Skip to main content

Masya Allah

Sejahteralah ke atas kamu...

Tengah jalan-jalan kat taman bunga, tetiba ternampak 2 orang budak perempuan bergaduh berebut sorang lelaki. Kita ni pun geleng kepala sambil menyebut, "Masha Allah"... Dengan bermaksud... ish.. teruknya la budak-budak zaman sekarang ni.

Darling, sesuai ke tidok penggunaan ucapan 'mashaAllah' atau 'masyaAllah' itu digunakan untuk sesuatu keadaan yang buruk? Maksudnya, penggunaan MasyaAllah/MashaAllah (ما شاء الله) ialah untuk kita ekspressi perasaan kagum, bersyukur, kegembiraan dan pujian kepada Allah. Nak tau maksud MasyaAllah ini dengan lebih dalam, sila tekan budak Wiki ini.

Contoh kalau seseorang memberikan kita khabar gembira, "Aku baru dapat anak malam tadi", lalu sangat sesuai kita ucapkan "Masha' Allah". Sebab kita tumpang gembira dengan rezeki anak yang Allah anugerahkan kepada sahabatkita. *Jangan lupa bunyikan hurup 'hamzah' supaya sebutannya menjadi 'mashakAllah'. :)

Jadi, kamu rasa-rasa lah kan... sesuai ke kalau kita tengok maksiat, tengok kekejaman atau tengok sesuatu yang tidak baik, lalu kita ucapkan 'MashaAllah'? Sesuai ke? Kita bersyukur ke dengan apa yang kita tengok tu? Kita gembira dan mengucapkan syukur kepada Allah bila tengok seorang pondan meletakkan gambar seksi hanya memakai bikini di blog? Haaaa.... Fikir ye..fikir.

Saya sarankan agar penggunaan ucapan yang lebih sesuai ketika melihat maksiat atau keburukan, iaitu ucapan 'Astagfirullah'[ إستغفار] atau 'Astagrifullahal'azim' yang bermaksud 'aku mohon keampunan daripada Allah. Untuk penerangan yang lebih va va vroom, sila main tekan-tekan beliau ini.




Comments

  1. salam;
    Ejapun kena betul..salah eja lain juga bunyi kalau dah lain bunyi lain pulak maksudnya maka kalau maksud dah berupah menyimpanglah jadinya...

    ReplyDelete
  2. hari ni tak kerja ke..
    budak akhir zaman@kita dihujung zaman..?

    ReplyDelete
  3. ouh..nice..
    baru la tau..dlu tak amik tau pun..huhuuh

    ReplyDelete
  4. salam saudari..terima kasih diatas info yang bagus ini...

    ReplyDelete
  5. betul gak kan.. kadang2 leh wat kita rase terliru gak kn.. thankz for he sharing k :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya