Iklan! Iklan! Sila Click!

07 December 2011

Silap Pembawaan Yang Ramai Tak Tahu

Sejahteralah ke atas kamu....

Siapa ye saya nak jadikan contoh. Errmm... Think. Think. Think. Ahuh! Got it. Katakan orang sebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz [Mursyidul Am PAS] itu sebagai ulama. Ramai yang setuju betul kan? Dato' Dr Harun Din itu ulama. Dato' Ismail Dictionary Kamus itu juga ulama. Betul ke salah? Mereka bertiga memang ulama. Tapi secara perseorangan mereka bukan ulama. Mereka adalah orang alim. Kalau nak cerita tentang seorang demi seorang, panggilan yang sesuai untuk mereka adalah alim. Bukan ulama. Sebab ulama itu adalah kata majmuk bagi perkataan 'alim'. Mcm singular plural tu. He dan they. Alim itu 'he'. Ulama itu 'they'.
-RUjukan, Ustaz Abdullah Endut.

Kemudian kita selalu gunakan perkataan 'muhrim' jika ingin menunjukkan seseorang yang boleh menemani kita apabila keluar rumah. Menurut Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz, perkataan 'muhrim' itu bermaksud, orang yang di dalam ihram. Perkataan sepatutnya adalah 'mahram'. Mahram bermaksud, orang yang haram dikahwini.

Lagi satu, perkataan 'maulud'. Apabila tibanya bulan RabiulAwal, orang-orang Melayu akan memanggilnya sebagai bulan maulud sempena bulan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Sedangkan 'maulud' itu bermaksud 'bayi'. Sepatutnya Rabiulawal itu adalah bulan 'Maulid'.

Rasanya, banyak lagi perkataan-perkatan daripada bahasa Arab yang telah salah penggunaan selama ini...

Kalau salah, sebab tak tau tu biasa. Lagipun kita ni kan memang selalu mengikut-ikut orang je. Orang buat, kita buat. Orang sebut, kita sebut. Tapi asal usul perkara itu dan kebenarannya kita tak cari. Cuma, lepas ni.... jika kita tersalah dan ada yang membetulkan, jangan ego untuk mengakui kesilapan ye. Ego itu tak membawa ke mana dan tak memajukan diri pun. :)

9 comments:

  1. ye la sis.. baru perasan.. dulu saya ada belajar bahsa arab.. xterpikir lak pasal benda ni.. thankz sis

    ReplyDelete
  2. betul tu..belajar daripada kesilapan

    ReplyDelete
  3. wahh betullah.. selama nie main ikut je apa yg org ckap.. huhu
    info yg bguna..
    thanks ;)

    ReplyDelete
  4. Taufiq : Ko penah belajar bahasa Arab? Eh, very cool itu. Teruskanlah belajar bhs Arab. Penting tau.

    Izzy : Belajar dan mencari juga kalai boleh.

    Aqiim : Mekasih. Akak pun hanya share apa yang telah org lain beritahu.

    Presiden Makwe Kinta : Mekasih sbb setuju.

    ReplyDelete
  5. ada yang bercakap sebab tak tahu makna sebenar.tapi yang tahu tu jangan la diam...kan??
    tegur2 dan betul kan la..:)

    ReplyDelete
  6. terima kasih...memang tatau pun...kalau ada tesilap tu silalah tegu ye kak..sikap ego nak sentap bila kena tegu tu tak kemana mananya...sekian...

    ReplyDelete
  7. Diana : Yang tau pun biasanya segan nak tegur. Takut org lain takleh terima.

    Yusuf : Byk kita kena belajar. Ilmu Allah ini luas.

    Ina : InsyaAllah kalo aku tau aku tegur le. Tp aku ni pun biasa-biasa je. Byk yg aku tak tau jgk.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...