Skip to main content

Makin Mahal Makin Diva Perangai Dia

Sejahteralah ke atas kamu...

Biarlah saya buat pengakuan di sini.... Baju-baju saya kebanyakannya diperbuat daripada fabrik yang murah. Baju mahal yang saya ada, boleh dikira dengan sebelah tangan je. Sangat sedikit.

Yang sedikit tu pun, saya beli hanya untuk mencuba. Cuba nak pakai fabrik mahal. Tapi ternyata, fabrik mahal tak sesuai dengan saya. Saya mengharapkan, jika beli mahal... pastilah berbaloi memakainya. Contoh seperti seluar jeans. Lagi mahal, lagi lasak walaupun tak panas bila dipakai. Ini... lagi mahal fabrik, lagi banyak cekadak dia. Nak basuh kena dry-cleaning. Dry cleaning tu kalo seposen sehelai, takpe le jugak. Even kalo seposen pun, tak kuasa pulak nak pegi dobi semata-mata nak hantar sehelai baju. Lain le kalo kedai dobi tu seblah umah saya je kan, boleh pas baju ikut tingkap.

Ada juga baju yang tak cukup diva, masih boleh dibasuh. Tapi basuh tangan. Tu pun takleh perah beriya-iya sangat. Biar air dia jatuh sendiri. Hinss.. lagi le hangin saya nak layan. Kalo jenis umah yg ampaiannya dalam rumah macam umah saya? Nak buat mcm tu memang tak bleh sabar.

Lagi satu, baju yang diperbuat daripada fabrik mahal ni, takleh pakai kasar2. Kalo tidak rabak. Nak simpan pun takleh simpan sebarangan. Kena masukkan dalam cover plastik pastu baru gantung. Nanti reput. Atau kalo yang bermanik, takut manik bercantum dengan baju lain, nanti rosak. ISh.. memang saya tak dpt nak layan kerenah macam tu la.

Mungkin betul lah.. Fabrik mahal hanya sesuai dengan orang-orang kaya atau berduit dan juga rajin. Lagi mahal fabrik, lagi banyak kerenah dia. So, lebih baik saya pakai baju yang diperbuat daripada fabrik murah je. Takyah susah-susah nak jaga. Takyah sakit hati sangat kalau rosak atau koyak. Fabrik mahal sangat tidak sesuai dengan saya walaupun mereka sangatlah cantik.

Contoh fabrik yang cekononnya mahal, tapi sebab saya tak reti nak berlembut dengan dia, dia rabak, tapi saya tak peduli, saya pakai jugak.

Comments

  1. hihi... betul kan Lyd. yg mahal tu la yg leceh jaganya. tu yg kene pakai sekali sekala je. ;D

    ReplyDelete
  2. ya benarrrrrrr.....
    selalu terfikir, patutnya fabric mahal la tahan lasak..ini tahap mengade nak kena hantar dry clean ape jadah..dah la sehelai RM10..tu pun mujo..ada sehelai RM12.. berhelai-helai? *mengsan*

    ReplyDelete
  3. Asmara : Mmg wajar dipakai sekali sekala pun. Kalo tidak, separuh daripada hidup kita dok habis menjaga baju je.

    Qu TaQ : Tu la pasai. Aku basuh baju kawen ari tu 5 helai baju + 3 veils, aku rasa mcm nak mengsan membayarnya. Veil sehelai pun dah RM7. Ei.. memang aku tak dpt nk layan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya