Skip to main content

Nape Saya Tak Masuk Masterchef?



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Masterchef Malaysia musim pertama sedang berlangsung sekarang ni. Saya selalu jugak ikuti perkembangan chef-chef amatur Malaysia yang menyertai rancangan realiti itu di Astro Ria. Macam biasa la. Bagi tukang masak amatur, takleh la nak expect terlalu tinggi. Tapi walaubagaimanapun bakat mereka masih juga boleh dikagumi.

Pandangan saya, untuk menyertai Masterchef ni, pengetahuan tentang bahan-bahan masakan perlulah tinggi. 'Vocabulary' nama makanan dan jenis-jenis masakan pun perlu tinggi. Daripada western ke fusion, italian, french atau asian semuanya perlu dalam kepala. Kalo tidak, laju je la ko terkeluar.

Saya memang tak mampu untuk masuk program Masterchef tu di atas banyak sebab. Di antaranya;

1. Saya buat kerja lembab. Sangat lembab. Kita semua tahu kan, nak masak tu tak lama. Tapi nak prepare bahan-bahan tu yang amik masa. Nak sediakan rempah seperti bawang-bawang atau daun-daun, pastu nak sediakan subjek yang kita nak masak tu seperti nak kena siang ayam, siang ikan, potong-potong atau nak marinade ke, semuanya perlukan kecekapan dan kelajuan. Kalo masak sup ayam pun amik masa sejam, takyah citer la nak sediakan pasta dakwat sotong macam ni dalam masa sejam;




2. Lagi sebab saya takleh masuk Masterchef ialah saya ni ada banyak benda yang saya tak suka makan. Ikan keli tak makan. Tiram tak makan. Kerang-kerang yg pelik-pelik tu tak makan. Kambing pun agak kureng. Itik pun tak makan. Banyak lagi lah benda yang saya tak makan. Dah tu, macamana nak masak kalau nanti dapat tugasan kena masak guna avocado ke? Nyorok terus dalam periuk sebab tak reti masak. Nak jadi tukang masak yang hebat bagi saya, perlulah makan semua benda. Takleh geli-geli atau cuak-cuak. Baru la boleh success with flying colors ye tak?

3. Saya ni hati sensitip. Kalo kena kondem dengan juri, "masakan kamu ni tak sedap", confirm punya saya nangis kat situ jugak. Tak mau la orang nampak saya nangis. So, takleh le masuk.

4. Banyak benda yang saya tak reti masak atau buat. Skill memotong pun agak hancho. Senang citer, saya tak pandai masak la, sebab tu saya takleh masuk Masterchef. Muahahaha. Beriya korang baca alasan-alasan kat atas, tapi alasan ke-4 ni la yang paling tepat. Kekeke.

Gambar dikelepet daripada SINI

Comments

  1. hehe..setuju dengan semua hujah. Saya pun tak boleh nak masuk masterchef...

    takut pulak tgk gambar pasta dakwat sotong tu...huhu, mcm tali kasut bersimpul aje...:D

    ReplyDelete
  2. saya pulak xleh masuk sbb no. 2 tu.. tambah lagi sy x makan daging... ape lagi nk siang benda2 hidup... haha~~

    ReplyDelete
  3. ~yus~ : pasta tu ntah apa rasanya....

    Azmie : hahaha... nasib baik ada geng. Ada saya tgk Masterchef US, yg peserta dia hindu dan vegetarian, menggigil bila kena rebus ketam hidup2. Kelakar.

    ReplyDelete
  4. master chef... sye boleh kot masuk. master chef meggi malaysia..ahaha

    ReplyDelete
  5. Kancil memang ndak pandai masak...memang ndak layak masuk...hehehe

    ReplyDelete
  6. MIss Kecoh : Masterchef megi ok lagi. Saya masuk master chef air panas. Heheeh.

    Nafisa81: Ooo..rupanya ramai jugak tak makan semua benda.

    Kancil : ye ke ni? mesti kancil merendah diri ni kot. Ntah-ntah kancil pandai masak mcm chef zubir.

    ReplyDelete
  7. huhuhhuhu..
    suka entry ni lah...
    lg 1, kita kt luar ok, tp bila dh ada kt dlm dapur masterchef tu, terus gelabah..nk prepare bahan lg..
    lepas tu jd serabut cam TERRANCE (cm ni kot eja nama peserta sabah yg kuar sbb kurang jga kebersihan tu kot) tu, then teerus kuar.... :)

    ReplyDelete
  8. Ha ah.. terrence[ye kot eja nama dia cenggitu]. Tak jaga kebersihan. Mesti sbb dia gabra pastu masa suntuk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya