Iklan! Iklan! Sila Click!

08 August 2011

Karipap - Syurga Itu Mahal Harganya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...


Rasanya sudah semua tahu bahawa 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia. Lama tu. Kita nak habiskan masa 14 jam utk tunggu waktu berbuka pun rasa macam dah lama gila, inikan pula 1000 tahun.

Seorang ustaz pernah berkata, jika kita andaikan kita hidup 100 tahun sebelum ajal kita, jika dibandingkan dengan 1000 tahun itu, kita hanya ada 2.4 jam sahaja untuk beribadah. Itu pun jika lahir-lahir je kita ke dunia ni, terus kita beribadah tak tinggal dan tak buat benda lain. Tapi mustahil betul tak? Tak termasuk kita berseronok-seronok, pergi shopping complex membeli belah, lepak-lepak, dating-dating, berbual pasal menu berbuka dgn member yang dok meja sebelah serta macam-macam lagi la. Ok, tapi abaikanlah bahagian yang tak beribadah tu. Katakan 2.4 jam itu kita memang beribadah sahaja setiap masa. Hanya selama itu sahaja amal yang kita lakukan untuk masuk ke syurga Allah? Layakkah?

Perumpamaannya seperti.... Kita buat kuih karipap satu bekas besar, dalam masa sehari suntuk. Penuh satu bekas tu dgn karipap. Kemudian, kita bawa karipap yang kita buat itu kepada seorang pemilik rumah banglo yang bernilai RM1 juta. Pastu kita kata, kita nak beli banglo itu dengan harga sebekas karipap yang kita buat tadi. Boleh tak? Padan tak nilai rumah tu dgn karipap? Layak tak untuk kita miliki rumah itu hanya dgn karipap?

FIkir sendiri yer. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...