Skip to main content

Kenapa Pompuan Dah Kawen Malas Melaram?

Sejahteralah ke atas kamu...

Melaram = Bergaya berlebih-lebihan.

Pompuan semasa bujang atau zaman anak dara selalunya kemain lagi melawa, melaram pakai vouge-vogue. Bila dah kawen je, terus dah tak heran nak berpenampilan menarik. Kalau masa bujang mekap tebal, lepas kawen terus muka bogel je tanpa mekap. Kalo masa bujang perfume tukar-tukar, banyak jenis, pastu spray semerbak satu badan, bila dah kawen bau original je yg tinggal. Baju plak, kalo masa bujang... mana pernah pakai baju yang sama dalam masa sebulan tu. Rotation baju untuk sampai ke baju yg sama tu amik masa 3 bulan. Punya la banyak baju dia. Tapi bila kawen, baju yg sama jeeee... Balik-balik itu. Balik-balik itu.

Bukankah sepatutnya selepas kawen pompuan perlu terus kekalkan penampilan? Perlu terus bergaya?? Baru la suami bangga dapat isteri macam kamu. Errm..dulu, saya selalu fikir mcm tu. Saya selalu berazam untuk sentiasa berpenampilan menarik selepas kawen. Tak mau jadi stereotype, asal nama isteri orang je, terus dah tak perlu buat apa-apa untuk cantik. "Sebab aku dah ada suami hokey... Aku dah tak perlu jaga saham lagi". Tapi... bila dah kawen... saya faham perasaan sebenar seorang isteri. [Walaupun tak la faham dgn lebih dalam. Saya pun baru je kawen kan. Tapi kira boleh la nak faham skit2. Saya pun bukan otak ikan sangat].

Ada ke org nak baca entry panjang2 mcm ni? Harap2 ada la kan? Penat tau saya bawak kuar otak saya, then perah, pastu masukkan balik dalam tengkorak. Semua tu guna kederat tau.

Selepas kawen, saya dah tak bergaya di luar rumah. Saya hanya bergaya di dalam rumah untuk suami sahaja. Ok, ayat ni agak poyo. Gaya la mcm saya ni bagus sgt kan? Bila keluar rumah, saya hanya pakai asalkan kemas je. Nak pakai baju-baju kebaya-kebaya tahap bahaya saya tu semua kat luar rumah saya dah tak sanggup. Tak sanggup org tengok bentuk tubuh saya. Huhu.. Saya sangat malu. *ke, sbb ko gemuk kan lyd? Hahaha..*. Kebaya ketat saya, saya hanya pakai kat rumah. Mekap pulak, saya hanya sekali sekala je pakai. Time raya. Time ada kenduri bleh la pakai. Kalo setakat pegi ofis, takde sape nak tengok dah pun. Cuma nak jaga airmuka suami je kalo pakai kemas pun. Nanti kalo pakai selekeh sangat, orang lain salah faham plak. Ingat saya tak bahagia pastu kena control dengan suami ke. Mana la tau kan. MUlut orang. Bersangka-sangka dia lagi banyak daripada fakta sebenar.

So, jangan pelik kalau pompuan yang dulunya vogue sebelum kawen, selepas kawen je terus dia jadi slow, tak bergaya, balik-balik pakai baju sama, tak berwangi-wangi dan tak bermekap. Itu maknanya, duit dia yang dulunya dia buat beli baju yg banyak itu dijimatkan untuk disimpan untuk kecemasan dan baju-baju lama yg dah ketat hanya dipakai untuk pandangan suami.



Tapi ada juga pompuan yg dah kawen, kat luar rumah dia kemain lagi maintain ke'vogue'an dia tapi balik umah, depan suami dia pakai baju selebet giler. Jangan cenggitu sahabat. Kat rumah tu yg penting. Kat luar, nampak buruk pun takpe. Atau pun, ada yang kat luar selebet, kat rumah pun tak kurang selebetnya. Hehehe.. So, ikut suka kamu la yer. Buat le apa yang masing-masing rasa baik. Kita semua manusia biasa. [cheh. tetiba.]. Semuanya terpulang kepada suami masing-masing. Ada suami yang suka isteri dia melaram dan ada juga suami yang tak suka orang lain tengok isteri dia melaram. So, semuanya bergantung kepada situasi masing-masing. Yang paling saya kagum, kalo luar rumah dan dalam rumah, pompuan tu tetap melaram. Kagum la..seriously.

Akhir sekali saya hanya nak kongsikan pendapat saya sebagai pompuan yg sudah berkawen. Semuanya bukan lagi tentang mahu atau rajin melaram atau tidak, tetapi sama ada 'sesuai' melaram atau tidak. :)

*Saya selalu je cemas nak buat entry tentang rumahtangga, tentang suami. Sebab confirm akan ada org yg kata saya poyoness. Mcm ko sorang je kawen kan. Tapi takpe la.. kalo suka, baca. Kalo tak suka, boleh beransur pergi ye. Wa chowww...
**Dan sbgai pompuan bujang pula, saya tahu mereka bukan melaram untuk sesiapa tengok, hanya sebab suka-suka. Betul tak.

Comments

  1. uishh..mau lari laki die klu camni...hikhik

    ReplyDelete
  2. Salam;
    tak tahulah nak komen apa..tapi bagi aku melarampun biarlah bertempat dan sesuai dgn Agama dan usia..dirumah pun ikut masa.

    ReplyDelete
  3. betul tu...bukan sebab malas...tapi bukan ker tak elok nak melaram2 kat luar.wat lebih2 dosa jer.yang ader pun tak taubat lagi...;)..kalo depan suami xder plak nak melaram sakan...bukan ker kalo depan suami lagi dapat pahala...mcm upin ipin kata...'nanti boleh masuk syurga'sekadar petikan...hihihii...;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya