Iklan! Iklan! Sila Click!

13 August 2011

Pengalaman Semasa Ramadhan Yang Cuba Dilupakan Tapi Tak Boleh


Sejahteralah ke atas kamu...

Tajuk entry pun dah panjang bersepai. Inikan pula isi kandungan entrynyaaa... Saya ada satu cerita nak kongsi dengan kamu, my blog reader...

Satu hari di bulan Ramadhan pada tahun 2009, saya ikut kawan-kawan ofis berbuka di Hotel ShangRi-La Kuala Lumpur. [Macam bagus je bunyinya ye. Konon-konon kaya la benor. Padahal bukan aku bayar pun. Vendor yang belanja. Aku tumpang je la. Nak tunggu aku sendiri yang 'tergerak hati' untuk pegi berbuka pose kat Shangri-La bayar sendiri, sampai matahari meletup pecah 18 pun belum tentu aku pegi. Huhu... Mehei bai.]

Saya ni sebenarnya kurang berbakat dalam bab-bab makan buffet. Sebab saya tak kuat makan *dulu la, skrg cuba bawak aku pegi buffet, tgk berapa timbun aku makan..*. Waktu tu, kalo pegi makan buffet, saya terjah Abg Nas rambut ketak dessert je. Dessert itu adalah pencuci mulut bagi yang tak pasti. [Nak basuh mulut, basuh le guna air dan sabun woi... Ada plak nak guna makanan. Tu melantak namanya.]. Biasanya buffet kat Hotel lain yg saya pegi, dessert dia biasa-biasa je. Setakat kuih2 tradisional yg ala kadar, kek dan ais krim, pastu cendul tu biasa je. Tapi kat Shagri-La, dessert dia... perghhhhhhhhhhhhhhhhhh..... bersembur air liur kalo tahan makan. Kuih tradisional, dengan kek yang memang ikhlas punya ingredient sebab kalo coklat, memang chocolaty habis, kalo cheese memang cheesy habis, buah-buah dia plak tak main le buah2 tembikai ni. Letak strawberry terus. Siap dengan coklat fountain. Fuyyohhh.. Rasa nak berenang dalam coklat tu. [Bajet diri kau kecik sangat Lydi..]. Ada ais krim, ais kacang, coklat mousse, pudding bla..bla..bla..bra..bra...bra.. [oppss.. lucah... bulan pose ni sila sopan.].

Makanan lain pun tak kurang hebatnya. Ada banyak booth. Dari Western sehingga la ke Oriental semua ada. Termasuk makanan tradisi melayu dan india dan cina. Tapi kalau dah sakai dgn dessert, keluar la sup sirip yu + serbuk emas pun, memang tak pandang dah semua tu. Saya pun dok pulun semua dessert yg ada. Saya cuba semua. Rasa seperti di kilang Willy Wonka Chocolate plak. Tinggal lagi tak naik sampan dalam sungai coklat je. Kebahagiaan itu sukar dicari ganti. Percayalah.... [muka terkebil-kebil dengan mata bergenang air mata, pastu tangan kiri genggam tangan kanan mintak simpati.].

Lepas makan coklat banyak giler, tiba la masanya untuk balik. Kawan-kawan ofis pun dah bangun dari kerusi. Mereka semuanya lelaki. Saya sorang je pompuan. Sebab masa tu, saya belum kawen. Buka pose pun sorang2 je kalo tidak. Sebab tu kawan2 saya ajak saya berbuka di luar. Masa tengah jalan nak balik tu, perut saya dah bersenandung lagu Melayu Deli kisah penderitaan ditinggalkan kekasih. Pergolakan dalam perut saya tu saya dapat rasa dengan jelas. Kepala pun dah pening ting tong. Tekak pun rasa tak dpt nak handle lagi... Lepas tu.... saya terus termuntah di khalayak ramai kat lobby hotel tu selepas penyambut tetamu ucapkan terima kasih kepada kami sebab dtg hotel dia. Habis semua warna koko je yg keluar. Bersembur laju giler. [Eh, disgusting nya cerita aku ni pasal muntah. Sorry wei. Aku terlalu hanyut dibuai kenangan lalu. Eceh.].

Ko percaya ke aku muntah kat lobby? Hahahah.. Tipu je. Saya mesti la jaga reputasi saya. Pergi toilet la utk keluarkan semua tu. Dan saya rasa, itulah makanan berbuka yang paling membazir skali seumur hidup saya. Sebab tak sempat sejam pun duk dlm perut, dah keluar semula. Demm! Penat saya pegi ulang-alik amik dessert tu. Pastu kunyah lagi. Penat tau tak mengunyah ni. eii.. apa nak jadi.. apa nak jadi.. dahulu bujang sekarang dah kawen.

1 comment:

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...