Skip to main content

Saya Kuat Berangan

Sejahteralah ke atas kamu...

Berikut adalah perkara-perkara yang saya MAHU dan TAK MAHU lakukan jika saya ada anak nanti. Salinan kepada : En Stormpong.


MAHU :
  1. Beri nama anak dengan sepatah perkataan sahaja. Senang dia nak bawak nama dia nanti. Kalau boleh, nama sepatah tu pun biar ada 2 atau 3 suku kata je. Kadang-kadang rasa nak letak nama dia bermula hurup A. Biar masa peksa nanti, nama dia mula-mula skali. Pastu kalo time ujian lisan, dia kena panggil dulu. Hahaha.. Acah je. Tak baik membuli anak sendiri. Contoh : Anabella. Fuh.. nama kebaratan. Owh.. takleh. Nama tu ada 4 suku kata.

  2. Nak amik gambar masa dia tengah buat aktiviti menarik@kelakar. Pastu nak letak dalam album koleksi aktiviti dia. Tapi saya rasa semua orang yang dah ada anak setuju bahawa bila dah ada anak, tak sempat ko nak amik gmbrnyer derrr. Lagipun nak amik gmbr anak-anak ni mencabar. Dia suka duduk tak diam. Then kadang-kadang masa dia tengah buat aktiviti dia, elok-elok je bila kita nak rakam, dia lari atau terus tak buat dah. Biasanya anak-anak sedara aku gitu le perangainya.

  3. Mahu belajar menjahit dan jahit sendiri baju melayu atau baju kurung atau baju gaun atau apa-apa je baju utk anak-anak. Kalau anak pompuan la best. Bleh buat gaun kain cotton sendiri. Tapi seperti biasanya, saya ni hanya hangat-hangat taik lalat. Plan gempak habis. Tapi tak buat. Takper... berangan bukan kena bayar. *En Stormpong.... nak mesin jahit satu, bleh tak?...

  4. Kalau nak cerita tentang anak saya di blog, saya akan create blog account yang baru. Takmo campur-campur dgn blog merapu saya ni. URL blog tu je saya akan beritahu mereka nanti. URL blog merapu ni akan dirahsiakan. Itu pun kalo rajin le. Tapi biasanya malas.


TAK MAHU :
  1. Tak mahu pakaikan baju yang bertali halus kalau anak saya pompuan nnti. Sebab ntah le. Nampak tak elok walaupun dia masih kecik. Tapi tak tau le, kot-kot dah ada anak pompuan nanti saya pakaikan juga kan? Saya rancang je. Hehehe...

  2. Saya tak mahu anak saya nanti, jaga gigi susu dia betul-betul. Bior gigi dia rosak atau rongak. Supaya nanti bila tumbuh gigi kekal, akan tumbuh betul-betul elok muat-muat kat gusi. Huhu... Sebab mak dia ni la contohnya.. Gigi tumbuh berterabur sebab masa gigi kekal tu tumbuh, gigi susu masih belum tercabut. Jadi le gigi tak sama sampai ke besor. Tapi kang susah plak nak suh dia sayang gigi bila dah besar yer? Erm.. takper, part tu saya serahkan le kat ayah dia nanti kan? Hahaha.. *part susah bagi kat suami.

  3. Tak mau ajar anak tidur sekatil dengan saya dan suami. Hehehe.. Ngaco daun je kang. Kalau boleh nak dia jadi seorang anak yang kental dan berdikari macam mak dgn ayah dia nanti. Ceh, cakap je lebih. Ntah-ntah kang bila ada anak, suami saya plak yg saya ketepikan pastu saya tidur dgn anak kat ateh katil. Hati seorang ibu ni kan lain. Anak tu tetiba jadi lebih disayangi berbanding suami. Pernah saya tengok ada sorang baby ni mcm umur dia 2 tahun kot. Masa tu kat MidValley semasa tunggu En Stormpong solat. Anak tu pun ayah dia yg jaga. Mak dia solat kot. Anak tu duk atas stroller [betul ke aku eja ni Bedah? aku hentam jek], pastu dia ek-ek skit, pastu tidur je sorang2. Senang. Takyah nak meragam. Dah la comel. Bila saya pandang dia, dia senyum. Pastu sambung ek-ek..


Relax la korang... Saya tau ni semua plan yang merapu dan mana boleh nak jangka anak-anak ni macamana betul tak? Setiap anak ada karektor sendiri yang kita takkan tau macamana sehingga la kita jaga dia. Saya saje je buat entry ni. Haa.. lagi satu, saya bgtau je la terus. Saya belum pregnant. Tapi memang nak menghala ke arah itu. Cuma belum ada rezeki lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya