Iklan! Iklan! Sila Click!

05 August 2011

Menurut Kata Ustaz Wan Akashah Lagi...

....bila kita membuat amal, tak perlu cerita kepada orang. Diam-diam je sudah. Jangan bagitau oghanggg*berbisik mcm iklan Yusup Taiyoob.

Sejahteralah ke atas kamu...

Puasa Sunat.
Katakan kalau kita berpuasa sunat..... Tak perlu la kita buka ruang untuk orang lain tahu bahawa kita sedang berpuasa sunat. Contohnya, kalau dah tau tengah berpuasa sunat, tapi dok lepak kat cafeteria lagi. Sengaja nak tunjukkan kepada orang yang kita tak makan, biar orang lain boleh tanya, "Kenapa tak makan?", supaya senang la kita nak jawab dgn perasaan riak, "Saya berpuasa sunat.".

Pergi Umrah.
Mula-mula kita pergi umrah 2 minggu. Pastu bila kita balik tu takde orang pun tanya kita pegi mana. Patutnya kita terus diam-diam je. Tak perlu cakap kepada orang, "Perasan tak saya takde 2 minggu baru-baru ni? Nak tau saya pegi mana? Saya pegi umrah..."*dengan muka bangga. Dah.. tak perlu biar orang lain tahu. Kalau orang tak tanya, sudah. Nak riak buat apa.

Solat Terawih.
Sejak 2,3 hari ni... bila tengok status kawan-kawan di Facebook, ramai yang update lokasi mereka berada pada waktu itu seperti ini; "Di Surau Al Farouq", "On the way ke Masjid Darul Syafiq berjalan kaki", "Ramainya orang kat masjid hari ini...". Apa yang ko cuba buktikan tu? Nak bagitau ko pegi masjid utk solat terawih? Haha.. Kelakar la kan. Dah pegi masjid tu, diam-diam je. Tak penting pun untuk org lain tau. Yang lebih penting Allah tau sejauh mana keikhlasan hatimu.


Errm... Itu je. Jgn sentap ye... :D ngeeee.... Bulan puasa ni tak baik sentap-sentap...

1 comment:

  1. TERBAIK lah sayang!!! biar sentap skit mana2 entiti yang perasan lebih..kekekeh

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...