Iklan! Iklan! Sila Click!

07 December 2011

Nah Amik Karipap Ni. Suka Ke Tak, Kena Amik Jugak.

Sila bayangkan sekarang.

Kamu duduk melepak di satu kerusi di taman bunga. Tetiba, orang di kerusi sebelah hulur karipap kepada kamu. Kamu menolaknya, kerana kamu tidak berada di dalam mood untuk makan karipap. Tapi orang itu masih mendesak kamu menerimanya. Berkali-kali kamu tepis pemberian orang itu tapi masih juga dia hulur karipap itu kepada kamu. Hey. Ini bukan karipap-karipap cinta ek. Jangan nak potong stim. Last skali orang tu sumbat karipap tu dalam mulut kamu dan paksa kamu telan walaupun tanpa rela.

Apa rasa kamu? Bengang bukan? Apa paksa-paksa orang ni? Dah orang tanak tu, tanak la. Apsal nak paksa-paksa plak. Hehe. Itulah metafora bagi seorang perokok. Dia menghembuskan asap rokok di tempat awam. Orang di sekeliling terpaksa menelan bau asap rokok yang dihembus itu sama ada rela atau tidak rela. Malah lebih biadap bila langsung orang lain itu tidak diberi pilihan untuk mengatakan ,mahu atau tidak menghidu asap rokok itu.

Saya bukan nak nasihatkan perokok-perokok ni supaya berhenti merokok. Sesungguhnya tidak. Malah saya beri sokongan lagi. Please. Silalah terus merokok. Saya merayu. Teruskanlah kotorkan paru-paru kamu dengan tar yang orang buat jalan tu. Kot-kot nanti Lucifer bleh tolong cuci paru-paru kamu sebelum kamu mati dan secara tak diduga kamu bleh hidup semula. [arghhh.. terpengaruh dgn cite Constantine. owhhh.. abg keanu... minatku terhadapmu direstui oleh suami ku. Silalah berlakon lagi filem-filem yang hebat.].

Kerana apa saya tidak melarang perokok? Malah menyuruh lagi? Sebab lantak nko la nak buat apa pun. Dan perokok-perokok ni bukannya reti diajar. Kita cakap la apa pun. Kerajaan kuar la iklan kat TV yang menakutkan macamana pun, pastu siap tampal kat kotak rokok kesan negatif merokok tapi perokok buat derkkk je kan? Kalau dia nak berenti merokok, dia bleh berenti tanpa ada paksaan daripada sesiapa. Sekali lagi saya bersyukur sebab dalam keluarga saya, tak ada perokok. Abah, abang-abang, suami, pak mertua dan ipar semuanya bukan perokok. Aman makmur damai sejahtera rasanya hidup. [Oppss... Abg ipar sy perokok. Kehkeh.. Sorry Long. I'm the adik ipar derhaka.]

Cuma kat sini saya nak pesan je kat perokok-perokok. Kalau nak merokok... silalah jauh daripada orang lain. Jangan la paksa orang lain terima asap rokok kamu tanpa diberi pilihan. Paksa makan karipap 30kilometer persegi lebih baik daripada paksa bau asap rokok. Busuk + pening tau tak? Sila. Mulakan 60 saat daripada sekarang. Tet..tet..tet...tet...tetttttttttttttttttttttttt..... la.. dah tak sempat. Dah meninggal dulu.

12 comments:

  1. nasihat kpd perokok2,
    tolong hormati org di sekeliling anda..

    mood; sakit tekak ari ni
    smlm bnyk isap rokok,,..
    boringnya

    ReplyDelete
  2. muahahah...
    gelak dekah2 baca entry nmi..

    ReplyDelete
  3. Nur Muhammad : Siannya sakit tekak. So sementara tak sihat ni, bleh rehat kejap drpd merokok.

    Diana : heheh. kelakar ke entry ni? Saya serius taw.. hehehe.

    ReplyDelete
  4. kalau sua karipap nak! hehe.. suka karipap! tp rokok sorry to say, husband sya dulu perokok tegar, lepas je nikah terus berhenti mengejut demam 2 minggu. Alhamdulillah terus la berhenti hingga kini. dia kata nak seribu daya xnak seribu dalih. hihi..

    ReplyDelete
  5. ikot korg la kn nk mrokok pon..tp lau mrkok 2 cube la cover cket...cian kt org lain y hidu asap rkok 2..pning ko baunye...

    ReplyDelete
  6. yang kelakar perenggan last sekali tu..hehehe

    ReplyDelete
  7. Asmara : Karipap memang the best kan? Tp kalo org yg kita tak kenal sua karipap, cuak jgk nak amik. Kot2 ada santau org yg nak test power ke. *byk tgk drama.

    wada : Betul la tu. Perokok kena kena la smoking jauh2 skit drpd org. Takde sape pun kisah. Dan pastikan lepas merokok, basuh tgn dan berkumur. Mulut busuk, tgn bau tayar lori.

    diana : hehehe. mekasih sebab gelak. menjadi la lawak saya maksudnya kan? Kekeke. Sila delete entry ini.

    ReplyDelete
  8. MissSenget : Begitulahnya. Tidak seindah filem korea. :)

    ReplyDelete
  9. haha! mmng bengang lau terpakse terime bau asap rokok.. haish! -_-' dah r bau dye memningkan.. XD

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Pija : Memeningkan macam bernafas kat dlm ekzos bas.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...