Skip to main content

Saya Unfollow Kamu Kerana....

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya follow banyak blog lain. Kadang2 blog yang saya follow tu tak follow saya pun. Tapi saya tak heran sangat. Kalau blog itu bagus, contents menarik, gaya penulisan yg santai menghiburkan... saya masih juga baca. Tapi, ada juga blog yang saya follow yang saya dah rasa tak sanggup nak follow lagi. Sebab? Errm.. Sebab bila saya dah mula terasa penulis blog itu psycho, saya terus un-follow.

Psycho yang macamana ye? 1. Bila saya tengok dia dah mula buat entry emosi pasal blogger lain yang kacau dia. ~takde masalah nak emosi, tapi kata2 semasa emosi tu keluar mcm-mcm lah. Perkataan-perkataan yang sungguh tak manis terutamanya kalau perempuan yang cakap.

2. Bila dia dah buat entry marah-marah sebab orang selalu ambil hasil tulisan dia dan publish kat tempat lain. ~memang la tak beretika kalau ambil hasil tulisan org lain pastu publish kat blog sendiri then claim itu kamu punya. Tapi pemilik tu pun, kalo setakat bengang-bengang gitu je sudah le. Takyah le nak maki beriya-iya. Yang paling saiko skali bila orang lain kebetulan tulis topik yang sama dengan dia secara kebetulan, tapi dia yang perasan orang tu tiru dia. Kehkeh. Kelakar la. Ko dah tahap Shahnon Ahmad ke nak marah-marah camtu?

3. Bila dia rasa diva dengan blog dia yang followernya tak sampai 200 org pun. Langsung takde menunjukkan sifat-sifat humble dengan blog dia..Perghh.. Psycho gila.

Maka, mereka yang begini.. akan di unfollow kan. Heheh... Dan mereka pun tak kisah kadang2 tak perasan pun saya unfollow mereka.

Comments

  1. Salam;
    mintak2 blog aku tidak di unfollow!!!.

    ReplyDelete
  2. salam tuan rumah, lately byk kali dengar org cakap pasal ada blogger meroyan lepas blognya kena plagiat...

    haishhh sapelah orangnye... teringin lak nak tahu..hehee

    ReplyDelete
  3. Yusuf : Blog kamu setakat ini ok. Kamu tak psycho.

    Diyana : itu la.. cepat betul meroyan kalo kena plagiat. Relax je la kan?

    ReplyDelete
  4. haha.. aku xamek pot pon pasal follow n unfollow ni.. lantak p la sama dieorang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya