Iklan! Iklan! Sila Click!

23 September 2011

Tunggang Terbalik

Takpayah nak menafikan lagi bahawa dunia kita hari ni semakin pelik. Diantara 2 keadaan; yang benar dan salah manusia zaman sekarang akan lebih pandang rendah pada yang benar. titik.

Wanita yang berjubah dan berpurdah akan lebih dipandang pelik dan sinikal sedangkan pempuan yang pakai bikini berlari-larian di tepi kolam dipandang 'howttt' ~kipas muka guna tangan sendiri...

Lelaki tua yang comot dan mengutip tin aluminium dipandang jijik dan kotor sedangkan jutawan kaya-raya, berkereta mewah dan memandu laju di jalan persekutuan yg jammed, tetapi mendapatkan kekayaannya dengan cara yang haram akan lebih dipandang 'diva' oleh masyarakat.

Berkahwin tanpa bercinta akan dipandang sangat kolot dan tak up-to-date sedangkan berkaple sebelum bercinta itu dianggap sweet dan perlu demi utk mengenali hatibudi dan nurani pasangan serta mendapatkan keserasian.

Anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM akan dipandang mulia, bijaksana, pandai, cemerlang dan bergemerlapan sedangkan anak-anak yang sama tak pandai baca Al-Quran, tak solat dan tak tahu ilmu agama. Tetapi bila anak-anak tak lulus dengan cemerlang dalam semua exams tersebut maka dia akan dianggap sebagai, "takde harapan" untuk berjaya walaupun dalam ilmu agama dia cemerlang. ~Bukan nak kata ilmu duniawi tu tak penting tapi orang akan lebih cepat pandang hina pada org yg tak cemerlang dunia berbanding tak cemerlang akhirat.

Ibu bapa kepada anak-anak cemerlang itu tadi akan memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah sains berasrama penuh atau sekolah cluster sedangkan jika gagal diterima di sekolah sains, pilihan kedua adalah hantar anak pergi sekolah maahad tahfiz. Maknanya.... Ilmu tahfiz adalah second choice. :D peaceee..... jangan sentap.

Lelaki muda yang menghabiskan masa beriktikad di masjid atau menghadiri kuliah-kuliah agama akan dipandang 'skema' dan 'mat belia' sedangkan lelaki muda yang menghabiskan masa berseronok di club atau di kedai mamak pula dianggap cool dan sahabat sebenar.

Azan yang berkumandang di televisyen akan dirasakan amat lama dan membosankan lalu terus je sapppp, tukar channel lain sedangkan video clip lagu-lagu KPop WOnder Girls atau Glee yang geli-geli akan terasa cepat, laju dan pantas serta tak puas ditonton sebab kaki Wonder Girls cantik. Perghh.. *aku pon akan tukar channel kalo dengar azan yg dilaungkan oleh Amy Search. Tukar TV1 atau TV3 untuk dengar azan yang lebih mendamaikan telinga.

Lagi, apa lagi kamu rasa? Sila tambah, dialu-alukan.

4 comments:

  1. Salam;

    1.Laungan Azan dianggap menggangu ketenteraman awam.

    2.Perempuan tak dibenarkan guna tudung jika bekerja dipejabat atau Hotel..

    ReplyDelete
  2. Ye Yusuflaili. Tepat sekali. TQ di atas penambahan.

    ReplyDelete
  3. i suka glee.tp i paling suka akhil hayy~ ha.. okei wut.. :P

    ReplyDelete
  4. suke entri ni...2 la realiti orang zaman skrng...hanya mengejar keduniaan sahaje....

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...