Iklan! Iklan! Sila Click!

01 December 2011

Betul Ke Semua Ibu Mertua Itu Begitu Cerewet?


Sejahteralah ke atas kamu...


Cuba kamu ingat balik iklan FeBreeze yang rumah dia berbau pastu dia risau sebab mak mentua dia nak datang rumah. Lepas tu, satu lagi iklan sabun basuh yang menunjukkan mak mertua dia dengan muka garang + kerek habis bila menantu pompuan dia gunakan sabun basuh yang dia tak biasa gunakan untuk basuh baju kolar berkarat anak lelaki dia. Lagi, iklan AmbiPur yang keretanya berbau 'kembang kempis hidung' lepas tu si isteri cakap kepada suami dia, "macamana ni, emak kamu mahu datang".

Amboi... Teruknya gambaran seorang ibu mertua itu di mata pembuat iklan ye? Nampak sangat le mak mertua dia garang + cerewet ye dok? Selama ni pun, kita selalu disuapkan dengan cerita-cerita sensasi mak mertua garang dan controller. Sampaikan saya pun cemas jugak nak kawen. hakikat sebenarnya, boleh dikatakan semua kawan-kawan sekeliling saya dan family saya mempunyai mertua yang sangat baik termasuk mertua saya sendiri. Maklum le. Sekampung. Boleh le geng. Dierang ni sengaja je buat cerita kan? Nak bagi orang takut nak kawen lettew.

Saya rasa, iklan-iklan ni tak relevan kalo nak gunakan alasan ibu mertua sebagai ancaman bila rumah ko berbau stokin sotong kering. Kalau dah sendiri mengotor, sesape dtg rumah pun bleh tak tahan. Patutnya lebih sesuai kalo gunakan kanak-kanak tadika sebagai subject jujur yang menakutkan. Sebab kanak-kanak sangat selamba mengeluarkan perasaan mereka. Contoh hari tu, saya buat makan-makan kat rumah. Saya jemput bos suami saya dan keluarganya. Menunya tak la best mana pun. Bihun sup je. Pastu anak pompuan dia yang berusia 5 tahun, bila ditanya, "Sedap tak bihun ni?", terus je dia geleng kepala. Perghhhh... pedih ulu hati rasanya. Tapi takpe. Jujur betul dia. So, nampaknya aku masak tak sedap. Kehkeh. Sekian.

2 comments:

  1. HAHA...TAKPE...BARU2 MMG CAMTU..DULU PENAH MASAK NASIK LEMAK..TAPI JADIK BUBUR LAMBUK SBB TERLEBIH SANTAN

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...