Skip to main content

Cinta Sihat dan Tidak Sihat


Sejahteralah ke atas kamu...

Bercinta memang la tersangat indah. Semua pun tahu. Bagi saya... Percintaan ada dua kategori. 1. Percintaan sihat. 2. Percintaan tak sihat.


1. Percintaan Yang Sihat Walafiat.
- Percintaan yang sihat ialah percintaan atau perhubungan yang serasi. Bak kata orang kampung Johnny Depp, ada chemistry gitew. Masing-masing menerima dengan terbuka diri pasangan masing-masing seadanya. Ok, itu ayat yg tersangat cliche. Saya sendiri bosan dah nak dengar ayat tu. Tapi nak buat mcmn. Ayat itu memang betul pun.

- Bila serasi, maka kamu dan pasangan memang sangat jarang rasa sakit hati diantara satu sama lain. Apa yang dia buat, kamu suka. Apa yang kamu buat dia suka. Suka itu maksudnya... suka betul2, dalam hati. Bukan pura-pura suka atau pendam perasaan.

- Bila kamu suka apa yang pasangan buat, kamu jadi tak kisah kalau dia nak pegi manapun. Kamu percayakan dia. Kamu tahu dia macamana di luar. Kamu yakin dengan kesetiaannya..

- Bila kamu dah yakin dengan pasangan kamu... maka, memang sangat mustahil untuk kamu bergaduh. Jadi, bila tak bergaduh... hubungan kamu dengan pasangan akan sentiasa baik. Baik yang bukan dibuat-buat. Yang bukan dipendam-pendam. Ini baik betul-betul punya. Nampaknya, key-word untuk perhubungan yang sihat ini adalah... 'tidak bergaduh'. Memang bergaduh itu perlu sekali-sekala. Tapi bukan setiap hari. Atau kerap. Perhubungan yang sihat ialah hubungan yang kita akan sentiasa rasa tenang dan happy walaupun bila pasangan tidak berada berdekatan kita. Perasaan 'secure' itu wujud.


2. Perhubungan Yang Tidak Sihat dan Demam.
- Kamu boleh kenal perhubungan yang tidak sihat ini jika setiap hari kamu rasa sakit hati dengan pasangan. Setiap hari kamu bergaduh pada every single thing yang pasangan kamu buat.

- Bila kamu setiap hari rasa sakit hati, maka kamu akan rasa tak puas hati dengan pasangan. Bila tak puashati, kamu akan rasa nak marah pasangan kamu. Rasa geram. Kemudian rasa tak sabar, lalu kamu lepaskan kemarahan kamu tu.

- Biasanya bila kemarahan sudah dilepaskan... tak fikir plak apa perasaan pasangan kamu kan? So, bergaduh. Bila dah bergaduh, kedua-dua pihak akan sedih. Kalau tak sedih pun, bengang. Bergaduh ni tak best la...

- Rasa sedih atau bengang tu kalau berlarutan setiap hari... akan menyumbang kepada perhubungan yang tidak sihat iaitu cinta yang tidak sihat. Memang hati kita sangat sayangkan pasangan kita. Semua orang sangat sayangkan pasangan masing-masing. Tapi kadang-kadang cara kita express kan sayang kita tu, boleh menentukan sihat atau tidak sihat hubungan kita dengan pasangan.


Kenapa saya menulis tentang cinta? Sebab banyak blog yang saya followed, saya baca kisah percintaan yang sangat jiwa kacau. Percintaan yang penuh rasa cinta tetapi menderita, makan hati. Lagi sesak dada bila yang bercinta itu adik-adik yang masih bersekolah menengah. Errmm.... Kadang-kadang saya plak yg terfikir ngape mereka ni tak fikir betapa jauhnya lagi perjalanan hidup mereka sebelum mereka berkahwen? Dan apakah destinasi percintaan mereka tu? Untuk berkahwin? Kalau bercinta umur 13 thn... nak kawen umor berapa? Berapa lama nak bercinta? Haihhh.. Serammmm akak bila baca tau...

Ok, berbalik kepada cinta sihat dengan tak sihat ni tadi... Wahai pencinta-pencinta semua... perlu ingat bahawa cinta itu untuk dinikmati keindahannya. Cinta sepatutnya berbahagia. Cinta sepatutnya gembira. Cinta sepatutnya seronok. Jika sebaliknya yang kamu rasa... maka kamu harus tahu bahawa cinta yang kamu miliki itu adalah CINTA YANG SAKIT. :)

*mmg la saya baru je kawen. Tapi pengalaman bercinta saya sangatlah tak baru. Pengalaman sangat membantu saya belajar tentang cinta. Hahah. Ayat cliche lagi. Hampun.

Comments

  1. Salam;
    bagi aku kalau cinta tak sakit tak best jugak..asik baik2 je,.bergaduh ni kadang2 perlu dlm setiap perhubungan..sebabnya fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  2. semoga mendapat cinta yang sihat..

    ye lah kak.. ramai skrg remaja2 seawal usia belasan tahun sudah mula bercinta.. sdgkan wAktu tuk berumahtangga terlalu jauh bagi mereka.. apakah matlamat percintaan di seawal usia itu yer~

    ReplyDelete
  3. alamak.. pasal inta lak.... saya ni kurang arif pasal cinta la.. xtau nak komen ape.. nak jadi kasanova xde package lak.. hehe

    ReplyDelete
  4. baca entry ko rasa nk menyanyi pulak..motiiipppp????

    ReplyDelete
  5. kalau slalu gadoh cmne ek? boleh kate selang 3 hari gadoh. ape yg perlu pasangan buat?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya