Iklan! Iklan! Sila Click!

15 August 2011

Seorang Guru Agama Dituduh Meliwat!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Gempak betul tajuk entry. Tapi sorry, entry ni bukan nak cerita detail tentang guru agama yang buat jahat ni, tapi cuma nak complaint skit pasal cara berita-berita begitu dikeluarkan sama ada di TV atau surat kaba.

Ok, mula-mula saya nak tanya. Apa perasaan kamu bila kamu dengar atau baca tajuk berita macam tu? Guru agama? Meliwat? Eeuuww... Kejinyer... ? Dah la guru agama. Dia mengajar agama, tapi dia buat jahat. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni....???

Mesti sedikit sebanyak macam tu yang kita akan fikir betul tak? Eh, ke saya sorang je rasa macam tu? Alamak.. Malu plak rasanya. Walau apa pun yang kamu terfikir, saya pasti persepsi kamu terhadap berita itu pastinya negatif.

Saya pun tak paham, apa motif media utk keluarkan tajuk berita macam tu. Contohnya kalau Bulaton Otomo kat TV30, laporkan berita itu. Nada pembaca berita semasa membaca tajuk berita tu plak kerek gila. Sedangkan kita yang Islam ni pun akan terasa "eei, teruknya la guru agama tu", habis tu apa plak persepsi orang bukan Islam yang dengar? Kalau kat surat kaba pojok Motre plak, siap kuar jadi tajuk utama muka depan 'GURU AGAMA ROGOL KUCING'. Orang Cina, orang India walaupun mereka tak beli surat kaba Motre tu, mereka akan dpt baca juga kalau mereka lalu lalang kat depan kedai surat kaba kan? Dah tentu berita tu kat muka depan. Kamu rasa apa yang mereka akan fikir? Makin bertambah berminat dengan Islam ke tak agak-agaknya? Fikir sendiri la kan.. Kalau orang menghina agama Islam, kita terus meloncat. Marah. Tapi kadang-kadang kita sendiri la jugak yang memberi sumbangan terhadap punca penghinaan yang diterima tu.

Mungkin niat media tu nak hentam pihak keagamaan ni hanya nak tunjukkan bahawa 'guru agama tak semestinya baik'. Atau 'orang yang tau pasal agama ni bukan semuanya boleh dipercayai'. Tapi silap la percaturan mereka sebab kesan berita begitu akan terkena agama Islam itu sedikit sebanyak.

Sebab itulah dalam rukun Iman, hanya ada 6. Ingat lagi tak keenam-enam itu murid-murid?

  1. Beriman kepada ALLAH
  2. Beriman kepada MALAIKAT
  3. Beriman kepada KITAB
  4. Beriman kepada RASUL
  5. Beriman kepada HARI KIAMAT
  6. Beriman kepada QADA' dan QADAR


Hanya itu saja rukun IMAN kita. Takda pun termasuk 'Beriman kepada GURU AGAMA' atau 'ULAMAK' atau 'USTAZ'. Jadi, sebab tu la... seseorang itu, kalau dia mengajar tentang agama Islam kepada kita, tentang ilmu atau apa sahaja yang baik, kita ikut. Kita jadikan pedoman selagi dia tidak bercanggahan dengan Islam. Ilmu yang dia ada lagi banyak, tak salah kalau dia nak kongsikan dengan orang lain. Kita pun akan dapat manfaat. Tetapi bila dia buat jahat, takyah le ikut. Sebab dia manusia biasa macam kita juga. Dia juga digoda oleh syaitan yang sama menggoda kita. Dia juga ada nafsu sama macam kita. Malah mungkin dia diuji dengan lebih kuat lagi oleh Allah utk membuktikan keimanan dia.

Apa yang guru agama buat jahat itu memang la tak patut, sebab sepatutnya dia tau ilmu agama, dia kena la amalkan apa yg dia tau. Zaman sekarang plak. Kita ni terdedah dengan berbagai-bagai peluang untuk berbuat jahat. So, tak kira la dia tu ustaz ke ulamak ke, dia masih tetap terdedah dengan godaan-godaan dunia.

Saya bukan nak membela golongan ustaz yang buat jahat ni... Tapi pihak media pun tolong la... Takyah la nak menjatuhkan agama Islam. Tau le rakyat Malaysia ni suka sangat dengan gossip. Kalau tulis berita tu, mesti nak kena masukkan profession orang tu sekali ke sebagai tajuk utama? KETUA HAKIM DISONTOT. AKAUNTAN PECAH PINGGAN. AMAH LARI DALAM GUNI. DOKTOR JUAL ORGAN PALSU. ARKITEK LUKIS DESIGN BURUK NAK MAMPUS. macam tu ke? Punya la nak provoke orang untuk beli surat kaba dia atau tengok berita tu sampai habis. Murahan la publisiti macam tu Joe. Serius.. Murahan. Murah! Murah! Mari beli. Beli 1 percuma 20. Ok.. main-main plak. Apa salahnya kalau tulis je, "Wanita Ditangkap Berkawad di Tengah Jalanraya", walaupun mungkin dia tu seorang ustazah. Kan lebih elok.

Pesan saya... kita sama-sama la improve diri kita. Yey!! Kalau ikutkan, panjang lagi aku nak berleter kat media Malaysia ni. Tapi cukup la pendek ni je entry aku. ??? Pendek??? Really?? Hahaha...

1 comment:

  1. ni semua tektik nak lakukan suratkabo la nih.. tajuk je gempak,,cite dalam aiseh..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...