Skip to main content

Malu Setepet.. Booo...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...


Peringatan : Untuk memahami pekebenda yang saya nak cerita ni, sila click gambar untuk menggemukkan gambar yang kurus.


Ini bukan kali pertama saya share maklumat yang saya nampak di Facebook. Kadang-kadang maklumat tu nampak menarik, tapi saya sendiri tak study dulu benda tu betul ke tidak, lepas tu main percaya je kotak-kotakbulat-bulat. Tapi ini kali pertama saya dapat pembetulan fakta yang saya share di Facebook dan saya rasa boleh saya percayai orang yang memberi pembetulan fakta itu. Piring Astro memang nampak macam nak menghala ke kiblat. Tapi menurut En Reduan [yang komen tu], arah sebenarnya tidak sama langsung dengan kiblat. *En Reduan adalah penjaga satelit. Keh keh. Maaf JekJan. Promote husband ko di sini. :). Ini demi kebaikan semua kan?

Sesiapa yang nak baca tentang ini, boleh skodeng di Scripter ini. Kalau tak percaya, sila siasat sendiri tentang perkara ni. Kesimpulan yang saya buat ialah.. Piring Astro Tidak Mengadap Kiblat. Jadi, jangan salah faham. Allah pun dah pernah pesan di dalam firman-Nya,
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " - Surah Al Hujuraat[Surah 49], ayat 6.


Itu je lah. So, lain kali... kalau baca je email yg diforward atau baca fakta-fakta kat blog, sebelum percaya dan sebarkan, kamu kena study dulu ye. Atau kalau tak pasti, sila letakkan link maklumat asal itu dan kamu sendiri perlu nyatakan pendirian kamu sama ada percaya atau tidak. :) Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

Comments

  1. selalu gak la dpt email2 cenggini.. kalau x selidik betul2..memang tertipu lah...

    ReplyDelete
  2. Kyo : kdg2 org yg beri tulis fakta tu bukan berniat nak menipu, mereka hanya nak nampak best sebab dah berjaya reveal sesuatu yg org lain tak tau. Tapi tu lah... kdg2 apa yg dia reveal tu pun tak disokong dgn fakta yg betul2 tepat. Main agak2 je. tu payah tu.

    ReplyDelete
  3. tu la..saye pun keliru...

    *memandang langit*

    ReplyDelete
  4. Ko mmg Qu TaQ. Ko dan keliru ni dah mcm adik beradik. Aku dgn keliru plak cuma sepupu je. *muka serius tak hengat menasihatkan ko.

    ReplyDelete
  5. aku penah bce fakta tu dlm 1 mjlh islamik, tp mcm x cye sgt sbb condong sgt dr kiblat surau kt kg aku, peh tu mule la pk yg mane 1 btol, tp secara logik nye misti la surau tu yg btol

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya