Skip to main content

Lebih Baik? Atau Lebih Buruk?

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasanya, orang yang merasakan diri mereka baik dan sempurna bila berdepan dengan orang yang membuat dosa akan berkata, [contoh] "daripada ko pakai seksi macam tu, lebih baik ko tak pakai baju terus".

Sedara-sedari, tengok balik ayat-ayat tu sebelum bercakap. Maksudnya, tak pakai baju langsung tu LEBIH BAIK daripada pakai seksi? Itu ke doa kita untuk orang lain? Itu ke doa kita untuk saudara-saudara kita? Saya faham itu adalah ayat menganjing. Tapi.... ermm... kalau boleh, cakap la benda yang lebih positif.

Apakata kalau untuk kesalahan orang atau keburukan yang kita nampak, cuba kita doakan sesuatu yang lebih baik untuk orang tu dengan perkara yang betul-betul baik, bukannya 'lebih baik yang sinikal atau sarcastic'. Contoh, "daripada ko pakai seksi macam tu, LEBIH BAIK ko pakai sopan dan tutup aurat". Lebih baik kan? Atau pun kalau pompuan pakai tudung suka mencuri. Tak perlu la kata "Lebih baik ko takyah pakai tudung". Apa yang lebih baiknya kalau tak pakai tudung? Kan lebih manis jika kita kata "LEBIH BAIK ko berubah dan jangan mencuri". Betul tak? Betul tak? Hahahah.

Korang jangan ingat saya ni selalu tulis entry merepek, tapi saya takleh tulis entry serius. Saya serius ni. Daripada saya tulis entry serius, lebih baik saya tulis entry merepek dan mengata orang. Owhh... BUkan-bukan... Daripada saya tulis entry merepek, lebih baik saya improve penulisan saya supaya dapat memberi manfaat kepada follower dan reader blog saya walaupun manfaat yang kecil.

Comments

  1. bila entry serius diselitkan dgn yg merepek, barulah sedap,,..
    macam kerepek ..

    ReplyDelete
  2. bab tu saya setuju laa kerana kata2tu berunsur nasihat tapi kan orang zaman skrg ni kan memang kena sound setepet sebab kalau cakap elok2 diorang buat bodoh tak pun kita ni yang di sound nyer balik..dalam erti kata lain lgsg tak boleh di tegur..

    ReplyDelete
  3. Nur Muhammad : Nah kerepek pisang ni, gi main jauh-jauh. Hehe.

    saffiya : Tepat sekali. Ramai org yg tak boleh ditegur. Atau kalau boleh pun, agak susah dia nak terima. Termasuk la saya sendiri. Saya hanya hamba Allah yg lemah. :)

    ReplyDelete
  4. smetime bab kita mrepek kita mrepek,,law serius kita kenalah serius..:P

    stuju dgan saffiya....zman skrg nih bkan mcam dulu dah...klau nak sound xleh berlapik2 kena straight trus

    ReplyDelete
  5. si kiut lavender : Semua tu bergantung kepada keadaan. Kalau sesuai sound terus, sound le terus. Tapi selagi boleh, kena berhemah. Jgn sampai jd pergaduhan.

    ReplyDelete
  6. serius ke x... ade aku kesah.. janji diri sendiri puas ati kn sis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...