Iklan! Iklan! Sila Click!

14 November 2011

Animal Kingdom

Sejahteralah ke atas kamu...

Ni cerita basi. Jumaat lepas, saya lunch kat KL Sentral. Jarang-jarang tau saya lunch kat luar. Biasanya saya beli, dan bawa balik ofis, makan kat ofis sampai pengsan. Saya makan kat Burger King dengan si Hazy. Masa nak balik tu, kami lalu ikut depan entrance KTM Station, pastu nampak kat ruang legar berhampiran situ, ada ramai orang tgh berkerumun. So, saya dengan ala-ala The Mask Cuban Pitt terus meluru ke situ drag si Hazy tu sekali.




Rupa-rupanya ada book sale. Murah je. RM5 je harga semua buku kat situ. Sebenarnya memang la buku-buku2 tu lama punya. Tapi bagi saya, buku itu ilmu. Sampai bila-bila pun ilmu itu takkan expired. So, saya memang selok parok excited habis bila tgk harga buku-buku tu. Masa tu dlm purse cuma ada RM5 je. Ingatkan lepas makan baru nak kuarkan duit. Tetiba bila dah ada kat situ, tetiba je rasa mcm tak menyempat-nyempat nak beli dan-dan tu jgk. So, pinjam duit Hazy Rm10. Heh. Nasib baik belum kuar duit. Kalo tidak confirm saya beli 10 buah buku. Oleh sebab ada RM15 je, saya hanya bleh beli 3 buku. 1 buku masakan. 2 lagi buku yg sama bertajuk Massage For Baby. 1 untuk saya, preparation kot-kot nanti ada anak bleh baca. 1 nak bagi kat kawan saya yg bertuah. Chey.. Sape la yg bertuah tu kan.Eh, apa kaitan dengan tajuk entry, Animal Kingdom?

Lepas saya beli buku kat KL Sentral, saya singgah Plasa Sentral sebelum balik ofis. Saya suh Hazy balik dulu. Sebab saya hanya nak withdraw duit je kat Bank Islam. Tetiba, ada jugak tempat jual-jualan kat situ. Jahat la dierang ni. Selalu buat jual-jual kat tempat awam. Dah nanti aku tengok, aku nak beli. Huuwaa.. Saya kuarkan duit, pastu singgah kat tempat jual2 tu. Saya tengok ada buku kanak2. RM10 = 3buku. Saya beli la 3 untuk Amaluddin kerinting, anak kakak saya. Salah satu buku tu tajuk dia Animal Kingdom. Daripada tajuknya, boleh bayangkan buku tu macamana kan. Mesti la ada gambar menatang-menatang halal atau haram.

Amaluddin ni, for your information sangat obses dengan payung. Kami tak tau la apsal dia bleh obses sangat dengan payung. Sampai tahap, tidur pun nak peluk payung. Pastu kalo pegi umah pakcik dgn makcik dia, topik perbualan yg akan dia tanya ialah, "Maksu ada payung tak?". Pastu tanya banyak2 pasal payung. Merepek sungguh. Kadang-kadang dia panggil payung tu payung, kekadang dia panggil 'ambella'.

Pastu Sabtu lepas, saya pegi umah dia. Saya kuarkan buku Animal Kingdom tu. Tunjuk kat dia satu-satu gambar rimau, gambar buaya, gambaar kucing, singa, gajah zirafah then last sekali muka curious paling maksima, Amaluddin tanya, "Ambella mana?"...
Perghh.. pedih hati. Dah tentu tu buku tentang binatang. Pastu dia terus tak berminat pun dengan buku tu, sebab takde gambar ambella. Haiss..

6 comments:

  1. hahahah..
    tak pe..nanti dah selalu dia nampak buku tu mungkin dia akan berminat nak selak2..

    ReplyDelete
  2. wah.. bahaya ni kalau terlampau obeses ngan payung.. hehe

    ReplyDelete
  3. Ada jugak bdk yg obses dgn payung. Hihi.. Mesti comel kan cara dia tanya tu. Umur brapa tu lyd? :)

    ReplyDelete
  4. salam;
    istimewa sunguh payung dihati budak tu ye...sampai gitu sekali minatnya.

    ReplyDelete
  5. Taufiq : Obses kanak2. Sejauh mana la sangat kan. Hehe.

    Asmara : Umur dia 3 tahun lebih.

    CikguDen : Boleh dikatakan begitu la.

    Yusuf : Ha ah.. Sangat istimewa. Kadang2 sampai tahap nangis kalo tak dpt payung.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...