Skip to main content

Memang Sah!!



Semalam adalah satu-satunya hari yg ada untuk saya spend time sepenuhnya dengan keluarga. Eceh, gaya le macam keluarga besar sgt. Padahal ada saya dan suami je. MUehehe..

Konon-konon nak berjimat pastu nak buat biskut raya sendiri menggunakan kudrat dan kedua-dua jari jemari runcing - ouchhh... jari aku tak runcing ku yg kontot ini... Pastu beriya la ni keluar pegi beli barang-barang yg berkenaan. Tapi sebelum tu, pergi IOI Mall Puchong untuk beli iron board cover. Tapi iron board cover ntah ke mana, last skali saya hanya beli seaweed dan washing machine cover. Melampau. Langsung takde kena-mengena. Then pegi Jalan Othman utk cari kedai hardware, nak beli lampu kalimantang. Sebab yg kat umah punya dah rosak. Sambil-sambil tu, sempat jgk pegi hantar kasut saya untuk repair tapak kat carpenter cobbler. Lagi sekali takde kena-mengena dengan kuih raya. I'm sorryyyy [sambil buat muka, suara dan tangan macam Amir Rajalawak yg tak berapa lawak tu]. Kemudian, pegi kat Pantai Dalam, beli lauk-lauk mentah. Cekononnya nak buat mikari.

Sampai je umah, lepas solat Zohor, saya terus bersilat nak prepare mikari. Jam 5.30ptg saya dah siap masak mikari. Guna rempah kari Baba's for the first time. Rupa-rupanya rempah kari itu very the pedas. Argghh... Berapi lidah saya. Suami saya sampai sakit perut tak pasti sama ada sebab pedas, atau sebab memang mikari tu beracun. Yg pasti, saya pun sakit perut gak, baru pagi ni.

Pas masak, terus tido. Suami plak bangun, amik alih tugas siang ikan. Memang sengaja tinggalkan untuk dia tugas tu. Nanti dia kecik hati plak kalo tak bagi dia tugas. Nanti dia rasa diketepikan plak. Hahahah.. Alasan bini malas mmg cenggitu.

Lepas berbuka tu baru le saya sambung bersilat utk buat kuih raya. Muka suami dah cuak bila saya dah kuarkan semua senjata rahsia saya untuk buat kuih raya sebab dia tau dia akan jadi mangsa utk tolong. Eh, jangan tak tau... Saya ni selalunya kalo bab-bab peralatan taknak kalah. Complete semua ada. Cuma sama ada tak digunakan @ tak pandai guna @ kalau guna pun sama mcm tak guna sebab hasilnya hancho.

Mak aihhh... bergelumang dengan butter dan tepung memang sangat tak seronok. Saya sangat tak pandai nak bajet mcmn keadaannya doh tu sepatutnya jadi. Kalau ikut sukatan betul-betul macam dalam resepi, lagi le lembik doh tu. Terpaksa memandai masukkan tepung sendiwi. Tu la... ngada-ngada lagi nak cuba seswatu yg bawu. Ko ingat ko Yuna? Masa bakar tu, hanya dpt 2 kali bakar ke. Sepatutnya kuih tu saya nak buat mcm ni...

Gmbr dan resepi saya kelepet daripada blog Azlita Masam Manis.
Nama kuih ni Ntah apa benda beauty black hapa benda ntah [Chey, dah marah punya pasal, nama kuih pun malas nak ingat dah].

Tapi biskut yg saya buat, langsung tak jadi cenggini. Rupa dia jadi macam taik cacing. Buruk benor. Pastu ada besar, ada kecik. Macam huru hara jugak la kalo korang tengok. Saya tak sanggup nak amik gmbr, sbb buruk benor. Tapi rasa dia not bad la [menyedapkan hati sendiri je ni]. Lepas dah tengok hasil yg mengecewakan tu, saya terus bad-mood. Sian suami saya. Dia buat lawak pun saya tak gelak. Sbb marah kan biskut punya pasal.

Jadi memang telah terbukti. Memang sah. Dah terang lagi bersuluh... bahawa saya ini sungguh tidak berbakat dalam bab-bab menguli tepung untuk buat biskut raya. Terbuktilah bahawa saya ini memang koman spanar.

Comments

  1. Salam;
    nak kena beli kat bazaar ramadhanlah jawabnya..

    ReplyDelete
  2. fisrt time buat biskut masa umo 25 thn..tu pon xde rupa biskut... pastu x pnh buat dah..hehehe

    ReplyDelete
  3. Yusuf : Owh, tidak mungkin. Saya tetap akan cuba sampai menjadi, sedap dimakan dan cepat dimasak. Go! Go! Lydi!

    Kyo : Fuhh.. nasib baik ada org yg mengerti perasaan itu.

    ReplyDelete
  4. slamat membuat biskut raya :) buat sampi jadi ok :)

    ReplyDelete
  5. aku pn ade wat biskut raye 2 mggu lpas. huhuu. wat semperit, tat gulung, tartlet buah, suji badam, coklat chip kranci, huhuhu, kagum tak. snif2. sbnr nye aku wat ms kursus kt kolej komuniti aku, kalu kt umah aku jgn hrp la-oven pun tak dak cm ne nk wat biskut raye (huhuhu alasan)

    ReplyDelete
  6. Ina : Baiklah... Aku mmg akan cuba jaya.
    Zila-Chan : Pergh,,... mmg dasat hasil air tangan ko. Byk jenis plak tuhh... Aku nak sikit tapau bwk balik KL nnt yer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya