Skip to main content

Ciri-ciri Duit Syiling Siri Baharu Malaysia


Sejahteralah ke atas kamu...

Rasanya ramai yang dah tahu tentang siri baharu duit syiling Malaysia. Bagi diri saya secara personal, saya tak kesah nak tukar ke nak apa, asalkan ada nilai saya dah cukup suka.

Duit syiling ini akan mula diedarkan pada tahun 2012. Ala, berapa hari je lagi kan? Dah tak lama dah. Sama juga dengan duit kertas siri baharu, akan turut diedarkan bermula tahun 2012. Maksudnya, kita boleh menggunakan duit Malaysia siri baru ni bermula tahun 2012. Start je 1 Januari 2012, kita dah boleh dapatkan duit-duit siri baru ni dari bank-bank berdekatan.

Soalan-soalan lazim yang biasa ditanya tentang duit syiling siri baharu Malaysia ini diantaranya ialah; [jom cekidaut!]

1. Kenapa BNM memperkenalkan duit syiling Malaysia siri baharu?

Duit syiling Malaysia siri baharu diperkenalkan untuk menggantikan secara beransur-ansur duit syiling sedia ada yang telah berada dalam edaran selama lebih daripada 20 tahun. Duit syiling siri terbaharu ini menggabungkan ciri-ciri praktikal dan moden serta kemajuan teknologi terkini bagi meningkatkan penggunaan dan keselamatan.



2. Apakah denominasi duit syiling siri baharu?

Duit syiling siri baharu ini dikeluarkan dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


3. Apakah kelebihan duit syiling siri baharu?

Duit syiling siri baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Spesifikasi teknikal untuk duit syiling baharu dan sedia ada adalah seperti yang berikut:

Spesifikasi Teknikal: [sila klik pada imej di bawah ini untuk tumbesaran pokok kacang jack menjadi lebih besar dan tinggi]




4. Adakah terdapat ciri-ciri lain yang menjadikan duit syiling siri baharu ini lebih mudah digunakan oleh orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan?

Ya. Duit-duit syiling siri baharu ini mempunyai saiz, sisi tepi dan warnhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan. Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan adalah seperti yang berikut:




Cemerlang tak hasil tulisan saya? Sila jangan kagum, sebab saya hanya kelepet maklumat ini daripada website rasmi BNM [Bank Negara Malaysia]. Jangan malu-malu untuk dapatkan maklumat selanjutnya di sana.

Comments

  1. bank negara ada kosong ,,..
    boleh la apply .. hehe

    ReplyDelete
  2. alamak macamana ni, duit2 rm yg ada ni boleh guna lagi ke balik msia nnti. huhu.. rugi pulak kalau tak gunakan. pos ni lepas ke tak ye. aduhai malaysia ku!

    ReplyDelete
  3. Diana : hahah. Tertipu juga.

    nur Muhammad : Nak keja kt EsEsEm smapai bila-bila. :p

    Asmara : Duit lama boleh guna lagi. Dierang takkan buat pertukaran drastik utk menggunakan duit baru ni. So, relax ok. :)

    ReplyDelete
  4. salam;
    Duit kertas lagi canti..berwarna-warni..cam pelangi pulak..

    ReplyDelete
  5. oo semua copy paste ke?

    tp bagus share info ni di sini. Tak semua rajin masuk web BNM tu...:)

    ReplyDelete
  6. lady paling suka bila disebut sesuai tuk orang yang menghadapi mslh penglihatan.. Alhamdulillah.. mudah sikit mrk nak mengenali nilainya.. xdela tertipu..

    p/s : a'ah..lady ade dua blog.. tp blog lama tu ade mslh.. maka lady terpaksa tinggalkan..

    ReplyDelete
  7. QuTaQ : Jap lagi aku bg. Berapa juta ko nak? Anytime aku bleh bagi ko. *aku paling suka note RM20 tu, sebab ada gambar suami aku pada duit tu. Hahah.

    nora rashid : duit lama tu habiskan je macam biasa. Masih laku.

    ReplyDelete
  8. syiling oh syiling.. thanks for sharing..

    nyway pasal lukisan tu sy mintak maaf sbb saya tak ambil upah melukis la kak.. kalau akak nak deal je dengan pelukis yg ambil upah.. sy bagi link blog dia.. =)

    http://www.loziza.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Wahh ada bakt ni kerja kat bank negara ..kalau tak pun jadi cikgu :)

    ReplyDelete
  10. duit syiling baru ni mmg bagus utk semua org...dn mereka tak leh nk tipu sbb ad ciri2 tertentu pada nilai yg berbeza...canggihkan...nape tak awal2 dlu wat camtu...

    ReplyDelete
  11. maklumat yg detail!
    lagi duit baru keluar
    susah la org nak buat black money kan

    ReplyDelete
  12. Gud info nih... :-) tp duit kertas cantek2 kan..colorful gitu

    ReplyDelete
  13. hebat arr ko lid.....tringat zaman balaja...copy n paste

    ReplyDelete
  14. syiling yg lama mcm mana?? boleh guna lagi tak?

    ReplyDelete
  15. copy paste pun yang penting info..tu yang penting,n bagi credit lagi..

    #thank ye info ni..cayaalah.hhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...