Iklan! Iklan! Sila Click!

02 November 2011

Simple Je Janji... InsyaAllah

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada satu kisah di dalam Al-Quran. Sape rajin boleh rujuk Surah Al Kahfi [18], ayat ke 23 dan 24.





Maksud ayat ni ialah, jangan kita memandai nak berjanji melainkan dengan menyebut 'InsyaAllah'. Kita ni siapa nak janji itu dan ini kepada orang lain. Jika Allah tak izinkan, kita mampu ke nak tunaikan janji tu? Yang memudahkan urusan kita adalah Allah. Bukan kerana kepandaian kita sendiri. Kena ingat itu. Tak kiralah walaupun janji yang kita buat itu berkenaan dengan kebaikan pun. Contohnya, kita berjanji untuk ke masjid menunaikan solat berjemaah semata-mata kerana Allah. Kita rasa Allah tentu Allah izinkan kerana kita ingin membuat kebaikan di jalan Allah betul tak? Tak mungkin Allah tak izinkan. Tetapi, jangan lupa, Allah juga berhak memberi ujian kepada kita untuk menghalang kita ke masjid untuk menguji sejauh mana kentalnya iman kita. Betul tak?

Ayat 23 dan 24 dalam Surah Al Kahfi ini sebenarnya diturunkan untuk menegur Rasulullah. Kisahnya begini... Pada suatu hari sekumpulan orang-orang Quraisy bertanya kepada Rasulullah tentang roh, tentang kisah Ashabul Kahfi dan kisah Dzulkarnain. Maka Nabi menjawab kepada mereka, datanglah esok pagi maka aku akan ceritakan kepadamu. Sedangkan Nabi sendiri menunggu wahyu daripada Allah untuk baginda ceritakan kisah tersebut. Maka bila tiba pagi esoknya, wahyu terlambat turun dan Nabi tidak dapat menunaikan janji baginda. Kemudian, Allah menurunkan ayat 23 dan 24 ini untuk menegur kesilapan Nabi kerana berjanji tanpa menyebut 'insyaAllah'.

Ni sesaje je nak citer. Takde motif pun.
Saya pernah dengar kawan saya cerita [dengan nada lawak la] tentang kisah dia pergi ke satu negeri ni. Pastu dia nampak ada satu bas yang namanya 'InsyaAllah Selamat'. Pastu dia kata dia takut nak naik sebab guna perkataan 'InsyaAllah' tu. Sebab kawan saya ni dia pelik skit. Dia anggap kalau orang sebut insyaAllah tu adalah tak meyakinkan. Saiko betul. InsyaAllah itu adalah sehebat-hebat janji. Saya sendiri takkan cakap insyaAllah jika saya rasa saya tak dpt nak buat sesuatu perkara. Tapi kawan saya ni, makin disebut insyaAllah, makin plak dia tak yakin.

Okey.. Itu saje cerita-ceriti cik lydi. [Cikkkkk keeee masalahnya??? hahahah. perasan cik plak dah.]

*Aku rasa mcm aku membebel bla..bla..bla..*

5 comments:

  1. yargh, mostly skrg ramai yg 'janji tinggal janji' .. lg satu bila bab kirim salam,slalu kita ckp insyaallah ,pastu lupa terus kan =( ... luv dis entry :D

    ReplyDelete
  2. tp skarang ni, ramai yang dah mempermain2kan kalimah "insya'allah" tu kn...

    ReplyDelete
  3. LittleImie : Owhh.. thankyou for the love you gave. :)

    ReplyDelete
  4. Salam;
    Semua manusia didunia pernah buat janji tak ada yg tidak..tak semua pulak janji tu ditunaikan,hanya sedikit je yang tertunai...

    ReplyDelete
  5. salam kenal...nice info
    wpun bende2 kck..kita kn ambik brt kan..insyaAllah...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...