Iklan! Iklan! Sila Click!

01 December 2011

Cerpen Lagi

Sejahteralah ke atas kamu...


Penoreh Getah
Sape tengok Masterchef Malaysia? Perasan tak ada sorang peserta tu profession dia penoreh getah, asal dari Sabah? Dia ni sungguh mengkagumkan saya. Tetiba je dia ni pandai masak western food. Saya ni yang kekonon eksekutip, dok kat KL [metropolitan la konon ni], buat pasta pun tak reti. Makan pasta je saya reti. Perghhh... Segan akak dgn kau dik.

Ni ha gambar budak Sepol ni. Nama dia sebenar Saiful bin Alip.


Dia ni, dah 7 kali pakai apron hitam atau pun masuk ujian penyingkiran. Tapi 7-7 kali dia terselamat. Sakti gak dia ni. Hehehe...


Jalan Bangsar
Saya sungguh tak faham dengan Jalan Bangsar di waktu pagi. Saya sangkakan, bila cuti skool ni jalan tu tak jammed. Adehhh... rupa-rupanya tak efek apa-apa pun walaupun cuti skolah. Mulia sungguh jalan itu ye. Selama ni saya dok tuduh budak skolah yang menyebabkan jalan tu jam. Nampaknya, ramalanku salah belaka. Vudak shekolah hitu tidak vershalah.



Jakarta
My baby boy *booooo.... * maksud saya big baby boy *kehkehkeh* balik dari Jakarta hari ini.. Yehuuu.. Yahoooo... Weehuuuu... Semoga selamat perjalanan beliau. Rindunya kat budak itu. Sebelum dia pergi dulu, dia tanya nak dia belikan apa-apa ke kat Jakarta
? So, saya cuma kirim beli coklat atau keropok nangka. Atau makanan-makanan kat sana. Hahahah. Boleh? Aku asyik fikir pasal makannnnnn je kerjanya. Mana la orang yang jumpa dalam lif semalam tak tegur, "Eh, ni Salida ke? Lainnnnnnnye nampak. Pregnant ye?"... Arrghhh... Disyum...Dushummm... *tumbuk muka dia - kat dalam hati je*.


Tulis Novel Sambil Makan Biskut Gandum
Saya dah menulis artikel untuk satu website yang jual kad kahwin. Dan telah dibayar untuk artikel-artikel tersebut[ada 4 artikel yang saya submit kepada mereka setakat ini]. Saya sangat suka-suka-suka-suka... Walaupun bayarannya takla banyak mana, tapi ok apa... daripada saya menulis merapu je tak dapat apa-apa kat blog sendiri, lebih baik buat artikel yang bleh dapat upah. Tuan punya website minta saya tulis lagi banyak artikel untuk web itu sebab dia suka dengan gaya penulisan saya. Ecewahh... Saya terpaksa menahan bangga. Kerana perasaan riak itu berdosa. Faham? Mekasih untuk big baby saya sebab dia yang bagitau tentang kawan dia nak cari penulis untuk web tersebut dan bubi jugaklah yang beri dorongan untuk saya menulis.

Lepas ni, saya ingat saya nak tulis novel. Pastu buat drama yang diadaptasikan daripada novel saya. Pastu bila orang tonton, orang kondem jalan cerita mcm hagham. Kehkeh.. Tapi takpe. Berangan itu free. Tak perlu bayar apa-apa. Kawan-kawan, lebih baik korang mintak otograf aku sekarang. Nanti bila i dah fofulerrr... i takde masa lagi dah nak layan yu olll semer tau.. I must be bz by that time. ROFL [rolling on the floor laughing] - tak kelakar pun sampai nak berguling kat lantai.


Habsah
Akhir cerpen, ingin ku tanya kepada Besah, Perhimpunan Agung Umno dah start ni. Tak pergi PWTC ke? Hehehe. *takde motip.

13 comments:

  1. salam;
    Teringin nak baca novel hasil karya awak bila agaknya ya!!..

    ReplyDelete
  2. Ecah : Cayalah.. Pantas menjawab. Nak ikut gi ari sabtu.

    yusuflaili : boleh. tunggu ye. Kehkeh.. *kuat berangan

    ReplyDelete
  3. novel cinta la ..kan??
    tema apa lagi yang sesuai untuk tarik pembaaca kalau bukan cinta..
    hehehhe

    ReplyDelete
  4. Empayar Utama dan Diana : Mestilah tentang cinta leleh-leleh hingus. Itu je yg semua org suka baca.

    ReplyDelete
  5. Dini : Hehehe.. Ye-ye je kan? Ni semua khayalan semata.

    ReplyDelete
  6. singgah sini...
    thanks ye sb sudi ziarah blog sy

    ReplyDelete
  7. Betul2. Suka baca gaya penulisan lyd, x membosankan. Panjang mana pun saya tetap baca sampai habis. :D

    ReplyDelete
  8. Alin Hazlin : Thanks sbb singgah.
    Asmara : Alaa.. terharunya. Mekasih. 1st time ada org puji tulisan saya tak boring baca.

    ReplyDelete
  9. Wah Lyd, kat website mana tu..share le link..aku nak baca...keep it up bebeh!

    ReplyDelete
  10. Chempaka Aurora : tak silap kat www.kadlawo.com. Ni kad kawin punya website. Tapi tak tau le kuar dah ke belum.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...