Skip to main content

Lain Orang, Lain Drama


Sejahteralah ke atas kamu...

Sebelum saya berkahwin dahulu, saya tidak nafikan yg saya ada sindrom 'takut berkahwin'. Walaupun konon-konon macam dah ready dan nampak mcm desperate sangat nak menikoh, tapi saya sangat fobia. Ni semua sebab amaran daripada orang-orang yang sudah berkahwin kepada saya. Pada waktu itu, macam-macam le yang mereka pesan, antaranya;

"Kahwin ni ingat senang ke?",
"Nanti ko dah ada suami nanti, baru le ko tau macamana."
"Lebih baik ko hidup bujang, kalo dah kawen nanti ko dah tak bebas macam sekarang."
"Susah tau nak layan suami, nak puaskan hati suami."
"Nanti ko tengok la perangai sebenar dia bila ko dah kawen. Masa tu baru le kuar perangai-perangai dia yang belum dia keluarkan selama ni."


Ayarrrkkkk... Banyak takut woo... Saya cuba membayangkan, macamana la agaknya perangai En Stormpong [suami saya sekarang] bila dah kawen nanti. Ntah-ntah dia garang, suka pukul. Ntah-ntah dia pemalas. Ntah-ntah dia tiap-tiap hari nak saya masak sedap-sedap. Euwww... Sangat menakutkan. I tak rela diperlakukan begitu... Owhhtidakkk..

Perasaan fobia tu jugak disulami sekali dengan perasaan cemas untuk malam pertama. Saya rasa macam tak ada kawan-kawan pompuan saya yang baru berkahwin yang tak cakap bahawa "malam pertama itu menyakitkan". Shaye very the takottt...

Then finally bila sudah berkahwin, saya tak rasa pun 'ugutan-ugutan' tu semua menjadi kenyataan. Setakat ni [tapi yelah.. baru lagi kan, baru je 5 bulan kan?], suami saya takde plak tunjukkan perangai pelik sampai saya perlu memendam perasaan. Beliau sangat gentleman dan lembut terhadap saya, tak garang dan bukan kaki pukul pun seperti yang saya sangkakan. Beliau pun seorang yang sangat ringan tulang, pandai buat banyak benda dan sangat boleh diharap tak kiralah sama ada di rumah sendiri atau di rumah orang tua saya di kampung [perkara ini pun sangat diakui oleh adik beliau, Ina.]. Dan yang paling sempoi, suami saya makan je semua benda yang saya masak. Tak sedap pun dia makan, tak memilih langsung. So, saya tak la pening kepala nak perah otak buat jus pastu minum dengan rebusan air sirih utk dapat idea nak masak apa untuk beliau-motif?.[Cayalah Baybee! Luv u so mooch much.]

Sebab itu la seperti yang saya tulis di tajuk post ini, "lain orang, lain drama", bererti, drama kehidupan kita. Apa yang bakal kita lalui takkan sama dengan apa yang orang lain pernah tempuhi. Jadi, adik-adik dan anak-anak yang ingin bernikoh... Jangan takut untuk berkahwin walaupun korang sudah dimomokkan dengan kisah-kisah seram alam rumahtangga. Semua tu insyaAllah boleh diatasi jika kita berkahwin kerana Allah.

Gambor dikelepet dari sini

Comments

  1. Antara hidup bujang & kahwin..saya pilih kahwin lah...hahaha^__^

    ReplyDelete
  2. bersyukurla dikurniakan suami baik camtu...kadang kadang bila tgh marah akan satu kesilapan suami...cepat2 istighfar dan ingat balik semua kebaikan dia..

    ReplyDelete
  3. selepas berkahwin rasa hidup lebih baik..jujur saya tak berapa suka ingat keadaan saya masa belum kawen..
    sunyi saja...

    ReplyDelete
  4. Presiden Makwe Kintan : Ye, saya pun pilih kehidupan selepas kahwin. Penuh bermakna.

    Ina : Ye ina. Aku mmg bersyukur sbb ko tolong simpan Ngah utk aku.

    Nafisa81 : Betul tu. Perlu selalu istigfar dan sabar sebelum respon terhadap suami.

    Diana : Hidup bujang saya dulu pon tak best sgt. Tp sbb pengalaman tak best tu la yg menjadikan saya lebih faham tentang kehidupan dan perhubungan.

    ReplyDelete
  5. salam;
    Semuanya terletak pada diri sendiri sebenarnya baik isteri atau suami..kalau kita nikah kerana cinta,dipaksa,ingin zuriat dan apa2 saja mesti akan menempuhi rintangan alam rumahtangga..kecuali kalau kita kahwin kerana Allah nescaya rumahtangga kita dilindungiNya sehingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete
  6. Yusuf : Benar. Telah terbukti bahawa berkahwin kerana Allah itu akan mendapat kebahagiaan di dunia dan insyaAllah di akhirat juga.

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah mudah2an jodoh atas dasar cinta kepada Allah tu terus berkekalan hingga ke syurga. sama2 kita jaga hubungan itu kan. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya