Sejahteralah ke atas kamu...
Anak-anak kita sudah diajar bersalam atau berjabat tangan seawal usia mereka. Setuju atau tidak? Mungkin perbuatan itu yang paling mudah untuk diikut oleh anak-anak. Atau mungkin juga cara itu yang terbaik untuk menunjukkan anak kita pandai.
Perasan tak... anak-anak ni, apa-apa sahaja yang diajarkan kepada mereka kemudian mereka pandai ikut hanya untuk sementara. Bila dah lama-lama mereka malas nak ulang-ulang lagi. Uihh...mana la tak bosan. Asal jumpa dengan orang je suh tunjuk gigi. Asal jumpa dengan orang je suh kira one, two, three.. Mula-mula rajin la dia. Tapi lelama mesti dia dah tak sanggup lagi nak ikut permintaan orang-orang dewasa di sekelilingnya yang minta dia tepuk amai-amai. Hahahah... Nkorang. kalo bab-bab membuli anak-anak, nombor satu kan?
Berbalik semula ke topik bersalam tadi. Saya hanya nak mengingatkan diri sendiri dan anda juga. Bila kita mengajar anak-anak bersalam... pastikan dari masa ke semasa, kita terapkan juga kefahaman kepada anak-anak, kenapa pentingnya mereka bersalam dengan orang yang lebih tua. Bukan semata-mata bersalam untuk menunjukkan kepandaian anak itu sahaja.
Kenapa saya bangkitkan isu ini? Well... anak sedara saya ramai. Saya tengok mereka membesar. Daripada mereka kecil, begitulah mereka diajar untuk bersalam. Cium tangan. Tetapi semakin lama, semakin besar, mereka hanya bersalaman apabila disuruh oleh ibu bapa mereka sahaja. Jika ibu bapa tiada di depan mata, kehadiran orang-orang tua yang datang ke rumah, tidak diendahkan. Buat tak nampak je. Atau, pun ada yang bersalam bila orang tua yang datang tu menegur, "Eh, Justin tak bersalam pun dengan auntie Selena?", haaa.. masa tu baru mereka dtg bersalaman. Jika tak ditegur, terus juga keras sahaja di tempat mereka melabuhkan punggung itu. Ini realiti betul tak?
Jadi, saya cuma nak sarankan je. Bila ajar anak bersalam atau apa-apa jua perbuatan baik, dari masa ke masa cuba fahamkan mereka, kenapa mereka perlu melakukan perbuatan tersebut. Supaya, bila di belakang kita pun mereka masih juga beradab dan bersopan.
Tapi... siapalah saya nak cerita tentang cara-cara mendidik anak ye tak? Anak tekak dengan anak rambut je yang ada. :p
Apa-apapun, semoga bermanfaat.

budak-budak memang kena diingatkan bersalam dengan orang tua..tapi nanti bila dah baligh ajarkan pula dengan siapa boleh bersalam..
ReplyDeletebaik!
ReplyDeletesaya paham!
cam kay lak dak2..
ada pulak salam tak ikhlas tanpa pandang muka
ReplyDeletesatu lagi....
ReplyDeleteanak tudung...
salam;
ReplyDeleteBetul tu memang terjadi akupun perasaan benda ni, sebenarnya tak salah awak beri cadangan lagipun benda yg disaran memang benda baik,tak kira siapa kita harus menegur atau beri pandangan sesama kita.