Skip to main content

Amar Makruf Nehi Mujeko

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa dengar 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kan? Maksudnya menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.

Nak ajak orang buat kebaikan tu kacang je. Kita boleh buat muka seposen je ajak orang, "Jom sedekah pisang kat masjid nak?". Kalau orang tu nak ikut, bleh ikut. Kalau dia tanak ikut pun biasanya kita tak paksa betul tak? Pendek kata... banyak cara kita nak buat kebaikan. Bleh belanja kawan. Bleh tolong orang buta melintas jalan. Bleh selamatkan lipas yang tersepit celah tudung saji. Macam-macamlah. Itu kalau cerita tentang nak buat kebaikan.

TAPI.... part yang satu lagi iaitu 'MENEGAH KEMUNGKARAN' itu adalah sangat-sangat sukar. Mana tidak sukarnya kalau kadang-kadang kita pun berbuat mungkar jugak. Hehehe. Contoh paling senang; membuat ketupat mulut ataupun mengompat. Secara sedar ke tak sedar, kita pun mengumpat orang juga... jadi agak susah le kita nak tegah orang mengumpat. Ye dok? Lagi satu kita pun nak jaga persahabatan. Kalau sahabat rapat kita yg kelihatan mungkar, kita segan la nak tegur. Kot-kot apa yg kita tegur tu hanya kita je yg nampak salah sedangkan orang lain nampak betul. Ataupun mungkin kita takut dikatakan 'POYO' oleh orang lain. So, kemungkaran berlaku depan mata.... kita bior jek la. Dah tu? Macamana nak nahi mungkar ni?

Fenin~

Comments

  1. Salam;
    dari pandangan mata sesama manusia..memang apa saja yang kita buat ada saja andaian dan prasangka dari org ramai...tapi dari pandangan Tuhan apa saja yang kita buat baik yang buruk mahupun baik pasti ada ganjarannya..terpulang kepada kita nak pilih yang mana.

    ReplyDelete
  2. betullah statement bla smpai kat p'sahabatan tu. mmg susah..

    ReplyDelete
  3. first time amal makruf nehi mujhko..heheheh..klakar klakar.....tapi tula..nak menegah kemungkaran tu mmg susah, nak lagi yg buat tuh org terdekat ngan kita kan

    ReplyDelete
  4. Hi lyd, terima kasih melawat. selamat hari raya! ;D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya