Skip to main content

Troli Giant dan Brader Yang Bawak Perdana

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari raya ke 4 iaitu hari Jumaat, saya beraya beramai-ramai bersama family husband ke Pekan, Pahang. Lepas dah habis beraya kat umah-umah yg berkenaan, kami bawa haluan masing-masing. So, saya dengan husband pergi membeli lepas tu kami belah di pasaraya Cowboy dan Giant, Kuantan. Apalaaa... Nama jek dok KL, jarak umah dengan MidValley pun setanak nasik je... Alih-alih nak jugak shopping kat Kuantan. Pasaraya Cowboy hokey? *aku gi Cowboy sbb nak beli kuali bertelinga dan juga periuk besar. Senang aku nak memasak nanti. ~Memasak la sangatttt...


Fine. Tudung aku tak matching dengan baju. Hahaha...

Memula kami pegi Cowboy. Pastu baru pegi Giant. *alaa... sebenarnya kami shopping untuk org lain yg kirim beli barang. Sambil-sambil tu kami shopping le utk kami skali.

Sorry ye, intro panjang tak hengat. Sebenarnya nak cerita pasal masa nak balik tu. Kami bawak troli yg 'bapakkkkk penuh' dgn barang ke tempat parking. Pastu pada waktu yg sama kami nak keluar tu, ada satu couple husband and wife yg parked seblah keta kami. Kenderaan dia ialah truck kecik berlabel Felda. So, kami rasa mereka tu mestilah pengurus Felda. Kat belakang truck mereka tu ada selonggok troli kosong. Jadi, kalo mereka nak keluarkan kereta mereka, mereka perlu tolak la dulu trolleys tu. Saya rasa troli tu ada dalam 7 atau lapan la kot. So, apa yg wife tu buat, dia hanya tolakkan trolleys tu ke belakang kereta lain kat sebelah sana plak. Dan tambahan lagi satu troli yg dia sendiri pakai, dia tinggalkan tengah-tengah jalan. Bagus kan perangai dia?

Suami saya masa tu sibuk download barang-barang ke dalam keta. Saya plak hanya mampu menengok sambil mengumpat je dalam hati. Kalo semua orang bersikap macam tu, habis le. Takkan selesai la masalah. Sepatutnya semua org tau tanggungjawab masing-masing. Etika bermasyarakat dan di tempat awam langsung takde. Troli berlonggok tu pun sebab semuanya main tinggal je troli yg dah digunakan kat merata-rata. Seolah-olah, macam ko berak pastu sisa kumbahan tu tak flush. Next time bila org lain nak berak, org lain plak yg terpaksa setel kumbahan ko. Takkan la macam tu kan? Takkan la asal lepas untuk diri kita, kita dah tak fikir pasal orang lain? Kalau kita yg dtg-dtg nak guna toilet tapi terpaksa cuci dulu, mesti la kita akan maki dalam hati "dasar angry birds kaler hijau mcm halal punya manusia!!!". ~eh, ni aku marah pasal jamban ke pasal troli? Hahahah.. Lari dari topik la ni.

Bila truck Felda tu dah berlalu dan suami saya pun dah siap punggah barang-barang ke dalam kereta, manakala trolleys tu still berada di tengah-tengah laman... Saya pun bagi le cadangan kat suami saya untuk tolong pindahkan troli tu ke hujung sekali, supaya trolleys tu tak menghalang laluan sesape dan senang org lain yg baru dtg nak ambik trolley tu. Saya tau suami saya tu jenis yg berhati mulia dan bermoral tinggi. Jadi, beliau terus je setuju. Sebab beliau kata beliau mmg dah terfikir nak buat benda yg sama. [ye ke ni B? hahah].

Troli kat Giant ni bukan macam kat Carrefour. Yg mana bila mereka dikepilkan bersama, ada rantai yg ikat. Ini jenis yg asing-asing punya. Kalau kita susun dia berderet pun memang susah nak tolak semua sekali terutamanya bila nak pusing. Masa suami saya nak tolak troli tu, terkial-kial sorang-sorang... kami sempat tangkap sorang remaja lelaki yg kebetulan mak dia masuk kat tempat truck Felda tu. Bila family dia nak amik satu troli, suami saya terus mintak tolong budak tu tolak troli tu sama-sama dengan beliau.

Time tu jugak, ada satu keta Perdana bajet Porsche yang masuk ke satu tempat parking kosong berdekatan dengan kami. Dia dah tanak tolong tu, takpe la kan... Itu hak dia. Tapi air muka dia pandang kami macam kami ni bersetubuh di khalayak ramai plak. Muka dia kerek sangat sebab masa suami saya tolak troli tu, macam menghalang laluan dia nak pergi bergalok bershopping kat Giant tu. Alaa... Takkan lari Giant dikejar la bang. Disamping muka kerek tu, ada juga muka cuak takut troli tu terkena kereta Perdana dia yg dia ingat paling mewah dah tu kat seluruh planet. Pleaseee...

Entry ni bukan nak highlight kan pasal suami saya tolak troli tu. Tapi hanya nak bangkitkan kesedaran kita sebagai orang yg hidup bermasyarakat. Troli yg kita guna kat pasaraya, lepas habis guna selesaikan la baik-baik.. kalau malas sangat nak hantar balik ke tempat yg kita ambil, paling tidak pun letak la kat tepi yg tak melibatkan laluan kereta. Memang la tak logik kalau kita nak hantar balik masuk ke dalam pasaraya kan. Saya sendiri pun tak buat begitu. Tapi pastikan jangan sampai block kereta orang lain. Jangan sampai orang lain nak masuk parking pun susah. Kalau semua rakyat Malaysia ni bertamadun, kan senang citer.


Comments

  1. aku baru je marah pasal satu famili naik estima..tudung labuh n berlebai okeh..mcm tu la gak perangai nye..tolak troli kat belakang kereta org lain..padahal dekat je pun ngan tpt parking troli tu..

    ni la masalahnya org kita..bukan nak mengutuk golongan mcm tu..tp sebagai org yang mcm tu..tunjukkanla contoh yang baikkan..

    ReplyDelete
  2. btol2..taw gne jer kn..folowing u..folow me back yeah.. :D

    ReplyDelete
  3. btol2..
    lau da rse cam pnat sgt soping..
    ptot nye ltak lah troli somewhere yg x akn ggu owg..
    kan3..

    ReplyDelete
  4. selalunya yg berperangai mcm tu adalah famili melayu..opss mintak maaf.tapi melayu kalau dah bawak kete beso sket mula lupa diri.apa kes??huhuhu..

    ReplyDelete
  5. senang cite..angkut letak lam keta la troli tu..baru x block kete org..haha

    ReplyDelete
  6. BAGUS LA SEMUA ORANG BERFIKIRAN +VE, ALHAMDULILLAH MASYARAKAT KITA MELAYU AKAN JADI BANGSA YANG BERTAMADUN DAN D HORMATI OLEH BANGSA2 LAIN HEHEHE..TAPI SAYANG LUPA NAK CERITA ADA SORANG POLIS TRAFIK YANG BARU LEPAS BELI BARANG NAK KLUAR DARI GIANT TU YG TOLONG B TAU..SURI TELADAN YANG BAIK YG D TUNJUKKAN OELH POLIS TU :-) TABIK TOK HEHEHE

    ReplyDelete
  7. ni la akibatny kalau semua pentingkan diri sendiri kan.. bile diri dah lepas, xingat lak pasal masalah orang lain.... hempok je troli tu kat atas keta dieorang tu :)

    ReplyDelete
  8. kalau tmpt parking troli tu dekat..mesti hantar troli kat situ...tapi kalau jauh...troli tu letak ler kat laluan pejalan kaki...bukannya laluan kereta...bukan susah sgt pun...kan..

    ReplyDelete
  9. nie kena buat sistem barter blk ni..sapa amek troli, kna tinggal kn ic.bru xda dah org tggl troli lps tu kn :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya