Skip to main content

Mimpi Yang Buat Sakit Hati Je


Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tengok citer Transformers : Dark Side of The Moon pada hari Ahad lepas. Jam 12.20am. Awal pagi. Tengok midnight, you. Siang Sabtu tu, dah berpenat iron baju bersama-sama En Stormpong sampai ke petang. Balik tu terus pegi MidValley, makan kat Sushi King.

Nampak seiras la ... Cawan sushi king tu...
Banyaknya lemak kat tangan aku. Ohoiii!!! ~Gmbr yg konon-konon seni tapi tak seni.

Ok.. meleret banyak. Lepas makan sushi, kami balik umah dulu pastu jam 12mlm baru dtg balik ke MidValley. *Konon-konon balik umah untuk berehat atau senang cakap, nak tido sebelum tengok midnite movie... Supaya tak tertidur di kemudian waktu. Heheh..

Dipendekkan je la cerita ye [apsal aku terdengar ada orang berkata, "Alhamdulillah" di dalam hati? Hahaha.. Ada yang bersyukur sebab aku ringkaskan cerita kan??], bila dah masuk dalam panggung, dan bermula tengok betapa bestnya movie Transformers tu... Kami tengok 3D. Seriyes cool giler. Rasa mcm ni le movie 3D yang paling berbaloi utk ditonton selain Alice and Wonderland. Sebab.... ntah la sebab apa. Sebab apa ek ko rasa? Aku tak sure, tapi rasa puas hati dengan gambar 3D tu.

Pastu walaupun movie tu best kuasa 13, ntah bila saya pun tak perasan, saya tertidur jua... Huwarghhhhh.... Menci... Menci... Rugi duit aiiii... So, saya tengok 'on and off la movie tu. Tapi dalam pada tengok 'on and off' tu pun saya masih lagi dapat memberi kesimpulan bahawa movie itu memang best. Dah tertidur tu satu hal la kan... Tapi yang paling hangin buat saya terbakar, bila tertidur tu siap mimpi plak tu. Mimpi belajar buat kuih 'cara gula' yang warna hijau tu. Eeiii... Geram je rasa. Time tertidur dalam wayang bleh plak mimpi belajar buat kuih. Nampak sangat kuat melantak.. Tak faham sungguh aku. Dah tu movie tu, semua part yg saya tengok semasa saya terjaga, semuanya best. Mesti part yg saya tertidur tu pun best jugak. Adeh... Sabor je la dengan ko ni Timahhhh...

Saya ni memang kalau tidur, kuat mimpi. Mimpi tu plak biasanya ntah hapa-hapa punya mimpi je. Contoh pagi tadi, masa nak bangun pergi kerja... Saya boleh mimpi saya baring kat sofa di ruang tamu dengan En Stormpong. Pastu ntah mana datang tetiba ada anak buah saya, si Amaluddin kat celah sofa tu. Lagi sekali tak tau mana dtg, ada pencuci muka Safi Rania GOld kat tangan dia, dia main pencuci muka tu pastu habis seluruh tangan dia jadi purple. Dalam hati saya masa tu sempat plak terdetik, "Oooo.. Safi Rania Gold ni warna purple ke isi kandungan dia? Rasanya macam warna Gold sebab kadang2 saya curi2 pakai pencuci muka Zatul yg dia tinggal kat atas sinki umah saya tu. Pastu bila si Amaluddin dah habis purple semua, saya rasa perbuatan dia tu sangat le comel dan adorable, maka saya nak amik gambar dia. Kemudian, lepas satu, satu le saya layan dia dalam mimpi tu, punyalah sengaja keluar mimpi-mimpi lalai macam tu supaya saya bangun lambat.... Haddoiii... Geram sungguh.


Itu je la saya nak cerita.. Kat bawah ni gambar Yee Mee Goreng yang saya buat hari Khamis malam lepas. So, pagi Jumaat tu sekali lagi saya paksa asben saya bawak bekal pergi ofis. Muahahahaha...... Gelak golek-golek... Tetiba je saya rasa lapar mcm nak makan yee mee goreng.. Nyumm... Sedap ni tau, walaupun takde seurat sayur pun saya letak dalam ni. Kehkeh.





Comments

  1. sekali sekala dapat tgk wayang dgn org tersayang ni, best gile,mungkin sekali setahun je la tgk wayang kot hehehe cerite tu mmg best tp ada plak org boleh melentokkan kepala dia utk tido kan kekekeh lain kali kita tengok wayang lagi ye sayang..

    ReplyDelete
  2. Mestilah best giler. Masa lentok kepala tu, baby mesti ingat syg manja2 kan? Padahal syg tengah belajar buat kuih cara. Hahaha... *mesti berbulu hutan rimba je kawan2 aku baca entry dgn komen ni. MUehehe.. Nasib la kan.. Hahah.

    ReplyDelete
  3. HAHAHA selamber je mimpi buat kuih cara gule..tp kuih tu baby suka..nanti syg buat la eh kuikuikui

    ReplyDelete
  4. Selamber je request kuih cara kat blog. So, terpaksa le syg buat ni... Takpun syg beli, syg kata je syg buat. Lalalala... Ohoii!!!

    ReplyDelete
  5. tak baik menipu..berdosa kata ustaz dalam cerita astro oasis tu, api neraka tu panas..nak tau apa sesudahan cerita itu,saksikan lah di astro oasis ye..senang je nak tau syg buat ke beli kuih cara tu..baby nak suruh sayang masak depan baby kekekeh

    ReplyDelete
  6. Ha ah.. lupa lak api neraka tu panas *sambil memeras ugut kanak-kanak pegi mintak sedekah utk dptkan duit RM300 sorang. Ye la.. ye la.. nnt syg buat kuih cara berlauk utk baby. MUehehe.. Suka je nak melawan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya