Iklan! Iklan! Sila Click!

05 December 2011

Hilang Akrab Selepas Berkahwin?

Sejahteralah ke atas kamu....

Siapa yang hilang akrab ni? Pasangan suami isteri ke? Owhhh.... Bukannnnn... Maksud saya di sini ialah sahabat atau kawan baik.

Persabahatan boleh renggang kerana banyak sebab. Ada sebab yang memang terang-terang membuatkan kita faham kenapa persahabatan renggang, contohnya sebab bergaduh atau berselisih faham. Ada juga yang renggang tapi tak bergaduh, cuma sebab jauh. Dan ada juga walaupun dekat, tapi kesibukan yang menjadi punca persahabatan renggang. Atau... ada juga puncanya ialah kerana berkahwin. [Entry ini tidak termasuk kategori kawan-kawan 1 ofis. Sbb 1 ofis tak kira la ko kawen ke, bujang ke, janda ke duda, asalkan dah duk seblah menyeblah tu, kalo renggang jugak, memang wajar disikukan je.]

No. Bukan maksud saya berkahwin itu punca. Tapi komitmen perkahwinan itulah lebih tepat yg menjadi punca renggangnya perhubungan. Ni semua daripada pengalaman sendiri juga. Saya ni berkahwin lambat. Kebanyakan kawan-kawan rapat saya berkahwin sewaktu saya masih lagi terkinja-kinja jadi peminat KDrama dan JDrama. Maksud saya, saya matang lambat kot. Hahahha. Bingai je bila dikenang.

Saya bercerita tentang persahabatan perempuan la ni ye. Lelaki saya tak pasti. Sebab cara lelaki berkawan, tak sama dengan cara perempuan berkawan. [kalau 2 org lelaki yg bersahabat berjalan pegang tangan, nampak mcm gay tapi kalau pompuan pegang tgn, rasa cam biasa je kan? kan? hehe. itu 1 contoh la.]

Kenapa ye jadi macam tu? Kenapa boleh renggang? Bagi saya, semua ni adalah kitaran hidup seorang perempuan. Bukan nak kata semua mcm tu. Ada jugak perempuan yang berkahwin, tapi still hang out dan lepak-lepak dengan BFF. Yang itu mungkin dia sangat brilliant dalam bab-bab membahagikan masa maka saya kagum dengan mereka. Tapi biasanya orang yang dah berkahwin [saya lah tu], sifat malas nak keluar rumah tu makin menebal. Sebabnya, tugasan-tugasan di rumah perlu diselesaikan sebelum keluar rumah. Jadi, faham-faham la kan.Walaupun niat asalnya nak keluar, tapi bila nak penat memasak pastu melipat baju, nampaknya niat nak keluar tu hanya akan tersekat di skala 6 je la[sape tak paham, sila tgk iklan sunsilk limau purut.]. Huhu.

Bukan saya je. Kawan-kawan baik saya yang dulunya tempat meluahkan perasaan, pastu tempat bergossip, keluar pegi shopping mall setiap minggu, bertelefon setiap hari dan sembang sampai 4jam dalam telefon, bila berkahwin dia akan jadi lain. Telefon pun dah jarang. Sessi meluahkan perasaan pun dah kurang. Ini semua saya rasa sebab bizi kot. Ataupun sebab takde masa nak buat perkara-perkara remeh cenggitu. Pastu kalau bertelefon pun, sampai dah habis topik nak bersembang apa dengan BFF. Tetiba jadi tak kreatif dan inovatif untuk bersembang. Apsal ek cenggitu? Apa salah i? Apa salah you? Apa salah we all together-gether? Nak ajak tengok wayang pun lagi la jauh. Takkan nak tinggalkan suami kat rumah sensorang. Kalau dah ada anak lagi la tak logik. Nak angkut suami dan anak-anak pergi melepak dengan BFFs kita, sekali sekala boleh la kan. Tapi tak dapat la nak selalu.

So, itu la dia. Bila dah kawen, hubungan dgn sahabat menjadi renggang bukan sebab dah benci atau dah malas nak kawan. Tapi sebab dah jarang luangkan masa dengan BFF kerana tanggungjawab. Kalau berhubung kat telefon pun jarang. Takkan la suami ada kat sebelah, pastu kita plak bersembang bergolek-golek kat telefon dgn BFF sampai 4 jam macam masa bujang dulu. Kang suami gi lepak kedai mamak sampai kul 2 pagi kang mula la sedih rasa macam suami dah tak sayang. Hihi.

Walau apapun, bagi saya... Persahabatan yang renggang kerana kurang spend time bersama tu normal dan bukanlah perkara yang takbaik, sebab anytime bila berjumpa, kita masih boleh berbual dan bertegur sapa dengan hati yang lapang. Tapi kalau renggang sebab bergaduh, bermasam muka atau tersalah faham tu lah yang tak baik. Nak tegur pun rasa tak selesa. Betul tak?

7 comments:

  1. setuju.kurang akrab lepas kawen. hubby tak bagi lepak2 dgn kawan pompuan lagi dah...takut ade orang ngorat...

    ReplyDelete
  2. hehe.. xtau la pulak saya sis.. lom kawen kata kan.. tp setuju gak la kut.. sebab family diutamakan ..

    ReplyDelete
  3. salam;
    itu dinamakan kenangan,kalau kita selalu kesunyian atau termenung kita akan teringatkan kawan2 lama kita dulu.itu tandanya kita seorang yang setia..cuma kita tak boleh mengulanginya lagi..hanya sekali dalam seumur hidup kita..

    P/S..bukan hilang akrap tapi memang sudah lumrah kehidupan manusia..dan semua orang memahaminya..

    ReplyDelete
  4. nti kay kawen..
    kay nak rase dlu situasi ni..
    pjgnye..
    cam essay

    ReplyDelete
  5. Saya tak kawin ni pon rasa malas nak kawan² dah ..
    huhuhu ..

    Betul la camtu , bila da ada tanggungjawab, kita sanggup korbankan apa yg kita rasa hanya untuk langsaikan tanggungjawab tu :-)

    ReplyDelete
  6. saye..emp..saye..marilah kite minum kopi bersama kak..nanti kite boleh berbincang ttg ini...

    mwahahhahahahahaa...

    ReplyDelete
  7. Nafisa81 : Suami sy tak kisah pun saya nak kuar tanpa siapkan keja umah. Tp sy sendiri plak yg rasa tak best.

    Taufiq : Blum kawen takpe. Nnt akan kawen jgk kan? Tp lelaki biasanya ok je. Bleh lepak2 lagi wp dah kawen.

    Yusuf : Mmg lumrah manusia. Yelah.. bukan hilang akrab tp kurang akrab je. Asalkan tak gaduh dh okay.

    Kay : Tunggu la kay dh kawen nnt. Baru tau. Eh, mesti la panjang. Baru la jelas penerangannya.

    Mr Aslan : Eh, jgn la mcm tu. Tak baik malas nak berkawan tau.

    QuTaQ : Errmmm... mariiiiii lah kita berminum kopi.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...