Skip to main content

Meminati Dan Diminati


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Orang kata wanita lebih ramai daripada lelaki kat Malaysia ni. Kalau betul, kenapa ramai wanita yang masih belum ada pasangan hidup? Nak kata wanita terlalu memilih, tidak juga [tak memilih bukan bermaksud terima je ntah sape-sape termasuk penagih dadah atau lelaki tak guna yg jahat, tapi masih terima walaupun lelaki tu biasa-biasa je.].

Mengikut statistik Jumlah Penduduk Malaysia yang dikeluarkan pada Disember 2010, jumlah kaum lelaki melebihi kaum wanita dengan nisbah 105:100. Nampak macam elok dah tu kan. Sorang lelaki cukup le untuk sorang wanita. Tapi statistik ni tak plak bitau nisbah umur lelaki dengan wanita ni macamana. Kot-kot lelaki tu lebih ramai lelaki tua yang dah veteren dan juga kanak-kanak. Tak tau la kan.

Betul ke lelaki ramai? Atau sikit? Cuba kita tengok di persekitaran kita, setiap wanita walaupun dia tak berapa lawa kalau nak dibandingkan dengan Maya Karin, tetap juga ada peminat [lelaki]. Manakala pompuan cantik pula, peminatnya ramai sangat. Minat plak sampai tahap yang takde keja lain memang betul-betul kejar pompuan tu je keja nya. Jadi, kalau kita fikir balik.... kalau 100 org wanita tu ada paling minimum sorang peminat, maksudnya lelaki confirm ada 100 orang kan. Pastu yang jadi peminat kepada pompuan cantik sampai 5, 6 orang tu mana datang? Katakanlah dalam 100 org wanita tu, ada 30 orang cantik dan setiap seorang ada 5 orang peminat. 30 x 5 = 150 dah. Abih, mana datang lelaki ramai-ramai tu?

Jadi kesimpulannya, apa yang saya nampak, seorang lelaki mungkin meminati lebih daripada seorang wanita dan bermaksud.... susah nak cari lelaki yang betul-betul setia. Hahahah... Haa, pompuan, kalo dah jumpa lelaki setia, jangan lepaskan.

Dah tu, apa motif?

Comments

  1. haha...xpa2..lelaki melayu xda.
    mamat BANGela ada.hahahahaha

    ReplyDelete
  2. http://orensyafiqsalam.blogspot.com/2011/08/ben-ashaari-ajak-kenal-blog-ini-2.html...jom

    ReplyDelete
  3. bru tau laki kat m'sia lg rmai dr prmpuan...thnx 4 da info
    mmg sush nak cari lelaki setia...sabo jele...huhu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...