Iklan! Iklan! Sila Click!

03 August 2011

Semanis Kurma, Manisnya Kurma Ini


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...


Ustaz Wan Akashah berkata, cara untuk bahagia ada 3, iaitu :-

  1. Jangan banyak merungut. - contoh kalo driving, traffic jammed, pastu mulut kita tak berenti menabur berpatah-patah perkataan yang lebih banyak 'asterisk' daripada huruf roman. Ustaz kata, tak baik. Let it go je. Walaupun mungkin org lain driving mcm 'haiwan yang suka melanggar batas', kita anggap je mereka sedang dalam kecemasan. Saya plak, kalau berada di situasi ada kereta cucuk angin kat belakang kereta saya, saya hanya anggap pemandu kereta itu tengah nak cepat sebab nak berak cirit pastu cirit tu dah keluar skit kat lubang dubur dia. Kot?

  2. Jangan suka menyalahkan orang lain - apabila menerima musibah atau kesusahan, jgn la cepat sangat melatah lepas itu terus je menuding jari hantu ke muka orang lain sambil berkata "f**k you!". Apa-apa hal pun kena terima, kena redha dan anggap la semuanya kerana ada kelemahan kita sendiri juga. Kalau kita suka salahkan orang lain, percayalah.. hati kita akan sentiasa sakit dan rohani kita tak sihat.

  3. Jangan menyesali perkara yang sudah berlalu. - Perkara yang dah lepas tu lepas la. Jangan pandang belakang congkak tentang peristiwa lama. Sila pandang ke depan karom je lepas ni. Bila bercakap tentang menyesal ni, ada sorang manusia yang bermulut longkang. Kenalan saya. *Kawan pun bleh kot. Dia ni tanya saya, "Macamana perasaan selepas kawen?". So, saya kata la... best. Seronok la kan. Pastu dia tanya lagi, ada tak saya menyesal sebab saya kawen lambat? Terus je saya jawab "Tak. Siap bersyukur lagi ada.". Tapi si longkang ni tak puashati. Dia memang suka menang kot. Pastu dia bleh kata yg saya ni sengaja beri jawapan macam tu sebab nk menyedapkan hati sendiri sebab dah kawen lambat. What the frog?????? Saya cakap terus terang je.. Saya bersyukur sebab saya kahwin sekarang, dan bukannya awal-awal dulu masa saya muda. Sebab masa tu saya sgt baran, hangin, moody dan mood swing tak tentu hala. Mungkin sebab tak matang kot. Jadi, bila usia saya dah makin matang ni, saya dah tak perlu nak lalui pergaduhan yang tercetus kerana sikap peribadi saya. Lagipun, buatapa bah ko mau menyesal? Jodoh ni bukan ko yang tentukan. Allah juga yang beri. Dan saya kawen lambat pun bukannya saje-saje dah ada calon tapi nak kawen masa umur 31 thn? Tak logik kan? Bagi saya juga, orang Islam... tak sepatutnya mempersoalkan nyesal tak menyesal terhadap sesuatu perkara. Semuanya adalah ketentuan Allah. Qada' dan qadar Allah. So, nak pertikaikan kenapa. Haahhh... Tak pasal-pasal plak saya emosi. Tu la... punggung yang berbisul, jgn dicubit. Nanti bila rasa bisa, tindakan reflek dia bleh dapat penampar.


Kalau kita nak bahagia, kita perlu lebih banyak 'redha'. Redha tu macamana nak buat? Maksudnya, kita terima hakikat. Walaupun untuk hakikat yang susah. Tapi kalau kita belajar terima hakikat, insyaAllah hati kita tak sakit. Kalau hati tak sakit, kita akan lebih bahagia walaupun kita takde duit yg banyak untuk shopping tanpa risau duit habis utk bajet bulan ni.


Rasanya... itu aje la kot untuk dikongsi pada hari ini... Nasik lemak biru, esok je la ye. Semalam saya masak Asam Pedas Ikan je. Sebab nak habiskan ikan minggu lepas yg tersimpan dalam peti sejuk LG kesayangan ku itu.


1 comment:

  1. seronok baca tazkirah pagi2 ni...
    betul segala2nye kita kena redha...
    ucu selalu jumpa mahluk yg mcm ni....
    cara yg plg senang nk ajar mahluk mcm ni buat dot no jer...sampai bila2..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...