Skip to main content

Ciri-ciri Duit Syiling Siri Baharu Malaysia


Sejahteralah ke atas kamu...

Rasanya ramai yang dah tahu tentang siri baharu duit syiling Malaysia. Bagi diri saya secara personal, saya tak kesah nak tukar ke nak apa, asalkan ada nilai saya dah cukup suka.

Duit syiling ini akan mula diedarkan pada tahun 2012. Ala, berapa hari je lagi kan? Dah tak lama dah. Sama juga dengan duit kertas siri baharu, akan turut diedarkan bermula tahun 2012. Maksudnya, kita boleh menggunakan duit Malaysia siri baru ni bermula tahun 2012. Start je 1 Januari 2012, kita dah boleh dapatkan duit-duit siri baru ni dari bank-bank berdekatan.

Soalan-soalan lazim yang biasa ditanya tentang duit syiling siri baharu Malaysia ini diantaranya ialah; [jom cekidaut!]

1. Kenapa BNM memperkenalkan duit syiling Malaysia siri baharu?

Duit syiling Malaysia siri baharu diperkenalkan untuk menggantikan secara beransur-ansur duit syiling sedia ada yang telah berada dalam edaran selama lebih daripada 20 tahun. Duit syiling siri terbaharu ini menggabungkan ciri-ciri praktikal dan moden serta kemajuan teknologi terkini bagi meningkatkan penggunaan dan keselamatan.



2. Apakah denominasi duit syiling siri baharu?

Duit syiling siri baharu ini dikeluarkan dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


3. Apakah kelebihan duit syiling siri baharu?

Duit syiling siri baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Spesifikasi teknikal untuk duit syiling baharu dan sedia ada adalah seperti yang berikut:

Spesifikasi Teknikal: [sila klik pada imej di bawah ini untuk tumbesaran pokok kacang jack menjadi lebih besar dan tinggi]




4. Adakah terdapat ciri-ciri lain yang menjadikan duit syiling siri baharu ini lebih mudah digunakan oleh orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan?

Ya. Duit-duit syiling siri baharu ini mempunyai saiz, sisi tepi dan warnhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan. Ciri-ciri yang telah dipertingkatkan adalah seperti yang berikut:




Cemerlang tak hasil tulisan saya? Sila jangan kagum, sebab saya hanya kelepet maklumat ini daripada website rasmi BNM [Bank Negara Malaysia]. Jangan malu-malu untuk dapatkan maklumat selanjutnya di sana.

Comments

  1. hahaha..
    memula kagum la jugak..
    rajin nya cari maklumat..rupanya kelepet je ye??ekekek

    ReplyDelete
  2. bank negara ada kosong ,,..
    boleh la apply .. hehe

    ReplyDelete
  3. alamak macamana ni, duit2 rm yg ada ni boleh guna lagi ke balik msia nnti. huhu.. rugi pulak kalau tak gunakan. pos ni lepas ke tak ye. aduhai malaysia ku!

    ReplyDelete
  4. Diana : hahah. Tertipu juga.

    nur Muhammad : Nak keja kt EsEsEm smapai bila-bila. :p

    Asmara : Duit lama boleh guna lagi. Dierang takkan buat pertukaran drastik utk menggunakan duit baru ni. So, relax ok. :)

    ReplyDelete
  5. salam;
    Duit kertas lagi canti..berwarna-warni..cam pelangi pulak..

    ReplyDelete
  6. oo semua copy paste ke?

    tp bagus share info ni di sini. Tak semua rajin masuk web BNM tu...:)

    ReplyDelete
  7. lady paling suka bila disebut sesuai tuk orang yang menghadapi mslh penglihatan.. Alhamdulillah.. mudah sikit mrk nak mengenali nilainya.. xdela tertipu..

    p/s : a'ah..lady ade dua blog.. tp blog lama tu ade mslh.. maka lady terpaksa tinggalkan..

    ReplyDelete
  8. QuTaQ : Jap lagi aku bg. Berapa juta ko nak? Anytime aku bleh bagi ko. *aku paling suka note RM20 tu, sebab ada gambar suami aku pada duit tu. Hahah.

    nora rashid : duit lama tu habiskan je macam biasa. Masih laku.

    ReplyDelete
  9. syiling oh syiling.. thanks for sharing..

    nyway pasal lukisan tu sy mintak maaf sbb saya tak ambil upah melukis la kak.. kalau akak nak deal je dengan pelukis yg ambil upah.. sy bagi link blog dia.. =)

    http://www.loziza.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Wahh ada bakt ni kerja kat bank negara ..kalau tak pun jadi cikgu :)

    ReplyDelete
  11. duit syiling baru ni mmg bagus utk semua org...dn mereka tak leh nk tipu sbb ad ciri2 tertentu pada nilai yg berbeza...canggihkan...nape tak awal2 dlu wat camtu...

    ReplyDelete
  12. maklumat yg detail!
    lagi duit baru keluar
    susah la org nak buat black money kan

    ReplyDelete
  13. Gud info nih... :-) tp duit kertas cantek2 kan..colorful gitu

    ReplyDelete
  14. hebat arr ko lid.....tringat zaman balaja...copy n paste

    ReplyDelete
  15. syiling yg lama mcm mana?? boleh guna lagi tak?

    ReplyDelete
  16. copy paste pun yang penting info..tu yang penting,n bagi credit lagi..

    #thank ye info ni..cayaalah.hhee

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya