Skip to main content

Sunnah Rasulullah Yang Sudah Tak DiPraktik

Sejahteralah ke atas kamu...

Kita tahu, bahawa Nabi Muhammad adalah orang pertama yang memberi salam jika baginda bertemu dengan sesiapa pun, walaupun orang yang tidak baginda kenali. Baginda mengajar kita supaya memberi salam. *Beri salam itu sunat. Dan jawab salam pula wajib.

Tapi kan... kalau zaman sekarang ni.... Katakan ada seseorang yg bila dia jumpa orang je, dia beri salam walaupun orang yg dia tak kenal. Apa tanggapan kita pada orang tu? Jujurnya, saya anggap dia 'sumthing wrong somewhere' tapi dalam mode yang masih berbaik sangka - mungkin dia memang peramah. Sedangkan apa yang dia buat itu adalah betul dan sedar tak bahawa cara kita ni yang salah dan semakin menyimpang dari sunnah Rasul. Pedih tak hati bila kamu sendiri mengakui fakta ini benar.

Pastu, kita plak hanya akan beri salam pada orang yang kita kenal je. Oppss... Chup! Beri salam ke? Rasanya beri salam pun tidak kan? Setakat senyum je tanpa bertegur sapa. Tu pun kadang--kadang sengaja buat-buat tak nampak sebab malas nak senyum.

Bukan setakat beri salam je. Akhlak pun sama. Kadang-kadang kita hanya berbudi bahasa hanya dengan org yg kita kenal je. Bila org tu kita tak kenal, kita terus rasa mcm takperlu nak buat baik.

Nampak tak? Ini satu lagi perkara yang benar tapi nampak salah, dan perkara salah nampak benar. Seseorang yang beri salam pada setiap orang yang dia jumpa kita akan rasa dia pelik, tapi kalau tak beri salam tu kita rasa tak pelik. Pastu kalau sesiapa yang berkaple dan bercinta sebelum kawen tu kita nampak normal tapi kalau terus kawen tanpa bercinta kita nampak tak normal. Maaf, bukan nak condemn sesiapa. Tapi cuma nak beri gambaran sebenar masyarakat kita sekarang. *Saya juga tak beri salam pada org dan dulu pun penah juga bercinta walaupun tahu ianya tak elok. Kita kan rakyat Malaysia. Semuanya BOLEH!

Suka atau tidak, perkara benar dikatakan salah dan perkara salah dianggap benar itu adalah salah satu daripada fitnah Dajjal. :) Peace....


*Maaf jika saya terpoyo. Citer katun pocoyo.

Comments

  1. Salam;
    saya setuju apa yang merisaukan tuan punya blog..manusia kini yg pelik diagungkan dan yg benar dipelikehkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...