Skip to main content

Julia Ziegler Serang Sharifah Shahira Kerana Gambit?

Sejahteralah ke atas kamu...

Ketawa bersembur bila baca artikel ni di RotiKaya.

Berikut adalah petikan drpd berita tu. Nak baca penuh pegi le sendiwi ke RotiKaya ye adik adik..

Julia Ziegler telah menyerang Sharifah Shahira yang merupakan kakak kepada pelakon muda Sharifah Nurul Sakinah (gambar paling kanan) dan mengeluarkan kata kata kurang senang sehingga menyentuh isu keluarga.

Kejadian ini di’sahkan sendiri Sharifah Shahira yang berjaya kami hubungi lewat petang tadi & berkata beliau agak terkejut dengan tindakan Julia Ziegler itu kerana tidak tahu menahu.

“Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awal’nya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan.”

“Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celupar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia di’situ juga.”

Menurut Sharifah Shahira sebelum menamatkan perbualan kami, beliau menyebut yang Julia Ziegler sudah pun meminta maaf kepada beliau selepas di’minta oleh Gambit Saifullah.

“Dia ada telefon saya balik kata minta maaf atas tindakan luar kawalan dia hari itu. Katanya, dia mahu marahkan Didie Alias tetapi terlepas kemarahan kepada saya. Eh, muka aku ada iras Didie Alias ke?”



Hanya kerana lelaki muka bacin tu pun sampai nak bergaduh serang-serang orang. Kalau betul la cerita ni, saya rasa memang tak sesuai la kan. Siasat le dulu. Dan kalau betul pun Gambit ada scandal dengan pompuan tu, nape nak serang pihak satu lagi tu?

Pompuan ni kan, kalo dalam bab-bab curang-curang ni, ada 4 jenis..

Jenis 1 : Marah Lelaki Je
- Yang ini adalah jenis saya juga sebenarnya. Kalau saya rasa lelaki saya buat perangai, saya akan marah dia je. Orang ke-3 tu takkan tau. Dan orang lain takkan tau apa yg saya marah dia. Pompuan jenis begini biasanya boleh membahayakan hubungan la kan. Sebab bila lelaki asyik kena marah je, bleh buat mereka bengang. Bila dah bengang, mereka akan cari ketenangan kat luar. Ketenangan kat luar itu ialah pompuan yg tak marah dia. So, kalau elok2 lelaki tu tak curang, bleh jadi curang sebab sikap sendiri. So, jenis ini bahaya tau. Bleh makan diri.

Jenis 2 : Serang Pihak Ketiga Je
- Jenis ini pulak, akan berani bersemuka dengan orang yang dia suspek sebagai pengganggu rumahtangga dia dan sempat berpesan, "jgn bgtau lelaki tu yang kita pernah berbual seperti ini". Pompuan jenis ini akan nampak baik depan lelaki tu, sebab tak suka marah-marah. Depan lelaki, dia akan tetap manja seperti biasa. So, dia akan lebih berjaya menjaga perhubungan dia dengan pasangannya. Kalau pihak ke-3 tu baik hati, taknak rosakkan rumahtangga orang, dia tentu terus senyap dan tak bercakap apa-apa kepada lelaki tu. Tapi kalo jenis yg takleh dibuli, pasti akan terbongkar juga. Dan kalo terbongkar, lelaki pasti akan lebih percaya pada pihak ke-3 daripada pasangan dia sendiri. Cuba buat kalo tak caya.

Jenis 3 : Lelaki Kena, Pihak ke-3 Pun Kena
- Yang ini lagi bahaya. Nampak sangat jahatnya. Lelaki bengang kena marah dengan dia. Pihak ke-3 pun bengang kena marah. Last-last lelaki dan pihak ke-3 saling meluahkan perasaan. Lama-lama makin rapat. Haaa.. baik-baik la ko.. *nampak jahat tu kalau dia main serang tanpa usul periksa la. Kalau betul mereka ada scandal, so make sense la nak serang, tp still perlu gunakan bahasa yang elok walaupun marah.

Jenis 4 : Dua-dua Tak Kena Marah, Tapi Makcik Pendam Perasaan Sorang-sorang Je. Huhu..
- Yang jenis ini paling kesian. Sebab dia tak pandai nak marah. Nak marah lelaki, tak berani. Nak pegi bersemuka dgn pihak ke-3 plak tak confident. Maka, terpaksa makan hati sorang-sorang je.

Saya tau saya tak boleh nak cakap besar. Sebab nasib setiap tak sama dan mana nak tau nasib kita suatu hari nanti macamana, betul tak? Tapi, saya harap setiap perempuan perlulah tertenang dan siasat baik-baik sebelum buat keputusan untuk serang atau marah orang bila dia rasa lelaki dia ada scandal. Kadang-kadang memang takde apa-apa pun. Dan orang yang dituduh pun memang tak pernah terlintas utk buat scandal. Malu tau tak kalo benda tu tak betul. Maruah kamu juga akan tercalar. Dan kamu otometik akan dianggap paranoid serta tak matang juga budush...

So gals, kamu jenis yang mana? :).

*Semua points ini adalah daripada pemerhatian saya, tengok drama, atau yang terjadi kepada orang2 terdekat dengan saya. Pengalaman sendiri hanya no 1 tu je.*

Comments

  1. aku xtau la.. nape bile dengar je name gambit ni, rase cam panas je minda dan sanubari aku ne... padahal aku xpernah berjmupe pon ngan bliau.. yang pompuan ni nak gadoh pasal makhluk tu nape ek... :)

    ReplyDelete
  2. salam;
    tak tahulah sbb ni pasal perempuan..cuma perempuan je yg boleh beri pandangan.

    ReplyDelete
  3. suka betul entry ni, banyak2 jenis tu, mcm mana pun i nak cakap pihak ke-3 tu kalau tak merenyam mcm mana boleh wujud kan?

    jenis no.2 tu plak pasal "jgn bgtau lelaki tu yang kita pernah berbual seperti ini"-penah kena ke?
    dan kalau jadi kat u, apa u buat ye? i rasa bini tu ckap mcm tu sebab dia tau perempuan tu mesti
    call laki dia nak mengadu domba, ni lah masanye nak tunjukkan dia sgt2 baik....padahal dia dah berbulu dah sikit2 nak kol laki dia je
    duit tggal rm2 pon nk ngadu kat laki dia
    (ni pun punca jugak, x semena2 ko nak kol laki org pesal?)

    jenis ke-3 tu- macam mana pulak boleh nampak sangat jahatnya? dia marah 2-2 kan?
    kalau dia marah u dengan laki dia, kenapa plak dia yang jahat?
    u wujud sbg pihak ke-3 mestilah sebab2 u yang merenyam kan? kalau tak merenyam mcm mana boleh timbul citernye?
    oopss ye la kalau dah gatal, mesti lah x nak ngaku sndiri jahat kan?(contoh la ni ye.....jangan mareee)

    cuba buat plak entry "KEBARANGKALIAN YANG TERJADI PADA RUMAHTANGGA AKU
    BILA BINI LELAKI YANG AKU KACAU TU REAVEAL SEMUA SMS/YM/EMAIL GATAL
    DAN MANJA AKU PADA LAKI AKU @ DALAM BLOG"-mcm mana? mesti ramai nak tau tu....haa mcm igt dia sorang je boleh tulis mcm2?

    *nak share kat blog u-i ni x de blog
    kwn sy pun ada facing prob mcm ni.
    dan last2 pempuan yang gatal tu terkahwin dgn lelaki yang mula2 taknak pun kat dia.
    lelaki tu siap kutuk2 pempuan gatal tu siap kata dasar anak haram!.
    dah tu masa nk decide nk kawen tu pun lelaki tu tanye plak dgn bini kepada lelaki yang pempuan tu kacau,
    nak pilih yang mana satu ye? dan si bini ni tadi pun suggestkan lah pempuan gatal ni
    memandangkan pempuan yang sorang lg tu dia x kenal sangat kan.
    kira nasib pempuan gatal tu kawen jugak la dgn lelaki tu walo dah dikutuk berlori2...yg kelakonye atas suggestion si bini ni tadi :D
    dan kawan i ni tadi pun siang malam berdoa satu hari nanti pempuan tu akan kena benda yg sama
    doa org teraniaya ni makbul tau! :)

    bukan apa, dia kata pempuan gatal tu ada blog jugak mcm u, suka suki nak kutuk2 dia asal boleh + x igt tuhan
    tapi herannye x mau plak dia tulis mcm mana dia bole terkawen dgn laki dia ke...atau punca2 menyebabkan bini org tu marahkan....
    manjang tulis dia baikkkkk je

    adiosss jangan lupa approve ye
    *psttt entry2 kecurangan mmg memenuhi blog u
    pengalaman u mmg superb!!
    apapun, kalau kita jaga akhlak kita, Allah jauhkan fitnah dari diri kita

    ReplyDelete
  4. Anon : Tq for the comment. Walaupun tak faham sgt jalan cerita tu. Tapi semoga Allah memberikan yang terbaik untuk hamba-hambanya. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....
    pandai jawapan u, pilih jalan selamat

    i igt u pandai tulis blog panjang2
    jawapan u bagi pun berNAS lah.... :)

    aniway..mmg susah nk faham...kalau faham pun hal org kan, baik buat2 x faham...x pe,
    nanti kawan i tu buatkan satu blog plak utk reveal semua sms2/ym/email perempuan tu kat laki dia....

    bukan apa, bosan asyik tgk perempuan tu je yang tulis mcm2....
    nanti kawan i tuliskan satu blog
    pasal sms + surat dlm blog pasal friendship forever la....a letter to dot dot dot la...
    (dah org menyampah tgk muka ko, lagi nak berfriendship2 dgn laki dia)

    nanti dia dah siap tulis.....kita review sama2....ramai tggu nak baca nihs.

    almaklumla..kat belakang2 mcm2 dah si bini ni tadi dikutuknye..dalam blog apatah lagi.....
    sabar tu kan separuh dari iman, tu yang dia diam je....bila diam mak ai melampau2 plak,
    agak2 la nak defend diri dah tau buat salah kan....
    (tapi mmg tabiat org bersalah memanjang nak defensive supaya merasakan diri x bersalah)

    kita tgk plak bila kawan2 terdekat,"cikgu2" + mak bapak dia plak baca......

    nanti i tepek sekali kat blog u ni ye......
    *Allah senantiasa memberikan yang terbaik utk hamba2
    nya-hamba2 tu je yang tak igt Allah (biasa manusia nak nampak baik sebut nama Allah byk2,nampak matang sikit)

    ReplyDelete
  6. Amboi, anon. Marah betul you ni ye. U mesti tgh dtg bulan kan? Hormon tak stabil tu. Tp i rasa bertuah kwn u tu, sbb ada kawan yg prihatin dan membela dia mcm ni skali. Syabas anon.

    Ok la, saya jwb dengan berNAS.

    1. "jgn bgtau lelaki tu yang kita pernah berbual seperti ini"-penah kena ke? - Saya penah kena dan kawan sy juga pernah kena. Tp semua tu hanya gurauan hidup.

    2. macam mana pulak boleh nampak sangat jahatnya? dia marah 2-2 kan? - jahat lah kalau dia serang marah tanpa usul periksa. Kalau betul mmg ada apa2, then kira okey la. Tapi jgn gunakan cara makian dan tuduhan. Tak baik.

    3. cuba buat plak entry "KEBARANGKALIAN YANG TERJADI PADA RUMAHTANGGA AKU
    BILA BINI LELAKI YANG AKU KACAU TU REAVEAL SEMUA SMS/YM/EMAIL GATAL
    DAN MANJA AKU PADA LAKI AKU @ DALAM BLOG"-mcm mana? mesti ramai nak tau tu....haa mcm igt dia sorang je boleh tulis mcm2?
    - Nak buat entry pasal ni saya tak de point yg banyak. Sbb isi entry ni simple sgt. Kalau isteri dia menggatal dgn lelaki lain masa dah kawen mmg la tak patut, tp kalau itu kisah silam semasa mereka belum berkahwin, pesti lelaki itu dpt terima. Manusia kan berubah.

    4. pengalaman u mmg superb!! - superb apa pulak puan Anon. Saya tgk drama melayu je.

    5. friendship forever la....a letter to dot dot dot la... - friendship forever lebih baik daripada love forever dgn suami org kan?

    Lagi apa ye yg i perlu jwb? Erm... tetiba entry ni jd panas plak. Maaf ye anon kalo entry ni mengganggu hidup u. I hanya nak highlight kan pasal , kalau jadi hal mcm ni, perlu siasat dulu betul-betul. Lepas dah confirm mereka betul-betul salah dan ada scandal, dah sampai tahap dating pegang-pegang tangan, tidur sebilik dan terlanjur. Kalau setakat khabar-khabar angin jangan la mudah percaya. Kirim salam kat kwn u tu ye. Rasanya semua dah selesai skrg kan? U ckp pompuan gatal tu dah kawen kan? So, yg dah lepas tu lepas le.

    ReplyDelete
  7. ooopss lupa nk bgtau
    "jgn bgtau lelaki tu yang kita pernah berbual seperti ini"

    yg ni i x penah kena...mak i kata, kalau kita x kacau org mmg x de lah gila org tu nk kata mcm ni kat kita kan...

    hhhmmmm x pe suatu hari nnt mesti u akan terpaksa kata kat org lain plak mcm ni ke? mana lah tau kan..dunia ni kan berputar2......x kan diberinya kita sntiasa di atas tul x? masa tu kita taulah kenapa kita kata mcm tu ye tak?

    ReplyDelete
  8. Eh, i ke yg akan kena mcm tu? Heheh... Jd, ni semua marah i ke? Tp i tengah cerita pasal Julia Ziegler. I tak penah pun kacau Gambit.

    ReplyDelete
  9. ehhh bukan u...pempuan gatal tu la....tu lakan..mmg citer pasal gambit, tapi disebab kan u pun masukk2n pengalaman u atau org lain tu....i pun terrmasukkan pengalaman kawan i ni...pempuan tu suka tulis menda yg sama mcm u...sikit2 psl kecurangan...sikit2 kecurangan.....

    mcm 24jam mengingati Allah ni...kecurangan tu 80% lah...suka dia kan citer2 gini....

    moga2 Allah memberi hidayah kepada mereka2 yang terkapai2 ni kan...amin

    ReplyDelete
  10. hoho.panasnyer entry kali ni.lama tak follow u, tertibe tgk byk plaks kumen2 ni,.sentap i, nyahss,.. cool2. jgn marah2, cool2 ja. ni opinion i plak :

    1 - butla aper pon u nak, tunggang terbalik, kaco laki org, pakwe org, tunang org atau sewaktu dgnnya,janji ingat : tiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya an balasan yg tersendiri.

    2 - kalaulah i yg kene mcm tu, i kan ttp jadi perempuan ke3, sbbnyer, Allah ttp jadikan sesuatu masalah beserta penyelesaiannya. so, kalu hisband i buat hal, i takkan dok menyinga marah dia sorang, sdgkan the 3rd party rasa dia betoi,.no no no.2 2 kena. sbb kalau 2 2 tak gatai, mana nak jadi punca nyahhhh!so to be fair~ 2 2 kena. dan kalau pastu nak sharing2, go ahead.kita tgk kat siapa betoi siapa salah kalu kita dok bwk pi mak mertua tgk!

    3 - ingatla hai siappa2 pon yg akan, sedang dan pernah berlaku curang. sekalipon dunia ni hang dok lepaih, takpa, jgn lupa Allah ada tuk bg pembalasan nti, tiap benda jahat hang dok buat kat org len, hang jap g kena balik batang idung, kalu tak kena kat hang, kena kat mak hang, adik hang, kakak hang, paling teruk, anka hang.so masa la, mmg takda kena apa, tp mana hang tau Allah tak bagi pembalasan setimpal kat hang satu ari nanti? jgn pikir waktu skrg ja.ce pikir waktu 10 taon, 20 taon.masa tu hang tgk, rasa nya camana

    4 - jadilah manusia yg ikhlas dlm buat apa pon, kalu hang wat slah, mintak maaf ikhlas2,kalau maafkan org, maafkan org ikhlas2, dan kalau rasa nak bahagia, jangan dok kaco hidup org.tu ja.sng cita.

    haa..bahasa utagha dah keluaq.so pepandaila sapa2 pon manusia yg bakal baca ni. i ni nuetral.kalau salah mintak maaf~ settle! peace yo!assalamualaikum

    ReplyDelete
  11. Ratna : TQ sbb singgah blog i dan komen. Komen anda sangat dihargai. Nampaknya saya kena selalu-selalu la buat entry pasal kecurangan ni. Sbb dpt sambutan. Kekeke.. Gurau je. :). Kontroversi sgt.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya