Skip to main content

Shopping Itu Membeli, Selepas itu Blah

Sejahteralah ke atas kamu...

Siapa je dalam dunia ni yang tak suka shopping kan? Mesti suka punya. Sape tak suka shopping tu memang menipu sangat. Mesti ada benda yang kamu suka beli. Kalau tidak garments, mesti groceries atau pun gadgets. Heheh... Paling tidak pun window shopping kan?

Saya tengok, kebelakangan ni tabiat shopping manusia dah makin berubah. Dulu kalo malas nak kuar rumah, maknanya selamat le duit ye tak? Tapi now, makin tak selamat plak bila kita dah makin pandai shopping secara online. Saya la tu salah seorang daripadanya. Seronok kan online shopping ni? Macam main click-click je. Pastu barang sampai depan pintu rumah. Sungguh sesuai untuk orang yang sangat 'perajin di dalam kurungan' seperti saya ni.

Online shopping ni pastilah ada kebaikan dan keburukannya betul tak? Semua benda dalam dunia ni pasti ada kebaikan dan keburukan. [kecuali apa yang Allah perintahkan je takde keburukan.] Kebaikan yang saya sendiri dah alami dengan online shopping ni bila saya tak perlu bersesak-sesak kat tempat awam yang 'wangi' dan sungguh 'tak crowded' untuk membeli hanya sehelai baju. Kemudian, tak perlu bawak barang berat-berat serta tak perlu fikirkan traffic jammed dan parking apa semua. Senang cakap, untuk orang yang busy mcm saya ni sesuai la sangat. [Ohoiii...busy benor la aku ni cekononnnnnnn]

Cuma, yang biasanya jadi tak best, bila kita takleh belek barang yang kita nak beli tu depan-depan mata terutamanya baju. Kalo setakat barang2 lain takpe lagi. Macamana nak tau padan ke tidak. Macamana nak tau selesa ke tidak. Saya pernah juga terbeli baju yang nampak cantik dalam gambar, tetiba bila dapat... fabric dia ..perghhh... keras mcm karpet kat toilet. Tapi nak buat canner kan, dah terbeli. Lagi, yang termasuk dalam ketegori keburukan ialah bila kita jadi ketagih nak membeli secara online. Seronok tau bila dapat penghantaran barang ke rumah. Rasa mcm dapat hadiah. Padahal sendiri beli. Kekekek...[ Saiko pulak aku ni kenkadang]. Tapi betul tau.. Feel semasa dapat bungkusan barangan yang kita beli tu... memang bahagia. Perasaan seperti bertemu semula dengan orang yang kita sayang yang baru balik daripada oversea setelah lama kita tunggu.

So, terpulang la kat diri memasing nak shopping dengan cara macamana pun. Asalkan diri sendiri bahagia.

Comments

  1. Salam;
    Sebenarnya lepas beli kita terus pergi...apapun aku lebih suka belibelah dipasar dari online..kecuali benda tu memang tak ada dipasaran.

    ReplyDelete
  2. aku xsuka bershopping n xkire secara maya or realiti... :) sebab aku sengkek.. hehe

    ReplyDelete
  3. Yusuf : 2-2 best. Sebab shopping best.
    Taufiq : Tapi kalau tak sengkek mesti suka gak shopping kan? kan?

    ReplyDelete
  4. oklah tu..membeli pastu blah...drpd tak beli..amik je barang pastu blahhh

    ReplyDelete
  5. belibelah mmg bes...takde duit g je window shopping..
    shopping online..tak bes sebab tak dpt tgk brg :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya