Iklan! Iklan! Sila Click!

19 August 2011

Pilih Kasih


Sejahteralah ke atas kamu...

Cuba tengok gambar ni....


Nampak yang halus-halus warna putih hijau tu. Macam rambut uban kena highlite kaler hijau. Masa nak amik sayur rambut uban ni, saya tanya pekerja restaurant tu, "apa ke bende ni?". Then beliau jawab "Ini adalah taugeh". Togeh ke kurus cenggitu? Beliau menyambung lagi... Taugeh ni import punyer. *tak tanya plak dari negara mana. Fuhh... kalo import, kenala saya try. Tak boleh dibiarkan ni. Kalau tidak, sia-sia je datang jauh-jauh untuk berbuka puasa.*Jauh la sungguh.

Saya ni tak gemar togeh sebenarnya. Kalau setakat taugeh kacang hijau tu, tak pandang punya. Hahahah berlagak nak mampus. Tapi bila dengar je togeh tu 'imported', tetiba je terus jadi gemar. Melampau tak?

Orang lain mungkin dah biasa jumpa dengan togeh ni, tapi saya baru je first time jumpa. Maklumle.. Kat Sungai Lembing takde togeh ni. Saya google tadi, nama togeh ni ialah Alfalfa Sprout. Maksudnya, togeh alfalfa. Biasanya togeh kacang hijo.

Rasa togeh ni boleh-boleh le. Macam rasa makanan kambing skit-skit.[*eh, bila masa plak aku tau rasa makanan kambing cemana ni? ~kantoi!]. Tapi rasanya lebih kepada daun-daun berbanding togeh biasa yang gemuk dan banyak air tu.

Itu je la cerita tentang togeh. Hahaha... Ni la yang seronoknya ada blog. Pasal togeh pun bleh citer kat blog.

5 comments:

  1. haha.. toge rase kambing.. lawak2. ketam pun baru dengar ttg ni..

    ReplyDelete
  2. Makanan kambeng tu maksudnya mcm rumput2 atau daun-daun la.. * adehh.. kantoi lagi aku ni suka makan makanan kambeng. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. aku pn tak mkn togeh kak..kena try ni :)
    bebuka kt mana ni?

    ReplyDelete
  4. Ina : Kat Holiday Inn Glenmarie Shah Alam. Tapi takde la sedap sgt. Tapi sbb dia imported tu yg aku selok skit.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...