Skip to main content

Jaga Tepi Kain

Sejahteralah ke atas kamu...

Sape ada baca berita pasal ibu tikam bayi dia ni;

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.


Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.


“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.






Ni nak sentuh pasal 'jaga tepi kain'. Ramai orang tak suka kan? Tapi bagi saya, tengok la juga jaga tepi kain yang macamana. Kadang-kadang kalau orang bertanya sesuatu tentang kamu, bukan bermaksud orang nak busy body tentang urusan kamu. Kamu tak perlu fikir negatif kalau orang setakat tanya, nak pegi mana tu? Atau pun nak tanya, siapa orang yang dalam kereta tu? [contohnya kalau kamu pompuan bujang dan tinggal seorang diri]. Bukan apa... Nanti kalau jadi apa-apa kat kamu, contoh macam kena culik ke, kena perbuatan 'khianat' ke, sekurang-kurangnya masih ada sumber maklumat yang boleh polis rujuk untuk mencari bukti.

Kalau boleh jangan kecoh la kalau jiran-jiran bertanya tentang kamu. Jangan rasa benci. Kerana mungkin apa yang mereka tu akan berguna juga untuk kita pada masa akan dtg. Kalau yang ada anak tu, kalau tetiba jiran nampak anak kamu dijemput naik kereta orang yang sebenarnya penculik ke, sedangkan jiran buat tak kisah sebab dia tak penah tahu siapa ahli keluarga kamu, apa kamu nak jawab? Atau kot-kot 2,3 hari kamu tak keluar rumah sebab kamu jatuh sakit tanpa ada orang yang sedar, mana la tau bateri tepon habis, atau tepon kena bar ke. Nak contact orang tak boleh. Haaa... Kat siapa lagi yg kita nak harapkan selain daripada jiran?

Oleh yang demikian, silalah berbaik dengan jiran, bertegur sapa dengan jiran, kalau jiran tanya tu jawab la tanpa prasangka dan jangan nak menyombong. Tak membawa keuntungan pun.

Comments

  1. memang tak salah berbaik dgn jiran tp berpada2 sebab kdg2 jiran ni tak boleh bg muka kang mula la naik kepala..dh ada banyak pengalaman mcm ni sbb tu berani buat statement!!!

    ReplyDelete
  2. nak tegur2, baik dengan jiran boleh tapi jangan terlalu rapat. Pastikan ada sedikit jurang perikatan sebagai jiran..

    ReplyDelete
  3. mmg ada baca story bunuh bayi ni tak lama dulu.kejam,tak sampai hati nk dengar berita2 camni =(

    ReplyDelete
  4. gila babi ada ke bunuh anak sendiri..ish

    bab jiran tu, bersangka baik aje la..dia busy body sebab dia risokan kita ke, dia prihatin ke..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...macam2 dunia skg ni kan..:)

    ReplyDelete
  6. betul la..
    bila orang tanya itu ini dah dilabel penyibuk..
    padahal kita nak menjalinkan silaturrahim je..:p

    ReplyDelete
  7. usah hiraukan tentang jaga tepi kain..hak sama jiran tetangga itu lebih penting..

    ReplyDelete
  8. kesiannya baby tu. mcm kes kt sabah ke srwk yg budak bwh umur tikam bayi dia tu. kalau tak silap sy la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya