Highlands, mak lelaki tu cakap kat ayah lelaki tu, "pegi Cameron je? Mana ada orang honeymoon kat Cameron? Buat malu je kat besan kita kalo mereka tau anak kita bawak anak mereka pegi Cameron.".

Pastu dialog Izara Aisyah pun lebih kurang macam mak mentua dia cakap, "Apsal pegi Cameron? Mana ada orang pegi honeymoon kat Cameron??!!!" dengan nada yang cukup menghinakan. Saya terus terpaku. Saya rasa macam berlambak kawan-kawan saya pergi honeymoon kat Cameron Highlands. Saya faham itu hanya drama dan skrip semata-mata. Tapi... oooooh, jangan la buat dialog cenggitu untuk menggambarkan yang watak-watak dalam tu orang-orang kaya. Bukan semua orang mampu nak pergi Honeymoon kat Paris atau mana-mana kat Europe.

Bagi saya, ke mana kita pergi itu bukanlah satu perkara yang paling penting, tetapi dengan siapa kita pergi itu yang lebih bermakna. Contoh ye... Kalau kita kena pergi Universal Studio Singapore [USS] bersama Ketua Jabatan serta Ketua Pegawai Eksekutif kita, seronok ke? Tempat tu best. Tapi pergi dengan bos. Dapat menikmati percutian tu dengan sepenuhnya ke? Dan cuba bandingkan kalau kita hanya pergi tempat biasa seperti Zoo Melaka la contohnya bersama orang yang kita sayang, suami atau family mesti kita tetap akan rasa seronok yang berganda-ganda kan? Kecuali la kita ni jenis yang hati kering, tak kira la bos ke tak bos, buat tak tau je. Huhu.

10 comments:

  1. huhuhu layan gak citer tu sbb diaorg cumel kot. :)

    btw kita suka cameron highlands :)

    ReplyDelete
  2. hehe kelakar dan masuk akal perenggan terakher tu..

    best per pg cameron! tak penah lg tgk citer tu.. koi 9 jer dah naik layan anak2 kat lam bilik huhu

    ReplyDelete
  3. ehh ok apa honeymoon kat cameron highlands..sejuk jer pemandangan bukit bukau..dok berdua2an menikmati pemandangan sambil duduk minum teh cameron n makan buah strawbery coklat huhuhu

    ReplyDelete
  4. Cik Katak : Comel kan pelakon dia.

    Lida Rahim : Awal nya tido. Tapi normal la dah ada anak mmg mcm tu.

    Safiyya : Ntah, saya pun suka cameron. Dah la viewnya cantik. Hijau je. Ada stoberi plak tu.

    ReplyDelete
  5. holosh..

    i hanimun kat kijal. siap bawak ya dalam perut lagi. nak pegi ostolia tak bulih.

    i like kameren (macam ni kan org pronounce) highland..eventhou i pernah mabuk masa turun jalan kecik sempit berlaga dengan bas nasib baik tak jatuh gaung je..

    ReplyDelete
  6. ckp2 org belagak..panas juagk telinga sy bial dia ckp cmtu..org puji tempat kita, kita pulak hina tempat sendiri..appparraa

    ReplyDelete
  7. yeay nanti dpt pegi cameron dgn org tersayang..hmmm tp bila nak pegi syg?

    ReplyDelete
  8. p cameron la syiokk.. sejuk.. takyah p lundun peris hungkung dah :D hehe... dialog tu maksud izara cakap cemtu sebab amir bawak dia p ladang teh je asyik amik gambo tak henti2. tu dia ngamuk. dia kan nak jenjalan. kan masa kat ladang stoberi tu dia hepi :D

    ReplyDelete
  9. akak tak suka ayu raudhah ke?haha
    org kaye je cakap cameron highlands JE.janji honeymoon :DD

    ReplyDelete
  10. ok jugak kan honeymoon di CH.. Bukit tinggi ok x?

    p/s : comel jer ladybird sejuk yang akak bg link ritu.. lady dah simpan dlm pc.. sweet.. tq ek :D

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...