Iklan! Iklan! Sila Click!

26 September 2011

Spinster Yang Memang Melampau Pun

Sejahteralah ke atas kamu....

Filem-filem yang ditayangkan di TV semasa raya hari tu mmg menyesakkan tali perut. Dah tayang tu takpe lagi, sebab time tayang tu pun memang waktu orang bz beraya. Tapi part ulang tayang banyak kali lagi lepas raya tu yg paling menyirap. Dah tu kebetulan plak waktu ditayangkan tu, saya memang tgh lapang dan melangut depan TV pastu channel lain semua tayangkan rancangan yg lagi takbleh bla. So, terpaksa tengok.

Sebenarnya saya hanya maksudkan 1 filem ni je. Andartu Terlampau Gedik 21 Hari Mencari What Ever. Sesungguhnya, pendek gemuk atau keburukan fizikal itu tiada masalah bagi saya sebab semua tu rupa yang Allah beri. Tapi kalo rupa buruk itu disulami dengan cara pembawaan yang salah, euwww.... hasilnya terjadi la perasaan menyampah yang membuak-buak dalam dada ni. Maksud saya, siapa lagi kalau bukan Heliza Misbon. Sape tengok filem tu pasti takkan lari daripada merasakan perkara yang sama, percayalah.

Ni kalau saya cerita lebih-lebih akan jadi mengumpat plak kan? Tapi tangan dan hati ni rasa macam meronta-ronta nak bersatu padu berkolaborasi utk mengutuk pompuan tu kat blog ni.

Filem ni sangat syok sendiri. Memang takde bitau dalam filem ni yang watak Nikki tu seorang yg cantik ke tidok, tp nampak gaya mcm Heliza Misbon cuba nak berlagak seperti pompuan anak orang kaya yang comel dan seksi serta mengiurkan. Sampaikan terdetik dalam betik hati saya, "dia ni tgh promosi diri dia sendiri ke supaya lelaki nampak diri dia tu cantik, hot dan bla..bla..bla..?".

Pastu dia langsung tak menjaga batas sebagai seorang wanita, peluk-peluk manja dengan Dato Rahim Razali. Pergi matilah dengan alasan ,"sekadar menjiwai watak". Ptuikh!!

Itu belum ambil kira aksi-aksi seksi yg nak promote diri sendiri. Takperlu la saya nak komen lebih banyak. Cukup dengan gambar ini yg dicuri secara berhemah daripada WartaHiburan.




Seksi yg takde kaitan sikit pun dengan jalan cerita. Nak suruh orang sedar akan ke'howt'an ko, takperlu seksi. Banyak cara lain yg lebih manis dan menjadi teladan yg baik untuk remaja.

4 comments:

  1. wow.... bulat..... eh, silap komen lak.. hehe... biasa la tu.. tu sume publisiti murahan kn.. hop dpt dibendung kan. org nak nengok kualiti sebenarkan...

    ReplyDelete
  2. Yang bulat sebenarnya nak ditayangkan dlm cerita tu..lelaki memang tak tengok benda lain dah hanya benda alah tu je yang jadi tumpuan..hilang dah mesej sebenar cerita tu.

    ReplyDelete
  3. takpelah kak..dia hawwwttt..aummmm... kita cold turkey? eh?

    ReplyDelete
  4. Aku dah takleh masuk category turkey dah. Ostrich dah ni.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...